Persediaan dan masa memasak :
30 minit
Hidangan :
4
Satu hidangan :
1.4g protein, 2.3g lemak, 12g karbohidrat, 76kcal tenaga
250g koktel buah-buahan; basuh dan keringkan.
Bahan-Bahan A :
- 4 sudu besar Nestle Cerelac Infant Cereals Multi Grain & Mixed Fruits
- 1 sudu besar gula perang
- 1 sudu besar bijan
- 1 sudu besar mentega
Cara-Cara Membuat :
1. Masukkan koktel buah-buahan ke dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
2. Ambil mangkuk lain. Masukkan kesemua bahan-bahan A serta gaulkannya dengan sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Kemudian taburkan bahan-bahan A yang telah digaulkan tadi di atas koktel buah-buahan.
4. Bakar fruity crumble di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celsius sehingga ia menjadi kekuningan.
5. Selepas siap dibakar, keluarkan fruity crumble dari ketuhar dan siap untuk dihidangkan.
Info Sihat :
* Buah-buahan segar dan jus segar adalah pilihan yang terbaik untuk kanak-kanak berbanding daripada buah-buahan di dalam tin dan jus yang telah dibotolkan.
* Kementerian Kesihatan menyarankan supaya ibu bapa memberikan satu hidangan buah-buahan segar kepada kanak-kanak pada setiap hari.
nice resepi
ReplyDeleteadush..boleh telan ke tekak sis deqla mkn ni... tak [enah try.. haha..
ReplyDeleteblh try buat kt qalief ni...thhnaks share resepi solehah
ReplyDeletekalau rajin boleh cuba.. :)
ReplyDeletenice resepi..boleh cuba nanti..
ReplyDeletesimple je resepi. boleh try. :)
ReplyDeletesedap ke solehah?tgk gaya mcm senang je resepi tu tp takut la plak wat2 kang x lalu mkn lak..senang cakap solehah wat mmg sedap eh?hehehe
ReplyDeletenak try juga lah
ReplyDeleteain dapat taw resipi nie dari master cheft 2..tp yg dorang buat...payah sangat...
ReplyDeletewah nanti nak cubalah..:)
ReplyDelete