- Anugerah Kehidupan Yang Tak Ternilai
 
      Isu mengenai kematian serta pendermaan organ 
adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka 
yang kehilangan orang yang tersayang. Ia juga merupakan perkara 
yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk 
menyelamatkan nyawa seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal 
dunia, bukan sesuatu yang mudah.  Ia membangkitkan beberapa kemusykilan 
bagi keluarga simati. Untuk meringkatkan beban mental keluarga kita
 semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk 
menderma organ dan tisu semasa hayat kita. Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda 
akan membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan, 
selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan 
beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih 
selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut.
Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu yang 
menimbulkan banyak persoalan.  Oleh itu, berikut adalah penjelasan 
kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.
- Siapakah yang layak menjadi penderma?
 
      Sesiapapun, sama ada tua ataupun muda boleh 
mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang
 berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibubapa 
atau penjaga terlebih dahulu.
- Apakah itu pendermaan organ?
 
      Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh 
badan seseorang untuk tujuan transplan selepas ianya meninggal dunia. 
Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang 
melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya
 dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada 
seseorang penderma yang telah meninggal dunia.  Dengan cara ini, maka 
kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan 
sempurna serta nyawanya akan terselamat.  Pendermaan organ dan tisu 
adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia.
- Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan?
 
      Pada umumnya organ-organ yang boleh 
didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan 
pankreas.  Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit 
dan injap jantung.  Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah
 kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.
- Bilakah organ dan tisu sipenderma itu diperolehi?
 
      Proses perolehan organ dan tisu daripada 
tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematiannya 
telah disahkan oleh dua orang doktor yang bertuliah.  Doktor-doktor yang
 terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas
 dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
- Adakah perbezaan rawatan jika diketahui anda adalah seorang penderma?
 
      
Tidak! Doktor-doktor yang merawat aanda akan berusaha sedaya mungkin 
dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlu untuk 
menyelamatkan nyawa anda.  Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu 
akan dibincangkan dengan waris anda hanya selepas kematian telah 
disahkan.
- Adakah terdapat bantahan dari sudut agama?
 
      
Tiada! Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, 
Buddha, Hindu dan Sikh mengiktirafkan pendermaan organ dan tisu sebagai 
satu amalan yang mulia.
- Bagaimana organ pendermaan itu dipindahkan?
 
      
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang 
bersih dan sucihama.  Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital 
oleh pakar bedah yang berpengalaman.  Perolehan organ serta tisu 
seseorang pendermaan ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal.
  Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh 
hormat dan tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa.
- Bagaimana jika anda berubah fikiran menderma?
 
      
Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak 
untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa.  Tiada sesiapapun yang
 dipaksa untuk menderma organ dan tisunya selepas kematian.  Sekiranya 
anda menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu, anda hanya 
perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma
 organ anda kepada kami.
- Adakah proses pendermaan organ akan melambatkan urusan pengkebumian jenazah?
 
      
Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa.  Selepas 
organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazahnya akan 
dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kepada waris penderma secepat 
mungkin.  Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat 
pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.
- Bagaimanakah anda berhajat untuk menjadi seorang penderma organ?
 
      
Anda perlu mengisi borang akuan penderma dan kad penderma.  Borang yang 
telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan 
Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet 
dan dibawa bersama anda pada setiap masa. 
Fatwa Mengenai Pendermaan Organ
              Tarikh Keputusan : 23 Dec, 1996        
Huraian Tajuk/Isu: 
 Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Islam Sarawak
 oleh subseksyen (3) seksyen 38 Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan), 
Majlis telah, melalui Jawatankuasa Fatwa yang telah sebulat suara 
meluluskan satu fatwa dan berikutan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa 
itu, yang bertindak bagi pihak dan atas nama Majlis, telah mengeluarkan 
fatwa itu mengikut subseksyen (2) seksyen 37 Ordinan itu, membuat 
Pemberitahuan yang berikut:
2. Fatwa yang berikut mengenai pendermaan organ hendaklah terpakai bagi, dan terikat kepada, semua orang Islam di Sarawak:
Keputusan: 
 "BAHAWA pendermaan organ ginjal atau buah pinggang kepada pesakit buah 
pinggang adalah harus tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
(a) Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organ ginjal atau buah pinggangnya;
(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan membahayakan kesihatan si penderma; dan
(c) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli
(2) DERMA DARI YANG MATI
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
(a) Sebelum meninggal dunia penderma telah menyatakan kerelaannya untuk mendermakan organ ginjal atau buah pinggangnya itu kepada orang lain setelah dia meninggal dunia atau diizinkan oleh wali atau ahli warisnya untuk berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan paksaan;
(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa organ ginjal atau buah pinggang yang didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh pesakit buah pinggang yang memerlukannya;
(c) Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ ginjal atau buah pinggang itu semata-mata untuk berubat; dan
(d) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli
*Anda dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu kepada keluarga anda.
*Ini akan memudahkan serta melincinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak.
*Ini akan memudahkan serta melincinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak.
____________________________________
Sudah baca kesemua artikel di atas? Mesti anda semua tertanya-tanya kenapa saya buat artikel mengenai ini. Ini kerana saya terlihat satu rancangan mengenai pendermaan organ di kaca televisyen semalam. Rancangan tersebut membuatkan saya sedar betapa pentingnya kita menderma organ dan tisu kepada orang lain. 
Saya sudah mendaftar, anda pula bagaimana? Jika anda ingin mengikut jejak langkah untuk menjadi salah seorang pengikrar penderma organ dan tisu, anda boleh isi borang sebagai pengikrar DI SINI. Untuk pendaftaran melalui online, boleh daftar DI SINI.
Jangan takut jika anda akan kehilangan organ dan tisu selepas kematian anda, beringatlah nyawa orang lain yang memerlukan organ dan tisu untuk hidup lagi penting dari segalanya. Sanggupkah anda melihat nyawa seseorang hilang ketika mana dia perlukan organ dan tisu kita untuk menyambung kehidupannya? Daftarlah dan berikrar untuk menjadi salah seorang penderma organ dan tisu selepas kematian. Sesungguhnya amalan yang anda lakukan ini sangat mulia di sisi agama.
Jangan takut jika anda akan kehilangan organ dan tisu selepas kematian anda, beringatlah nyawa orang lain yang memerlukan organ dan tisu untuk hidup lagi penting dari segalanya. Sanggupkah anda melihat nyawa seseorang hilang ketika mana dia perlukan organ dan tisu kita untuk menyambung kehidupannya? Daftarlah dan berikrar untuk menjadi salah seorang penderma organ dan tisu selepas kematian. Sesungguhnya amalan yang anda lakukan ini sangat mulia di sisi agama.




pnh thu tntg ni..tq share dear.;-)
ReplyDeletewah..alhamdulillah akak:)
ReplyDeletemungkin kina boleh bincang ngan family dulu..
kina takut..
nice entry :)
ReplyDeleteBaru-baru nie pun ada terfikir pasal derma organ ini, tapi masih tiada keyakinan untuk mendaftar. Kagum dengan semangat anda untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
ReplyDeletekagum dgn solehah
ReplyDeletedya baru tahu pasal ni.thanks ye solehah..
ReplyDeletederma darah pun sis x lepas syg.. ni kan pulak organ..hihi....tahniah ya solehah...bgs niat suci murni solehah tu... :)
ReplyDeleteTahniah solehah..
ReplyDeleteinsyaALLAH..moga ALLAH bukakan pintu hati nur pula..
takut sebenarnya..
moga2 memberi kesedaran. cikna pun takut. hihi..
ReplyDeletetakutlak dengar..semoga niat solehah diredhai Allah
ReplyDeletenk link untuk dftr sbg penerima organ ade x????
ReplyDeletekalau nk dftr sbg penerima organ blh x? ade link x?
ReplyDelete@Adlina Zin Sebenarnya saya ada sertakan link pendaftaran tu dalam entri di atas. Tapi xpelah, saya share lagi sekali di sini.
ReplyDeleteJika awak nak daftar secara borang pos, sila layari http://www.agiftoflife.gov.my/eng/organdonor.html . Di dalam link ni ada cara-cara untuk mendaftar dan alamat penghantaran borang.
Jika awak nak daftar secara online, sila layari http://www.agiftoflife.gov.my/eng/register.php . Sila isi borang online yang disediakan secara lengkap dan tepat.
Jangan takut untuk mendaftar. Selamat mendaftar :)
wah nad tau pasal ni bila nengok citer hacks.. namun lebih jelas bila baca blog ni.. :D
ReplyDelete