Friday, July 13, 2012

Tips : Persediaan Sebelum Bertunang

Assalamualaikum.


Ada sesiapa yang nak bertunang dalam masa terdekat ni tak? Kalau ada, memang sesuai sangatlah entry ini khas untuk yang bakal jadi tunangan orang tu. Bila baca entry ni kan, ada seseorang  tu tengah tersipu-sipu malu. Entah siapalah orangnya tu ye.hehe Sayakah orangnya? Jawapan saya, coming soon... :)

Senarai Semak Sebelum Bertunang


1. Pilih tarikh/waktu/tempat
– Rumah (hall) atau dalam bilik atas katil pengantin.


2. Tentukan jumlah hantaran L/P
– Contoh: 7 dulang (P) balas 5 dulang (L)
(Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan nombor ganjil).


3. Pilihan tema hantaran
– Biasanya pemilihan warna yang lembut seperti soft pink, soft yellow atau putih.


4. Pilihan gubahan sendiri / tempah
-Buat sendiri (lagi jimat).


5. Pilihan warna pakaian L/P
– Bergantung pada tema.


6. Tentukan jenis barang hantaran
– Contoh: Perempuan : 7
(listkan barang-barang yang hendak diberi)


7. Tentukan jenis barang hantaran
– Contoh: Lelaki : 5
(listkan barang-barang yang hendak diberi)


8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin
– Hantaran : ? , Mas Kawin : (ikut negeri)


9. Cincin tunang & risik
– 2 cincin ( ikut pilihan sendiri sama ada nak bagi 2 sekali atau nak bagi cincin tunang saje pun boleh)


10. Pilihan dais / pelamin
- Bergantung. Setengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yg dihias cantik. Nak jimat DIY (Do it yourself).


11. Makeup
– Makeup soft kalau boleh.


12. Jurugambar


13. Sediakan bajet jamuan makan tengahari / petang/ malam
– Katering atau pun masak sendiri.


14. Tentukan wakil pihak L/P sebagai jurucakap
– Biasanya orang tua yang berpengalaman.


15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Contoh: (L ) - 7 orang, (P) - 10 orang

Di Hari Pertunangan

Perkara-perkara yang akan dibincang oleh kedua keluarga pada hari pertunangan:

1. Tarikh nikah/ berlangsung kat mana?
2. Tarikh kenduri ?
3. Jumlah wang hantaran?
4. Jumlah wang mas kahwin ?
5. Jumlah barang hantaran semasa kahwin?


p/s : Bagi yang belum kahwin tu, cepat-cepatlah kahwin! hehe
*diri sendiri suruh orang kahwin, tapi saya belum. Encik abang, cepat-cepatlah meminangku.kikiki :)

34 comments:

  1. dni gubah sendiri je hantaran.. pastu tak guna bilik.. buat kat ruang tamu je masak e-day :)

    ReplyDelete
  2. @Ardini Humaira wah ni lgi jimat.hehe kiranya dini dh kwin ke blm ni ye?

    ReplyDelete
  3. hehe, panduan kot2 mana tahu tiba esok lusa ada org berkenan. hamboii.

    ReplyDelete
  4. tengah tunggu org merisik dulu ni solehah. hihi..

    ReplyDelete
  5. @Chic Na eh chic na ni, merisik mmgla da.hehe solehah lak nk bertunang dan lps tu kwin.bertunang tu nk skejap je sbb xnk tggu lme2.hehe

    psstt sbnrnye solehah xske tunang.sbb ia makan masa lama.pastu bajet byk plak tu.better nikah n trus kwin je...

    ReplyDelete
  6. waahhh sys nak bertunang yee??tahniah..kawen jgn lupe jemput.hihi

    ReplyDelete
  7. @cendol semestinya sys akan jmput sume ahli GSF.sys akan sntiasa igt korang :) hehe lmt lg la yunk, tggu dy alek Malaysia lps raya.lmbt lg ni... :(

    ReplyDelete
  8. laaa...detail nyer...mcm solehah pulak bertunang...gubah sendiri mmg jimat..

    ReplyDelete
  9. deqla tak pikir semua ni kot sbb ktorg tunang lepas tu trs nikah..hihi..

    ReplyDelete
  10. @Yumida ni spupu solehah bertunang.alang2 dh dy nk bertunang,sje tnye dy list2 utk bertunang tu.akhirnya dpt tau jgk semuanya.

    ReplyDelete
  11. @Deqla manjew hehe mmg pn.kdg2 bertunang ni byk modal je.ni solehah share je.

    ReplyDelete
  12. akak memang biase buat semua tu...kalau adik beradik yg tunag akak yg penin..kena wat hantaran..huuuuu

    ReplyDelete
  13. @lelamaisara ehehe solehah tau akak mmg pakar wt sume tu.dlu da tgk akak wt entry :)

    ReplyDelete
  14. Teringat masa bertunang dlu.mmg byk nak kena redi.smpi pening kepala.merajuk on ada.tq for info soleheh;)

    ReplyDelete
  15. @Misya Mialen itula pasal.mmg klu bab cmni mmg byk bg pening pale je

    ReplyDelete
  16. hehhe...macam seru belum sampai la...hihi...tapi xpe,nanti nak guna dah ada tips kat sini...hehe

    ReplyDelete
  17. bagus tips ni. mcm ade pengalaman je. :)

    ReplyDelete
  18. amboi solehah mcm dh de pglmn pulak..btw aku nk btunang bln6 ni..jmput dtg.. tips2 ko bg tu mmg bguna..=)

    ReplyDelete
  19. salam...sis..nk share kt blog sy yer...

    ReplyDelete
  20. sis, nak tnya kos utk pesediaan sblm tunang ni ditanggung sepenuhnya oleh pihak lelaki ataupun mcm mana? berapa average cost utk lelaki dan pmpn sediakan?

    ReplyDelete