Assalamualaikum.
Siapa masih ingat kenangan hari raya ketika masih bersekolah? Saya masih ingat lagi ketika zaman persekolahan dahulu, bilamana saya buka loker baju di asrama, pasti kad raya akan bersepah bertaburan jatuh ke lantai. Pelik tak, pelik kan? Pelik sebab macamna kawan-kawan boleh masukkan kad raya tu dari celah-celah lubang loker yang hanya muat masukkan kertas saje. Tapi yang membuatkan saya pelik lagi, nama pengirim kad raya tu tak pernah ada. Maklumlah kad raya tanpa setem. Walaupun diorang tau yang saya memang susah nak balas kad raya yang dikirim, tapi masih ada lagi yang sudi hantar kad raya kat saya. Terima kasih, terima kasih.hehe korang pernah alami juga ke? Kalau saya cerita zaman saya dulu-dulu tu, memang berjam-jamla korang akan baca entry saya ni. Okay kita lupakan hal ni dulu ye.
Dulu tak sah kalau tak dapat kad raya lebih daripada 50 keping kad yang dipos oleh kawan-kawan. Boleh dikatakan popular juga saya masa sekolah dulu. Tapi sekarang nak dapat kad raya 10 keping pun tak lepas. Betul orang cakap, zaman sudah berubah. Zaman sekarang cuma dihujung jari. Budak-budak sekarang cuma perlu upload gambar raya yang telah diedit kemudian tag kawan-kawan. Selalunya di Facebook la kan. Nak dikatakan suasana menunggu kad raya dari kawan-kawan tu semakin berkurangan.
Sekarang ni ada satu applikasi yang sangat menarik hati untuk saya kongsikan di sini. Applikasi dari U mobile yang mana dinamakan sebagai U mobile Eratkan lagi. Applikasi ni banyak keistimewaannya iaitu korang boleh hantar text/voice/video message secara peribadi kepada yang tersayang ataupun kepada insan yang korang ingin berbaik semula. Bukan itu saje, korang juga boleh berhubung dengan kawan-kawan yang sudah lama korang tidak berhubung. Lupakan yang keruh, ambillah yang jernih. Apa kata korang yang baca entry ni, join sama-sama app ni juga ye.
1. Mula-mula buka link INI.
2. Daftar akaun. Korang boleh daftar akaun ni melalui Facebook.
3. Selesai mendaftar, ikutilah langkah-langkah gambar di bawah untuk menghantar pesanan kepada teman-teman.
Masukkan nama, emel dan nombor telefon. Klik butang "Seterusnya".
Pilih penyampai yang diinginkan. Jika ingin mendengar suara mereka, lihat di bahagian Webisod. Klik butang "Seterusnya".
Pilih kenalan yang anda ingin sampaikan mesej. Cuma seorang kenalan. Klik butang "Seterusnya".
Pilih cara penyampaian. "Teks, Suara, Video". Klik butang "Seterusnya".
Ini adalah contoh jika inginkan cara penyampaian secara teks. Taip mesej di dalam kotak. Selepas selesai, klik butang "Eratkan Lagi". Tunggu sehingga mesej itu sampai kepada penerima serta ikuti langkah yang diberitahu. Siap!
waahhh..mkin canggih..! lepas ni solehah dapat byk mesej dari u mobile lah gayanya.. :)
ReplyDeleteehh haha kalau ramai yg dftr app ni la...
ReplyDeletezmn serba moden,serba canggih kan..
ReplyDeletetp wpun dah canggih bila sesekali kita kembali ke zmn yg lama,yg dulu...wah x terhingga gembira rasanya kan,kira kenangan mnggamit jiwa lah sng =)
oh...mcm tu...makin canggih yek..:)
ReplyDeleteso nk guna app ni tak smestinya pelanggan u mobile ke?
ReplyDelete@Pen Biru ni applikasi.jadi semua org leh guna :)
ReplyDeletetak sesuai dg u mobile.
ReplyDeletewow..memang cuma dihujung jari..makin canggih..hihi
ReplyDeletecanggihnya...banyaklah solehah dapat sms..
ReplyDelete