Saturday, December 29, 2012

Tips : Mendapatkan Anak Lelaki Atau Anak Perempuan

Assalamualaikum.

Kali ini saya ingin share mengenai tips-tips ataupun petua untuk mendapatkan anak lelaki mahupun anak perempuan. Kemungkinan petua ini tidak semestinya tepat kerana kita cuma mampu merancang, Allah yang tentukan. Diharapkan petua ni cuma dibaca kepada yang baligh saje. Harap maklum.

Petua Merancang Untuk Mendapatkan Anak Lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan, jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

5. Banyakkan makan sayur untuk kedua-dua pasangan, lelaki dan perempuan.

6. “Deep Penetration”, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ini laju tetapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki.

Petua Merancang Untuk Mendapatkan  Anak Perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

4. Banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua-dua pasangan.

5. "Subsurface penetration", maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati. Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum.

Wednesday, December 26, 2012

Tips : Menghilangkan Bau Ketiak


Pilihan 1: Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.

Pilihan 2: Rebus 5 helai daun sirih dan 5 kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan gula merah. Amalkan meminumnya 3 kali seminggu.

Pilihan 3: Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama 6 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 4: Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan 3 kali seminggu.

Pilihan 5: Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.

Pilihan 6: Tumbuk 8 helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makan 3 kali sehari. Bau badan akan hilang.

Pilihan 7: Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama 40 hari sebelum hari pernikahan.

Sunday, December 23, 2012

Luahan Hati Seorang Blogger

Sejujurnya, saya bukanlah dikategorikan sebagai blogger yang berpengalaman di dalam dunia blogging, tapi sejujurnya apa yang akan saya nasihatkan nanti pernah dinasihatkan kepada saya ketika saya mula-mula masuk ke dunia blogging. Berikut antara nasihat saya kepada semua mengenai :

1. Widget follower - Sila guna widget google friend connect. Kalau yang bukan guna template blogskin, memang tiada masalah sebab blogspot dah sediakan. Tapi yang guna blogskin dan buat widget follower sendiri, tolonglah betulkan id blog korang tu. Disebabkan id blog korang tu salah, orang lain tak boleh follow blog korang. Korang juga yang rugi nanti. 

2. Tempat komen entri - Tolong buang word verification. Saya tau, dengan penuh kesabaran saya sanggup meneka word verification sampai dapat. Tapi kalau dah kerap masuk blog yang ada word verification, susahla camni. Korang juga akan kehilangan pengomen nanti.


3. "Pop-up display" di dalam blog - Ini satu hal lagi. Selalu orang suka buat pop-up display untuk fanpage facebook dan twitter. Kalau yang ada butang close tu tak mengapa lagi, ni ada yang langsung hide butang close. Kena tunggu 5 minit pulak tu. Saya nak tanya, apa korang akan rasa masa tu? Sendiri tau jawapannya kan. Maaf kalau ada yang terasa, harap dapat buang pop-up display ni untuk kebaikan korang juga :)


4. Penulisan entri - Guna font yang sesuai dan jangan terlalu shortcut. Sejujurnya saya tak galakkan korang guna shortcut bila menulis entri sebab kita tak tahu pembaca blog kita ni muda dari kita, sebaya dengan kita ataupun umur atasan dari kita. Jika nak selamat, gunalah font dan ayat yang mudah dibaca dan difahami.


5. Kemasan blog - Saya tak kisah korang nak hias macam-macam dalam blog tu, tapi sila kemaskan bahagian sidebar blog. Kalau blog korang cantik, orang lain pun suka lawat blog korang kan. Betul tak? :)


Ini sahaja yang saya mampu nasihatkan dulu. Harap yang lain, sila ikutlah ye. Kalau ada apa-apa yang korang nak saya betulkan dalam blog ni, komen saje di bawah ni.

Saturday, December 22, 2012

Rahsia Tahi Lalat Di Muka


KENING KANAN

Sekiranya kamu mempunyai tahi lalat pada kening sebelah kanan, kamu dikatakan seorang yang mempunyai akal yang cerdik dan cekap melakukan setiap tugas yang diberikan. Maksudnya kamu mampu memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan ke atas kamu.

KENING KIRI

Sifat sopan adalah gambaran bagi mereka yang memiliki tahi lalat sebegini. Kamu juga seorang yang lemah-lembut. Walaupun kamu seorang yang bersopan dan lemah-lembut, namun jangan terperanjat kerana kamu juga seorang yang aktif dan cergas. Tidak hairanlah kamu ini suka melibatkan diri dalam kegiatan lasak termasuklah acara sukan.

ANTARA DUA KENING

Kamu dikatakan seorang yang keras hati dan pendirian kamu sukar digugat atau dipengaruhi orang lain. Selain itu, kamu juga seorang yang berani. Kadangkala sikap kamu yang berani ‘tak bertempat’ itu mendatangkan keburukan pada diri kamu.

ATAS MATA KANAN

Kamu dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Selain itu, kamu juga selalu berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan. Kebanyakannya mempunyai kerjaya yang mantap dalam masa yang singkat.

ATAS MATA KIRI

Kamu dikatakan mempunyai sikap baik hati dan disenangi orang lain. Tidak hairanlah kamu mempunyai ramai teman tidak mengira status, jantina dan kedudukan.

PIPI KIRI

Ini menunjukkan kamu mempunyai ramai teman. Mungkin kerana kamu seorang yang peramah dan tak sombong. Kamu juga tak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan ikhlas.

PIPI KANAN

Kamu sentiasa menjadi pujaan ramai peminat dari jantina yang berlawanan. Tidak hairanlah jika kamu mudah mendapat pengganti walaupun baru sahaja putus cinta.

PADA HIDUNG

Tahi lalat di bahagian ini menunjukkan kamu ini cukup bernasib baik dan murah rezeki. Kebanyakan mereka ini mampu hidup senang-lenang.Bertuahnya badan!

PADA BATANG HIDUNG

Tahi lalat di bahagian ini dikatakan lebih bertuah. Kamu lebih mudah memperolehi kekayaan dalam hidup dan dicintai sepenuh hati oleh yang tersayang. Kamu juga dikatakan hanya melalui satu perkahwinan sahaja seumur hidup.

BIBIR ATAS KANAN

Kamu seorang yang petah berbicara. Mempunyai banyak rezeki dan pandai.

BIBIR ATAS KIRI

Kamu dikatakan mempunyai ramai kawan kerana sikap baik hati dan suka menolong orang.

BIBIR BAWAH KANAN

Kamu seorang yang disegani oleh ramai orang. Mungkin kerana sikap peribadi kamu sendiri membuatkan orang suka kepada kamu. Selain itu, ia juga turut membuatkanwajah kamu manis dan sedap mata memandang.

BIBIR BAWAH KIRI

Kedudukan tahi lalat ini menunjukkan kamu seorang yang pandai berbicara. Setiap kali bercakap orang akan rasa kagum terhadap kamu. Jadi tak hairanlah kamu mampu menjadi penceramah/pemidato yang baik. Pekerjaan yang sesuai dengan kamu ialah pekerjaan yang memerlukan kamu berkomunikasi dengan orang lain secara langsung. Kamu juga seorang yang tidak mudah mengaku kalah.

HUJUNG MULUT KANAN

Kamu jenis yang tak mudah menyerah kalah dan akan mencuba sedaya-upaya. Mereka ini mempunyai semangat juang yang tinggi. Walau bagaimanapun, mereka perlu bekerja keras untuk hidup senang.

HUJUNG MULUT KIRI

Awas! Kamu dikatakan seorang yang suka berfoya-foya dan bersosial. Personaliti kamu yang menarik membuatkan diri kamu mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.

DAGU BAWAH KANAN

Kamu dikatakan mempunyai sifat mulia sehingga membuatkan ramai orang menyukai kamu. Kamu jujur dan baik hati dengan semua orang. Namun begitu, akan ada orang mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu.

DAGU BAWAH KIRI

Ia menandakan kamu ini seorang yang bijaksana dan mempunyai jiwa yang suci daripada hasad dengki dan cemburu.


p/s : Eh, rupa-rupanya tahi lalat di muka pun ada maksudnya. Saya cuma ada tahi lalat di kening kanan. Korang pula ada tahi lalat di mana? :)

Friday, December 21, 2012

Selamat Hari Lahir, Kak Wanieys


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-26

HAPPY 26TH BIRTHDAY

SANAH HELWAH

Ya Allah Ya Razzaq, murahkanlah rezeki kak Wanieys,
Ya 'Azeez, panjangkanlah umur kak Wanieys dalam mentaati perintahMu,
Ya Dzal Jalaali wal ikram, berilah kak Wanieys kekuatan agar sentiasa tabah, kuat dan ceria menghadapi hari-hari mendatang.

Semoga Redha Allah Sentiasa Mengirimu Selalu.


LAST BUT NOT LEAST

Teruskan misi menegakkan syariat Allah di muka bumi, redhailah ketentuan Allah. Moga Allah meredhai hidup kita.

Sayang Kak Wanieys! :)

Tutorial : Arabic Radio Online








































































* Cara Untuk Menginstall Radio Online  *

1. Pilih mana satu siaran radio yang korang kehendaki. Klik pada nama siaran radio. Sebagai contoh : Saya suka siaran radio dari Hawacom.

2. Selepas klik nama tu, link shoutcast akan terus download secara automatik. Sekejap saje ia download.

3. Selepas selesai mendownload, korang boleh buka fail yang di download tadi. Kalau korang berjaya dengar lagu, bermaksud korang berjaya download. Jika korang tidak dapat putarkan lagu, korang boleh download VLC media player DI SINI.

Selamat Mendengar semua! :)

Thursday, December 20, 2012

Why We Should Make A Blog?



There are several benefits of blogging some of them are:

1. Platform for the beginners

Blogging gives you a platform or a stage to start something in which you are interested. For example: you are interested in bodybuilding? Go for fitness tips.

2. Lower cost to start-up

It’s a cheaper way to start a business where you can manipulate your work and get revenue via ad’s or whatever your method is. If you are starting a blogspot via google then its free, the only expense will be purchasing template’s. In future kownleg will provide these templates for free.

3. Gives you stage to test yourself

Blogging is a stage which is free and so can give you a chance to show your abilities and expertise. And test yourself to make a decision in which topic you should take. For example: you like gymming, car racing, football and don’t know what to do, so with the help of blogspot you know where to enter.

4. Improves your writing skills

Whatever topic you take, you need a certain description or summary to write about your post. The more write the more you improve, in this way blogging improves your writing skills.

5. Improves your intellectual skills

A blogger will think about how to tackle other blog’s or how to compete other blog’s to own grip over that particular topic, this help’s the blogger to think in a higher level.

6. Make’s you a better communicator

Blogging in a sense makes you a better communicator, In a way when you write articles, you are actually communicating with the viewer’s and so from that perspective you are improving communication between you and other people’s.

7. Make’s you a better listener’s

In a blog you receive comments from other people’s and you hear their point of view, in this way blogging make’s you a better listener.

8. Problem solver

When you receive comments from other people of the problem’s they are having related to the topic, you tell them what to do. So blogging make’s you a problem solver.

9. Be an author

You know that you are a good writer, but you are confuse because you don’t know how to show your talent to the people. Blogging give’s you a chance to post article’s , if viewer’s like your work then publish a book and start your journey as a writer.

10. Fame

If you are creative, then you’ll get a better response from the visitor’s. With the good response there will be a rapid increase in your fame.

11. Mental Exercise

Exercising the brain through writing and learning will provide much needed exercise for the neurons. You will be amazed by what you will remember from participating in mental gymnastics provided by blogging activities.

12. Make Yourself a Better Researcher

Research can make your topic more informative and creative, so a blogger should research before posting anything. And with time you will be a better researcher.

13. Professional’s perspective

During blogging you will meet professional’s via research or comment box, they will give you much guidance related to your topic, depends upon your communication style.

14. Income (Possibly)

Generating income depends upon the type of work you do, for example: if you have a fitness blog, you can sell supplements and etc. Of them the most common source of generating income is ad’s. Well you cannot have ad’s that easily, it depends upon your traffic and the kind of work you do.

p/s : Which one are you? Actually I want to "Be an author".