Wednesday, October 31, 2012

Jom Layan SimSimi

Disebabkan saya bosan tak tau nak chatting dengan siapa sejak-sejak ni, teringatlah saya pada perisian anak ayam ni. Korang tau kan. Ala perisian anak ayam yang namanya SimSimi tu. Semestinya semua orang pernah layan dia ni kan. Anak ayam ni bukannya betul sangat, kadang-kadang boleh buat orang jadi gila melayannya. Nak tengok apa yang SimSimi kenakan saya? Jom-jom tengok kat bawah ni...

Sembang 1




* Err, sepatutnya siapa yang  perlu minta maaf ni. Adakah saya sepatutnya? =.=

Sembang 2







* Okay fine, SimSimi buat saya merajuk. Tak nak layan dia dah. Bye! T_T
(Kalau korang nak layan SimSimi ni jugak, masuklah website INI ye.)

Tuesday, October 30, 2012

Anugerah Pengomen Tegar

Assalamualaikum.
 
Seperti yang saya janjikan dalam facebook semalam, saya ingin mengumumkan "Top Commentators" yang rajin mengomen entry saya. Wah bagai mencurah-curah bilangan komen yang dikomen oleh para pengomen tegar ni ye. Rajin sungguh tangan mereka mengomen. Untuk pengetahuan semua, entry saya sekarang sudah mencecah 421 entri, bilangan komen errr tak kira pulak. Sebagai ganjaran untuk pengomen tegar ni, apa kata korang tengok gerangan siapakah yang suka mengomen entry-entry saya ni. Jeng, jeng, jeng...

 
1. Cik Nur


2. Deqla Manjew


3. Che Rosliza Che Mat


4. Si Matatajam


5. Chic Na

Kesemuanya dari ahli GSF tu. GSF memang terbaiklah! :) Sebagai ganjarannya, saya telah mendapat persetujuan dari pihak sponser untuk memberikan "Voucher Discount RM5 untuk setiap pembelian RM40 ke atas di Dee's Closet Shop" untuk kelima-lima pengomen tegar saya ni. Jangan lupa like page "Dee's Closet Shop" dan bagitau pada tuan empunya shop DI SINI ye. Selamat berblogging... :)

Entry Ini Oke Tak #EcaYearEndContest


Assalamualaikum.

Harini saya nak join contest ni sebagai tanda sokongan daripada saya. Mana-mana yang belum join tu, cepat-cepatlah join ye. Yang dah join tu, kita tunggu pemenangnya nanti ye. Apa yang dikehendaki untuk saya sertakan dalam entry ni ialah :

Link entri saya yang paling terbaik ialah :

Sebabnya ialah :
1. Entri ni mengisahkan tiga orang yang paling berpengaruh untuk saya berminat mengetahui perkembangan mereka, setiap hari pabila saya buka blog dan facebok.
2. Ketiga-tiga mereka ni mempunyai peminat yang pelbagai jenis. Boleh dikatakan tiap hari keyword nama mereka, masuk dalam blog saya. Maklumlah bulan ni mereka popular kan.
3. Fesyen yang Irine Nadia, Fyn dan Fatin Liyana bawakan, berjaya untuk menarik minat saya untuk menjadi seperti mereka. Oleh itu, saya boleh dikatakan rapat dengan mereka. Alhamdulillah saya berjaya update mengenai mereka dalam satu entry.

Friday, October 26, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Dan Batin

 
Sumber : Google

Tengok, lembu ni dah ucap "Selamat Hari Raya Korban" untuk korang.hehe Sebenarnya lembu tu sedih sebab dia bakal disembelih hari ini. Jadi sebab tu dia wish awal-awal. Tapi korang jangan kesian dengan lembu yang bakal disembelihkan tau, sebab hukumnya nanti jadi makruh. Jadi maksudnya nanti kalau korang makan lembu tu menyamai korang makan makanan yang makruh. Makan makanan yang makruh kan tak elok.

Rasanya tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ahli keluarga saya, sanak-saudara saya, tidak dilupakan juga kepada si dia, jiran tetangga rumah saya, kawan-kawan sekolah saya dulu yang pernah mengenali saya samada di sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej, kepada rakan-rakan media massa saya, kawan-kawan setaman saya dan juga kawan-kawan yang saya pernah kenal secara sengaja atau tidak sengaja. Tidak dilupakan juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam serta kepada seluruh Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Happy Eid, Maa's salamah wa ilal liqa'. Maaf jika saya ada buat salah dan silap kepada semua, Forgive me if I done wrong to u, Asif iza yujadil khata' minni. Happy blogging! :)

Thursday, October 25, 2012

Tutorial : Buat Header Dan Profile Baru Di Dalam Twitter


Comel kan header kat atas ni? Header siapa la agak-agaknya ni. Mesti pemilik Twitter ni comey kan.heee :) Hari ni saya nak buat tutorial lagi. Tutorial mengenai Twitter. Boleh dikatakan sejak-sejak ni saya kerap buat tutorial mengenai Twitter kan. Dan juga boleh dikatakan sekarang ni saya memang menggilai Twitter. Boleh dikatakan sekarang ni 24 jam saya mengudap/menghadap Twitter ni. Tak caye? Cuba follow dan tweet saya DI SINI.

Jom-jom ikut tutorial yang akan saya ajar ni. Jangan lupa follow Twitter saya ye... :)

1. Sign in Twitter > Buka profile Twitter.

2. Klik mengikut anak panah yang ditunjukkan dalam gambar.




3. Pilih "Settings".

4. Klik "Design".




5. Skrol ke bawah sikit, nanti korang akan nampak bahagian "Customize your own".




6. Klik "Change Header". Selepas klik tu, korang upload lah gambar yang korang nak jadikan sebagai header Twitter nanti.



7. Selepas siap upload, klik la "Save changes".

8. Siap! Lihatlah hasilnya.


* Kalau korang dah follow saya, mention la saya nanti ye... :)

Wednesday, October 24, 2012

Senarai Terkini Bloglist GSF (Update 11 Oktober 2012)


Pertama sekali saya nak mintak maaf sebab lambat update  entri mengenai GSF yang dikemaskini sebelum ni. Oleh kerana harini saya terlebih rajin, saya nak update senarai terkini bloglist GSF. Kepada ahli GSF yang baru, selamat datang ke GSF. Semoga persahabatan kita terjalin selamanya. Insya-Allah...

 GSF - SINI !

 Ahli GSF


1. Bunga Hati Mama - Arina Shamsul
2. Mobile Topup Bize - Ayu
3. Miss Banu Story - Miss Banu
4. Hikayat Ceritera Terindah - Aine Ainun
6. The Secrets of Leonerz - Yana Libra
7.  Mrs Erry Bercerita - Deqla Manjew
8. Tentang Kita - 9nol4
9.  All About Love - Msvelentine
10. Aku, Cinta & Cita-Cita - Cik Nur
11. The CoklatBlog - Chic Na
12. Cute Mama - Lelamaisara
13. Pesona - Etuza
14. Kisah Aku Bukan Cerita Dongeng - Sweet Honesty
15. My So Called Life - Ayuni
16. Bunga dan Sepet - Misya Mialen
17. Cik Aini - Cik Aini Lavender
18. Solehah Shamsuddin - Solehah Shamsuddin
19. Kisah Dya - Dyabunga
20. Ini Wilayah Hijau - Mzhany
21. U Are My Sunshine - Cendol
22. Dunia Daku - Mawar Qaseh
23. Penguin Area - Cik Penguin_Solehah
24. Mai Lurve - Kayyana
25. Zamani 84 - Zamani
26. Miaduniaku - Izan Mama Mia
27. Mai Nak Cerita - Si Matatajam
28. Karukord Jagau's - Karukod Jagau's
29. Dunia Masha World - Masha Meisters
30. My Little Honey Dew - Wan Nurul Hezrina
31. Diari Aima - Aima Kaim
32. Cinta Itu Misteri - Niena Rizal
33. Busyra Takiyuddin - Busyra Takiyudin
34. Ini Cerita Ayu - Ayu
35. It's Story Time - Wanieys
36. H.A.T.I - Lya Afrina
37. Yumida - Yumida
38. Fariz Reza Dot Com - Fariz Reza
39. Welcome To My Life - Arelan
40. Nyue - Nyue
41. Shuhada Othman - Shuhada Othman
42. Cik Rose Cute - Hairuliza
43. Masz Sidek - Masrina Sidek
44. Jari Menari Entri Terpatri - Kinara Kinatara 
45. Kasih Sayang Mewarnai Kehidupan - Fieda
46. It's All About My Life - Deq Qienz

 Senarai Terkini Bloglist GSF

1. Bunga Hati Mama - Arina Shamsul
2. Miss Banu Story - Miss Banu
3. Hikayat Ceritera Terindah - Aine Ainun
5. The Secrets of Leonerz - Yana Libra
6. Mrs Erry Bercerita - Deqla Manjew
7. Tentang Kita - 9nol4
8.  All About Love - Msvelentine
9. Aku, Cinta & Cita-Cita - Cik Nur
10. The CoklatBlog - Chic Na
11. Cute Mama - Lelamaisara
12. Pesona - Etuza
13. Kisah Aku Bukan Cerita Dongeng - Sweet Honesty
14. My So Called Life - Ayuni
15. Cik Aini - Cik Aini Lavender
16. Solehah Shamsuddin - Solehah Shamsuddin
17. Kisah Dya - Dyabunga
18. Ini Wilayah Hijau - Mzhany
19. You Are My Sunshine - Cendol
20. Penguin Area - Cik Penguin_Solehah
21. Mai Lurve - Kayyana
22. Miaduniaku - Izan Mama Mia
23. Mai Nak Cerita - Si Matatajam
24. Karukord Jagau's - Karukod Jagau's
25. My Little Honey Dew - Wan Nurul Hezrina
26. Diari Aima - Aima Kaim
27. Cinta Itu Misteri - Niena Rizal
28. Busyra Takiyuddin - Busyra Takiyudin
29. Ini Cerita Ayu - Ayu
30. It's Story Time - Wanieys
31. H.A.T.I - Lya Afrina
32. Welcome To My Life - Arelan
33. Nyue - Nyue
34. Shuhada Othman - Shuhada Othman
35. Cik Rose Cute - Hairuliza
36. Masz Sidek - Masrina Sidek
37. Jari Menari Entri Terpatri - Kinara Kinatara 
38. Kasih Sayang Mewarnai Kehidupan - Fieda
39. It's All About My Life - Deq Qienz

Makin lama makin ramai ahli GSF kita kan.hehe Love u GSF! :)

Tips : Jimatkan Bajet Perkahwinan

Rasanya sudah lama saya tak bagi tips kan. Okay hari ni saya nak kongsi sesuatu yang menarik kepada sesiapa yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun yang sedang pening dengan bajet perkahwinan yang terlebih bajet tu.



Saya nak tanya, macamna korang akan uruskan bajet perkahwinan yang tak mencukupi tu ataupun dengan kata lain "No budget"? Apa kata korang ikut pendapat saya ni. Mana tau, akan terasa ringan sikit beban yang tidak tertanggung tu. Bakal pengantin tak boleh stress-stress tau. Rileks-rileks ok. Jom intai bawah ni... :)

1. Buat majlis yang ala kadar
– Simple, tapi meriah. Tak payah buat apa-apa yang tak begitu penting macam makan beradap, hiasan bilik pengantin, kompang, silat dan lain-lain lagi. Semua ni hanya akan menambahkan lagi bajet perkahwinan korang je.

2. Mintak tolong saudara-mara dan orang kampung

– Kalau buat kat kampung, lakukan secara gotong-royong. Boleh jimat kos. Kalau nak lagi mudah, pakai saje khidmat katering.

3. Jangan jemput semua orang yang korang kenal

– Jangan pulak dijemput semua orang yang korang kenal dari zaman kanak-kanak sampai ke besar. Nanti satu stadium pun tak muat. Seelok-eloknya hanya jemput saudara-mara terdekat, kawan-kawan rapat dan jiran tetangga.

4. Tak payah membazir untuk bersalin terlalu banyak baju

– Baju akad nikah dan baju sanding pun dah kira cukup.

5. Elakkan buat masa cuti skolah ( Kalau boleh )

– Kalau ikut kebiasaan, memang ramai orang akan buat kenduri kahwin ketika cuti sekolah. Sebabnya, masa ni lah ramai orang yang cuti and balik kampung. Jadi lagi meriah majlis kahwin korang nanti dengan kehadiran ramai orang. Tapi kalau boleh cuba elakkan sebab ketika cuti sekolah, semua barang-barang untuk persiapan perkahwinan naik harga.

6. Barang hantaran tak perlu banyak-banyak

– Cukuplah sekadar 5 berbalas 7. Beli barang-barang yang perlu saje. Kalau tak ada bajet sangat, jangan beli barang yang terlalu mahal.

7. Beli-belah ketika promosi

– Kita bertuah sangat sebab duduk di Malaysia yang mana Mega Sale dibuat 3 kali setahun. Amboi, terbeliak mata ye. Masa ni banyak promosi keluar. Jadi masa ni la sesuai untuk korang pergi shopping untuk beli barang-barang kahwin. Yang penting, korang kenalah pandai pilih dan jangan mudah tertipu dengan promosi ok.

8. Pilih pakej perkahwinan

– Jangan pulak korang sewa baju kahwin di kedai A, pelamin di kedai B, make-up dari C dan lain-lain lagi. Lebih baik korang sewa perkhidmatan dalam satu pakej. Tak perlu susah-susah. Pilihla pakej kahwin yang sesuai dan berpatutan.

9. Jangan berhabis duit untuk beli barang kemas
– Perempuan, perempuan. Memang tak boleh dipisahkan dengan barang kemas. Korang kena la pandai tahan diri. Sebelum kahwin ni, pilihla barang kemas ikut bajet yang ada. Bila lepas kahwin, baru la korang boleh suruh suami korang belikan barang kemas yang lain. Eh, bab ni saya tak suruh tau :p

10. Duit hantaran kenalah berpada-pada
– Pesanan buat pihak perempuan. Jangan letak nilai yang melampau tinggi. Korang bukannya nak jual anak. Sebaliknya mengamanahkan anak korang untuk dijaga oleh orang lain pulak. Kesian pihak lelaki. Kena mengeluarkan banyak duit untuk kita. Sebaliknya, tengok pada kemampuan mereka dulu.

11. Cuba buat sendiri apa yang korang boleh buat
– Kalau korang ada masa dan sedikit kemahiran, korang boleh buat sendiri benda-benda senang seperti gubah barang-barang hantaran, hias bilik pengantin, hias meja makan beradap dan sebagainya.

12. Buat majlis sanding selepas akad nikah, pada hari yang sama
– Jimat masa, wang dan tenaga.

13. Kalu tak cukup bajet, tak payah nak berhabis duit untuk buat hiburan ketika majlis persandingan
– Misalnya macam kompang atau silat atau karaoke dan lain-lain lagi. Semua hanya untuk hiburan semata-mata dan bukan agenda penting.

14. Majlis kenduri kahwin
– Kalau bajet sikit, buat majlis kahwin yang ala kadar. Tak payah nak buat grand sangat seperti buat kat hotel ke, taman ke, dalam laut ke dan macam-macam lagi yang pelik-peliklah. Kalau kedua pasangan pengantin tinggal di tempat sama, apa kata korang gabung saje untuk buat majlis. Lagi jimat, kan? Kalau duduk jauh pulak, cukuplah sebelah perempuan buat meriah sikit, sementara belah lelaki buat simple saje.

15. Pinjam baju nikah/sanding
– Kalau ada adik beradik lain yang dah kawin, pinjam baju diorang.

16. Elakkan dari tempah baju kahwin yang baru
– Maksudnya, upah jahit baju baru. Sebaliknya sewa saje yang dah siap jahit. Kalau nak buat baju baru, kena fikir kos beli kain dan kos upah tukang jahit lagi. Baju kahwin hanya pakai beberapa jam dan sekali saje seumur hidup.

17. Postpone honeymoon jika tidak cukup bajet.

18. Design sendiri kad jemputan

– Kalau korang tak pandai nak design pun, cari la kawan-kawan yang tau. Design kad yang simple pun ok.

19. Buat senarai semak atau checklist

– Checklist memang penting dan kena buat awal-awal lagi. Darinya korang boleh tau berapa banyak yang bakal dibelanjakan. Dan ia juga memudahkan korang untuk ‘keep track’ untuk benda-benda yang telah atau belum dibuat atau dibeli.

20. Pilih pakej fotografi yang sesuai

– Tak payahla buat dalam studio atau secara video ke. Kosnya boleh mencecah ribuan ringgit. Cukupla sekadar 2 roll gambar yang disertakan sekali dengan 1 atau 2 buah album kahwin yang terisi dengan gambar-gambar yang cantik.

* Sekadar pendapat. Terpulang pada individu untuk menguruskan perkahwinannya sendiri. Selamat pengantin baru bagi sesiapa yang bakal mendirikan rumahtangga... :)

Tuesday, October 23, 2012

Blog Popular

Blog Popular. Siapa yang nak jadikan blog sendiri dikategorikan sebagai blog popular. Kalau nak jadikan sesebuah blog popular, trafik blog mestilah tinggi. Kalau nak trafik yang tinggi mestilah ada strategi. Tapi strategi yang bagaimana? Jom ikuti penerangan yang akan saya beritahu di bawah. Cubalah ikut apa yang diberitahu. Insya-Allah, trafik blog akan naik mendadak.


BLOG POPULAR
RAHSIA SAYA MENARIK MINAT ORANG LAIN DATANG KE BLOG.

1. Saya selalu join segmen atau giveaway dari blog orang lain. Paling baik join segmen review dan follow blog. Kalau nak cepat popular, join contest dari blogger hebat. Rasanya korang sendiri pun tau siapa blogger hebat tu kan. Contoh : Blog Ben Ashari.

2. Saya suka merajinkan diri 'promote' link blog saya kat shoutbox blog orang lain atau traffic. Contoh traffic : Fibox dan Topsite.

3. Saya suka komen entry blog lain. Walaupun entry dia tak 'best', komen saje entry dia. Manala tahu dia nak terjah entry kita balik kan. Kalau dia tak nak terjah balik, jangan sedih tau. Pasti nanti akan ada yang melawat blog korang.

4. Saya suka ajar orang lain cara setting blog jika dia tak tahu buat sesuatu. Walaupun saya cuma buat sikit saje tutorial dalam blog saya ni dan saya pernah menjadi pengguna blogskin, saya masih tau cara nak edit kod. Kalau saya betul-betul tak tau, saya akan cuba tolong seseorang itu sampai dia dapat buat.

5. Saya ni memang suka follow orang. Kalau tengok senarai blog yang saya follow ni, memang tak terkira rasanya. Korang semua follow saje blog orang lain tau, manela tau tiba-tiba tuan blog itu sudi nak follow kita balik.

6. Saya juga selalu masuk group blogger aktif. Sekarang saya sudah ada group blogger aktif iaitu Group Segar Follower.

7. Saya suka hias blog saya supaya jadi cantik sampai orang tertanya-tanya macamne nak buat setting itu, setting ini. Kadang-kadang pengaruh blog yang cantik juga boleh membuatkan seseorang selesa nak baca entry kita.

8. Cara yang kelapan ni mungkin susah sikit. Buat backlink ke blog. Agak-agak siapa yang terer buat backlink blog ni, bolehla selalu buat. Kalau ada yang tak tau nak buat dan nak buat juga, saya boleh ajarkan.

9. Buat group khas untuk blog dalam facebook. Rasanya semua blogger sudah ada group untuk blog sendiri kan. Jom follow group blog saya, KLIK SINI!

10. Berbuatlah baik pada orang lain. Insya-Allah blog anda akan sentiasa terus maju kehadapan dan akan diterjah oleh orang lain juga. Yang penting, jangan sombong sesama yang lain. Kalau dah jadi blogger, tak boleh sombong-sombong tau.

# Inilah tips yang boleh saya berikan. Alhamdulillah, tidak sampai setahun blog saya sudah dikenali. Antara link entri pilihan terbaik di blog Solehah bagi tahun 2012 ialah :


Tiada apa yang mustahil untuk dilakukan, melainkan kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu sehingga berjaya.

Contest ini dianjurkan oleh Blog CoretanAnuar.Com ditaja bersamaSembangHari2Discount-Hari2 , azri.my  ,  bardboo.com , CikTom.com , emasfizikal.comsyaisya.com percutianku.com , Sjiehan.com StudioAksara eyriqazz.com

Eca Year End Giveaway #1

Year End's Giveaway&Contest oleh ecadwinkyasha.com ditaja oleh jijieasriella.com , zafikstory.blogspot.com, mialiana.com, sop.name.my , duniashida.com ,syaisya.com,ihaveasweetsmile.blogspot.com, aziazidah.blogspot.com , www.kisahemasputih.com , hazwanhairy.com , nugrulsakura.blogspot.com, greennnpandacraft.blogspot.com , mymatatajam.blogspot.com,akuayut.blogspot.com ,hotchouz.blogspot.com

Sila klik banner untuk join GA...
31 Oktober 2012,jam 11.59am --> Eca Year End Giveaway #1 TAMAT!.

Year End's Giveaway&Contest oleh ecadwinkyasha.com ditaja oleh

Selamat Datang Ke Dunia Baru, Rumaisha Azra! :)


Hari Pertama - 17 Oktober 2012


Hari Kedua - 18 Oktober 2012


Hari Ketiga - 19 Oktober 2012


Hari Keenam - 22 Oktober 2012

Eh, korang jangan salah sangka pulak. Ni bukan anak saya, tapi anak kepada sepupu saya. Comelkan anak sepupu saya ni. Baby gegirl. Tahniah Kak Ima yang selamat melahirkan anaknya yang ketiga. Wah dah cukup 3 orang anak perempuan akak ye. Semuanya comel-comel belaka. Tahniah untuk Humairah (si kakak) dan Balqis (si adik) sebab dapat adik baru. Jangan buli adik baru korang nanti ye. Yang paling ketara, sangat jelas menampakkan betapa berusianya diri saya ni kerana  makin lama makin kerap dipanggil maklong.hoho


Dari kiri : Balqis (si adik) dan Humairah (si kakak).
Sayang Aqis dan Mairah sangat-sangat! :)

* I wish I can be more young, not become as "Maklong".... =,=

Sunday, October 21, 2012

Terima Kasih, Farahdhiya ... :)


Printscreen dari twitter saya...


Printscreen dari twitter Farahdhiya...

Ohoo siap direply dan di retweetnya semula. Terima kasih Farahdhiya. Selalu juga saya sembang dengan artis-artis di Malaysia ni. Mula-mula, dengan rahsia. Kedua, dengan Ainan Tasneem. Ketiga, dengan Hanis Zalikha. Keempat, dengan Farahdhiya. Yang kelima siapa pulak ye?haha amboi, macam tak sabar je nak tau ni. Tunggu la nanti ye, mana tau ada rezeki lagi... :)

* Yang rahsia tu korang tak payahla tau ye. Jom follow twitter Farahdhiya : DI SINI.