Thursday, January 3, 2013

Bersantai Bersama Keluarga Di Pulau Pinang

Pasti sesetengah korang sudah tahu kemana tempat percutian saya dan keluarga saya di musim cuti sekolah ini. Kepada yang belum mengetahuinya, kami sekeluarga dengan sebulat suara memilih Pulau Pinang sebagai destinasi yang akan dituju. Kami sekeluarga mengambil tarikh 27 dan 28 Disember 2012 sebagai tarikh untuk bercuti. Seminggu sebelum bercuti, kami telah membuat tempahan hotel di sana.

27 Disember 2012 Kami mengambil keputusan untuk mengambil tempahan hotel di Tune Hotels.com. Sudah semestinya tempat bermalam kami di Downtown Penang. Kami telah menempah :
  • 2 bilik (Double Rooms without windows) dan 1 bilik (Double Rooms without windows+air-conditioning).
  • Harga bilik : RM 58+ RM 58 +  RM 74 = RM190
  • Free car-park (dibelakang Tune Hotels) - percuma kerana kami tidak cukup sehari untuk bayaran parking kereta.
  • Kami beruntung kerana ketiga-tiga bilik hotel kami mempunyai tingkap (diberikan kerana kesemua double rooms without windows sudah di check-in) dan tiada cas dikenakan. Terima kasih Tune Hotels.com.
  • Saya mengesyorkan kepada yang bakal menempah hotel dari Tune Hotels.com, untuk menempah hotel secara online + tempah awal kerana tempahan online lebih murah daripada menempah di kaunter hotel. Tempahan mestilah awal supaya bilik tidak habis di 'booking'.
  • Tempahan bilik yang dibatalkan akan dicas.
Selepas check-in hotel, kami hanya tidur pada malam tu. Maklumlah, kami sampai di sana dalam pukul 10 malam. Tak larat nak pergi mana-mana. Keesokan harinya, kami sekeluarga baru berjalan-jalan di sekitar Pulau Pinang. 

28 Disember 2012 : Dalam pukul 10 pagi, setelah kami siap bersarapan pagi, kami sekeluarga check-out hotel. Dengan menaiki kereta, kami terus menuju ke destinasi yang dirancang.
  • Komtar Walk
Kami singgah di sini terlebih dahulu untuk melihat apa yang ada di Komtar Walk. Hanya 5 minit sahaja dari tempat penginapan kami untuk ke sini. Dekat kan? :)
  • Prangin Mall Komtar
Kami ke sini untuk mencari kamera, tapi tiada yang berkenan di hati pula. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk tidak membeli kamera.
  • Padang Kota Lama 
Padang Kota Lama hanya bersebelahan dengan Fort Cornwallis. Kami hanya bersantai di situ sambil tengok pulau di sekitar Esplanade.
  • Fort Cornwallis
Terletak di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Georgetown, Pulau Pinang. Asal seni bina Fort Cornwallis ini direka oleh Francis Light. Banyak tugu, benteng serta binaan lain yang terdapat di sana. Tidak rugi jika korang melawat ke sana. Bayaran masuk yang dikenakan, RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.
  • Masjid Kapitan Keling
Terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling ( Lebuh Pitt). Telah dibina pada awal abad ke-19, ia dinamakan sempena saudagar India Muslim Cauder Mydin. Ia merupakan masjid yang paling bersejarah dan terkemuka di Pulau Pinang. Ia juga merupakan tempat ibadah masyarakat India Muslim yang telah hidup dan bekerja di sekitar masjid itu selama lebih dua ratus tahun.
  • Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh, Pulau Pinang
Pergi ke sini kerana abah dan adik-adik saya hendak menunaikan solat Jumaat.
  • Rozanas Refreshing Batik shop
Tempat penjualan hasil seni batik. Saya dan mama saya tidak melepaskan peluang untuk membeli gambar Penang Botanic Gardens, dompet kecil yang dilukiskan dengan lukisan batik serta bekas pensil yang dihasilkan dari kain yang berlukisan batik.
  • Restoran Tajuddin Hussain
Menjamu selera untuk makan tengahari. Saya memilih nasi briyani dan ayam goreng berempah. Memang sedap! :)
  • 1st Avenue
Berjalan-jalan di sekitarnya sahaja. Tiada apa yang dibeli.
  • Penang Botanic Gardens
Sejujurnya, taman botani ni memang cantik, apatahlagi taman ini ditanam dengan pokok bunga yang datang dari pelbagai habitat dan jenis. Abah dan adik saya yang bongsu tidak ikut masuk ke taman. Tiada bayaran masuk yang dikenakan.
  • Batu Feringgi
Dalam banyak-banyak tempat yang kami pergi, saya paling suka pabila menjejakkan kaki ke Batu Feringgi. Masa tu kami tak digalakkan untuk mandi kerana aras laut ditahap merbahaya. Di sana, korang boleh berkelah di tepi pantai, bermain jetski (jet-skiling), bermain ski air (water skiling), bermain parasailing, menaiki bot, menunggang kuda (horseback riding), menaiki Buggy Beach, bermain bola tampar pantai (beach volleyball), berjemur (sunbathing), bermain piring terbang (frisbee throwing) serta memancing di laut (deep-sea fishing trips).


Parasailing ialah satu aktiviti yang mana seseorang itu ditarik oleh sesuatu kenderaan (kebiasaannya bot) di mana bersertakan dengan payung terjun yang direka khas. Bot itu akan menarik orang yang berkelengkapan payung terjun naik ke udara.  Sebelum melalukan aktiviti ini, krew Parasailing akan mengenakan kita dengan kelengkapan iaitu jaket keselamatan dan kelengkapan untuk dipakai bersama payung terjun. Ia perlu dipakai dengan kemas dan sempurna untuk menjamin keselamatan. Parasailing ini boleh dilakukan dengan dua orang dalam satu payung terjun mengikut kesesuaian.
  • Restoran Nasi Kandar Line Clear
Sebelum pulang ke Perak, kami sekeluarga sempat singgah di sini untuk makan malam. Restoran ini termasuk dalam senarai antara restoran yang popular di Pulau Pinang. Tak sah jika korang tidak singgah di sini. Yang pasti setiap kali korang singgah di sini, korang akan dapati tidak akan putus-putus orang beratur untuk mengambil makanan. Saya makan nasi putih berkuah kari + udang galah dua ekor + telur masin. Walaupun harganya mungkin mahal, tapi makanannya memang sedap! :)
  • Jambatan Pulau Pinang
Dari mula kami masuk ke Pulau Pinang sehinggalah balik ke Perak semula, kami tidak menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberang. Lagipun, memang akan lama untuk menunggu.

Secara jujurnya, kami sekeluarga masih tidak puas melancong di Pulau Pinang. Apatahlagi kami hanya mengambil masa sehari sahaja untuk melancong di sana. Boleh dikatakan banyak juga tempat-tempat menarik yang kami lawati di sana. Insya-Allah jika diberikan peluang untuk ke sana lagi, semestinya saya akan update di dalam blog.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 kepada semua pembaca blog ini. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkannya. Insya-Allah saya akan cuba perbaiki sedikit demi sedikit kelemahan yang ada di dalam blog ini. Segala kelemahan harap dimaafi.

14 comments:

  1. bestnya bercuti di penang. penang mmg best kan. :)

    ReplyDelete
  2. wah lepas baca entri ni dik, terus kak pun semangat nak ke penang..hehehe.

    murah giler bilik hotel tu dik..hehehe.

    ReplyDelete
  3. lama tak ke peneng...
    cikna meh la peneng.. :)

    ReplyDelete
  4. wahh jauh perjalanan.. x jmpa miss banu ke? hihi

    ReplyDelete
  5. bestnye g bercuti kat penang..huhu

    ReplyDelete
  6. @Arina Shamsul ha'ah kak. hotel ni sbnrnye beri peluang kepada kita utk tempah hotel tu cara camne. hotel ni cme da katil, 2 meja tepi, 1 meja dinding, kipas dan hair dryer. kiranya kita boleh add-on : air-conditioner, wifi, toiletries kit, towel, early arrival, late arrival dan breakfast set. add-on tu kena charge la :)

    ReplyDelete
  7. @Deqla manjew hehe xsempat nak roger miss banu. mgkin len kali kot. bercuti ni pn sbnrnye kejar masa, maklumlah cuti sekolah nak habis dah :)

    ReplyDelete
  8. beznya cuti2 penang..ayu org pnang pn xpnh g bcti gini..hihi

    ReplyDelete
  9. lama dh tk jenjln pp. seumur hidup penah gi 2x jer. tp tk pwnah lg gi res line clear. tk sanggup beratur.

    ReplyDelete
  10. Cuti2 Malaysia ye ni...salam tahun baru

    ReplyDelete
  11. dya pun g penang..smpai sesat..haha

    ReplyDelete
  12. tune hotel bagus..cuma kecik dan sempit je...

    ReplyDelete
  13. Perna g sekali jer..bla gamaknya nk p lg.

    ReplyDelete