Tema : ‘WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH’
Maksud tema :
“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”
mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW
sepertimana yang termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui
Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan
semangat toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling
faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni.
Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua,
keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan
pegangan dan budaya mereka.
“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian.
Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun
dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan
wujudnya konsep “unity in diversity” -perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan satu pemerintahan yang baik dan diampuni Allah.
“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”
bukan pula bermaksud semata-mata iaitu bagi sama rata, tetapi adalah
melalui pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan perpaduan yang
dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama. Ia juga bukanlah
duduk di tengah-tengah tanpa pendirian, tetapi bertujuan mengutama dan
menjaga perkara-perkara dasar dan prinsip persaudaraan berlandaskan
ajaran Islam.
“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga memberikan gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi
tegas dalam hal yang berkaitan dengan prinsip, individu dan masyarakat
sama pentingnya tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi
kepentingan individu tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan
legalisasi untuk mengorbankan kepentingan individu.
“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”
sentiasa memberi contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam
melaksanakan aktiviti kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kehidupan
masyarakat majmuk di Malaysia, semangat melampau berteraskan perkauman
dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat
dan seterusnya ketidakstabilan sosio-politik negara. Jika elemen
ketaksuban masih berakar umbi dalam pemikiran dan tindakan, masyarakat
tidak akan dapat mengimbangi serta menghayati seluruh intipati kehendak
pemimpin negara untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian, menjadi
satu cabaran kepada kepimpinan negara untuk menyatupadukan seluruh
rakyat Malaysia bagi mengekalkan kestabilan politik dan menerokai
kejayaan dan keberhasilan negara.
Doa Akhir tahun dan fadhilatnya.
Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu
asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali (Sebelum maghrib).
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat
setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang.
Doa Awal Tahun dan fadhilatnya.
Diantara fadhilat doa Awal Tahun adalah untuk membenteng diri dari
gangguan syaitan. Dan barang sesiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali
selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram,
insyallah Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya
daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun.
Salam maal hijrah buat solehah yg comey :-)
ReplyDeletesalam maal hijrah solehah. :)
ReplyDeletenice sharing dik :)
ReplyDeletesalam maal hijrah :)
time belajar dulu, kak suka sangat dengan perkataan wasatiyyah ni...hehehe.
Salam maal hijrah....nice sharing...terbaik....
ReplyDelete