Assalamualaikum.
Dulu saya ada buat entry mengenai Sungai Kristal yang tercantik di dunia tu kan, kali ini saya nak buat entry mengenai tasik pulak ye. Kali ni bukan calang-calang tasik yang saya nak tunjuk. Tapi tasik ni da sesuatu yang istimewa dari segi warnanya. Ia berwarna pink. Eh, kenapa warna pink kenapa bukan warna biru atau hijau?ha, kalau korang nak tahu kenapa ia berwarna pink, korang bolehlah baca entry ni ye. Selamat membaca.
Sekali pandang, ia mungkin kelihatan seperti sebuah kolam dipenuhi dengan susu strawberi, tetapi sebenarnya ia adalah tasik garam semula jadi. Tasik merah jambu ini digunakan oleh penduduk sebagai sumber utama menghasilkan garam di Senegal.
Pakar Bakteria Universiti Bath, Michael Danson berkata, kandungan air Tasik Retba di Senegal itu didakwa mengandungi 40 peratus garam dan warna merah jambu tersebut terhasil daripada tindak balas cahaya matahari dengan organisma Dunaliella salina.
"Dakwaan sesetengah pihak bahawa hidupan akuatik tidak boleh hidup dalam tasik mengandungi garam yang tinggi seperti Retba dan Laut Mati adalah tidak benar kerana ia turut menjadi habitat beberapa spesies", katanya.
Tasik yang menjadi sumber mineral kepada penduduk setempat ini juga boleh mengapungkan manusia.
Di bawah ni masih ada banyak lagi gambar tasik pink ni. Tengoklah ye...
Cantikkan tasik ni? Rasanya kalau Tasik Retba ni ada kat Malaysia, hari-hari saya akan datang ke sini. Macamna dengan korang pulak?hehe
p/s : Sudah baca entry saya dulu mengenai Sungai Kristal? Jika belum, KLIK SINI!
wahh cantiknya tasik pink. ada la kot haiwan laut yg sesuai hidup dalam tasik ni kan. :)
ReplyDeleteWow tktau plak ada tasek pink. Lautan merah adalah. CiM pengguna garam gunung himalaya, mmg ada yg brwarna pink. Tk sangka tasik pink ni mengandungi garam asli semulajadi
ReplyDeletewow..sukar nk pecaya..
ReplyDeletewahhh... pink kaler... tp skali tgk mcm kotor pulak kan... hihi
ReplyDelete@Chic Na itula.sys pn xtau da ke x.dyorg xgtau pn
ReplyDelete@Cinta Misteri btl tu.solehah sje2 try google td cari tasik pink @ sungai pink, skali keluar pasal tasik ni.haha igtkan xd.upenye da. men2 je cari ni
ReplyDelete@~Sweet Honesty~ wlupn sweety xcaye,sweety kna tau jgk sbnrnye tasik ni mmg wujud n wrne pink.cbe try google klu nk tau sahih or x.hehe
ReplyDelete@Deqla manjew btl tu.solehah tgk mle2 pn mcm kotor je.takut lak nak masuk dalam tasik ni.haha
ReplyDeletewah!!! i loike
ReplyDelete@N.Aima K menarikkan :)
ReplyDeletesubhanaALLAH..kuasa ALLAH...!
ReplyDeletecantikk..!
Pink lagii..!
@Cik Nur hehe semestinya warna pink ye...
ReplyDelete