Saturday, October 13, 2012

Pengalaman Bergambar Dengan Dato’ Siti Nurhaliza

Assalamualaikum.

Tajuk nak hot je kan. Eh, mestilah sebab nak buat entry teruja ni. Sebenarnya malam tadi saya termimpikan Dato’ Siti Nurhaliza bergambar dengan saya. Mimpi je pun kira ok la tu kan. Siap dapat bersalaman dengan Dato’ Siti lagi. Yang paling best, ada satu kisah yang tak dapat saya lupa ketika tu. Ha, nak tau apa kisahnya. Kalau nak tau kisah selanjutnya, sila baca entri saya ni.

Malam tadi di suatu malam yang hening, pada mulanya memang saya tak dapat tidur. Siap golek sana-sini atas katil, lepas tu kacau kawan saya yang nak tidur, akhirnya dapat juga saya melelapkan mata ni. Pada mulanya memang nyenyak tidur saya ni, tiba-tiba tidur yang nyenyak ni bertukar menjadi termimpikan Dato’ Siti Nurhaliza.

Mimpi tu berlaku di Tesco. Saya tak dapat ingat saya pergi ke Tesco mana. Saya dan famili pergi ke Tesco dengan menaiki kereta. Sedang kami berjalan-jalan, tiba-tiba saya teruja untuk singgah ke satu kedai ni, tapi masih di dalam premis Tesco. Pabila saya leka membelek barang mekap yang dijual di dalam kedai tersebut, tiba-tiba baru saya tersedar yang saya tersesat ditinggalkan keseorangan. Saya terus mencari famili saya, tapi tak jumpa-jumpa. Yang buat saya pelik lagi, ketika tu lif punyalah banyak tapi tangga langsung tak ada. Pening saya nak pilih lif yang mana satu. Masuk lif ni, asyik turun kawasan yang sama saje. Naik lif lain pun sama juga. Apalagi saya terus menangis masa tu. Tanpa membuang masa, saya teruskan usaha mencari jalan keluar Tesco tu. Kawasan Tesco tu panjang dan luas juga. 


Sedang saya berjalan, tiba-tiba saya terdengar suara orang menyanyi. Suaranya persis suara Dato’ Siti Nurhaliza. Ketika saya menuju ke tempat tu, saya ternampak Dato’ Siti Nurhaliza sedang membuat persembahan. Sekejap saje saya dapat tengok Dato’ Siti menyanyi. Selepas membuat persembahan tu, ramai juga peminat Dato’ Siti yang serbu untuk mendapatkan tandatangan dan bersalaman dengannya. Memang bertuah Dato’ Siti mempunyai ramai peminat. Saya fikir peluang untuk saya berjumpa dengannya terlepas macamtu saje, tiba-tiba saya tak tau dari mana datangnya kekuatan untuk saya menjerit, “Kak Siti Nurhaliza tunggu saya. Saya peminat akak!”.

Sekali tu, Dato’ Siti Nurhaliza terus toleh kat saya, hulurkan tangan pada saya untuk bersalaman sambil dia cakap “Ye ke. Kalau macamtu jomlah kita bergambar sama-sama. Photographer, cepat tangkap gambar kami berdua,” kata Dato’ Siti. 

Korang nak tau apa yang jadi selepas tu? Photographer terus serbu kami dan terus tangkap gambar kami berdua, siap ada “gambar peace” kami berdua tu. Wah saya jadi popular sekejap walaupun hanya dalam mimpi. Selepas sesi bergambar tamat, Dato’ Siti Nurhaliza terus bagitau saya yang beliau sangat hargai peminat macam saya. Apalagi dengan perasaan terharu, saya terus melompat peluk Dato’ Siti masa tu. Bahagia sungguh rasanya masa tu. Selepas tu, tiba-tiba saya terus terjaga. Nasib saya terjaga. Kalau tak, rasanya dah lama saya terjun bawah katil.hehe Kalau Dato’ Siti Nurhaliza baca ni konfim beliau sendiri akan gelak. Kan Kak Siti, kan? :)


For Dato’ Siti Nurhaliza,

I love u fully in my heart. You always georgeous and dabomb. U make me happy. U make memories for me that I'll keep remind although its only just a dream. If one day I can see you in real life, I glad alot and hope its our destiny to see each other. Love u, Dato’ Siti Nurhaliza! :) 

p/s : Agak-agaknya semua mimpi saya ni mampu jadi kenyataan atau tak ye? Rasanya, 50-50 je ni...

11 comments:

  1. mencari juga gambr tu..tapi dimana ye?
    Rupanya mimpi da.,

    ReplyDelete
  2. wah indahnya mimpi..hehehe:)macam2 akak solehah nyh..:)
    mungkin jadi kenyataan suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  3. hish! mimpi jer ke...sis ingat betul tadi...hihihi

    ReplyDelete
  4. Kehkehkeh..
    Klau btul2 jd, solehah bungkus tangan tk? Yelah kan..nk simpan bau.

    → hehe, kacu solehah je. Sory CiM tk minat dia

    ReplyDelete
  5. Heheee, walau dalam mimpi at least dapat gak merasa bergambar bersama :)

    ReplyDelete
  6. tak jadi jeles, sbb mimpi je..kikikiki.. sabo jelah.. :)

    ReplyDelete
  7. Owh peminat ct rupanye...sis deqla x minat...hihi...

    ReplyDelete
  8. rugi solehah tak dtg utm rabu lepas..sit nurhaliza dtg wat persembahan~ :)

    ReplyDelete
  9. Mungkin satu hari nnt jd kenyataan..
    * pernah bergambaq ngan CT kat puncak gunung Matchinchang..

    ReplyDelete