Assalamualaikum.
Bukan semua di sini yang ada Twitter dan bukan semua yang ada akaun Twitter tahu menggunakan Twitter. Betul tak? Samalah seperti saya dulu, agak kekok menggunakan Twitter. Maklumlah Twitter ni agak susah untuk digunakan berbanding Facebook. Kepada yang masih kekok ataupun masih nak berjinak-jinak menggunakan Twitter ni, haruslah tau simbol serta istilah yang digunakan di dalam Twitter. Nanti tak adalah korang pening-pening membelek akaun Twitter korang tu.
1. Followers : Orang yang mengikuti twitter kita dan akan menerima setiap pembaharuan yang dilakukan.
2. Following : Orang yang kita ikuti dalam twitter. Kita akan menerima setiap update orang yang kita follow.
3. Retweet : Menulis atau membuat pengulangan tweet orang lain dalam profile kita sendiri dan biasanya diikuti dengan nama orang yang membuat tweet pertama kali.
4. Trends : Juga dikenali sebagai "Trending Topics" iaitu topik yang sedang hangat di antara pengguna Twitter sedunia. Biasanya "trending topics" ini akan muncul dan selalu di update pada halaman twitter kita.
5. Over Head : Simbol yang kita pakai untuk menuliskan tweet milik orang lain pada status kita tetapi kita tidak ingin mentionkan siapa yang menuliskannya. Jadi, ia sama dengan retweet, cuma tidak di 'mention' kan siapa penulis tweet itu. Ditulis di depan tweet yang ingin kita masukkan.
6. Direct messages : Kita boleh menghantar mesej peribadi kepada seseorang yang follow twitter kita dan kita hanya boleh dapat mesej peribadi daripada seseorang yang kita follow. Pesanan hanya akan dapat dibaca oleh penerima dan tidak akan ditayangkan kepada mana-mana followers anda.
7. Tanda @ : Untuk men "tag" atau mengkhususkan tweet kepada salah seorang teman kita seperti @Solehah90 . Simbol "@" disebut sebagai "mention" atau "connect" dalam twitter.
8. Hash Tags # : Tanda pagar ini biasanya digunakan untuk mempermudah pencarian topik yang sedang hangat di twitter. Segala perkara yang anda kongsikan akan ditayangkan kepada pengikut anda dan akan juga ditayangkan di satu laman atau sebuah kumpulan mereka yang mempunyai hashtag yang sama. Contoh: Jika anda menulis sesuatu dan meletakkan #BahasaTwitter, apa yang anda kongsikan turut akan dibaca oleh mereka yang mempunyai hash tags " #BahasaTwitter ".
9. Favorites : Untuk menyimpan tweet tertentu yang diinginkan (tweet yang kita suka).
10. HeardThrough (HT) : Simbol yang kita pakai untuk menuliskan tweet berdasarkan sesuatu yang kita dengar dalam kehidupan nyata. HT ditulis di depan tweet yang ingin kita dimasukkan.
oooo..mcm tu ka??baru fahamm..hihi
ReplyDeleteNice sharing... Ada gak yg kak M tak tau..hi hi...
ReplyDeletehebat sharing ni SS, lepas tu best song tau!
ReplyDeletebaru dya tahu..dya tahu guna je..haha
ReplyDeletethanks sharing dear... :) twitter akak dah tumbuh lalang dah..hihihi
ReplyDeleteoh...nanti la nak try buka akaun twitter...
ReplyDeleteSis punya twitter jarang bukak kikiki Nice Sharing..
ReplyDelete