Wednesday, December 26, 2012

Tips : Menghilangkan Bau Ketiak


Pilihan 1: Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.

Pilihan 2: Rebus 5 helai daun sirih dan 5 kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan gula merah. Amalkan meminumnya 3 kali seminggu.

Pilihan 3: Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama 6 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 4: Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan 3 kali seminggu.

Pilihan 5: Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.

Pilihan 6: Tumbuk 8 helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makan 3 kali sehari. Bau badan akan hilang.

Pilihan 7: Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama 40 hari sebelum hari pernikahan.

20 comments:

  1. good tips. 40 hari sebelum nikah? lamanya.. :)

    ReplyDelete
  2. Teringat bau mat2 bangla dlm rapid KL..huhu..xnapas pon still bole bau..

    ReplyDelete
  3. pilihan ke lapan
    pakai je deodorant.senang cerita.tp klau stok habis kat rumah, sendri mau ingat.jgn angkat tgn tggi2 utk mengelakkan ada hidung teraniaya.hahahaha

    ReplyDelete
  4. semestinye cara tradisional mcm ni lebih mujarab kan kalo nk dibandingkan dgn pakai deodoran tu..huhu

    ReplyDelete
  5. kalau yg pakai daun sireh tu memang berkesan...

    ReplyDelete
  6. nice tips solehah :-)...xsuka la ketiak berbau ni haha

    ReplyDelete
  7. ayu pn ada msalah ni..huuh..tq sharing ;-)

    ReplyDelete
  8. nice infomasi..
    ade juga cakap daun pandan pun ok...

    ReplyDelete
  9. siapa yang kuat bau ketiak sila amik petua ini.hahahaha..kadang2 bau ketiaknie bukan peluh semata2..drp pemakanan juga bleh datangkan bau yang menakutkan..hehe mcm yang kuat makan herba2 kena jaga2..pakai deadorant..huhu

    ReplyDelete
  10. bgus lah info ni..lepas ni xpyg pakai deodoran..hihi

    ReplyDelete
  11. nice sharing tapi akk guna sabun beras.selesa dan nyaman rasanya :)

    ReplyDelete
  12. tq for sharing..... petua y bgus buat mrk y ada msalah ni

    ReplyDelete
  13. huhu..pemilihan deodorant juga penting..:)

    ReplyDelete
  14. rasa mcm dah komen n3 nih..hihii lum publish ka or mmg xkomen ek..hahah

    ReplyDelete
  15. Hahaha.tau dok memg adalh kwn ada bau ketiakni.kesian dia.gknya faktor pemakanan.nk kta dia xbersih,dia bersihje

    ReplyDelete