Thursday, July 19, 2012

Rancangan TV Al-Hijrah Sesuai Ditonton Oleh Segenap Lapisan Umur

Assalamualaikum.


Siapa di sini suka tengok rancangan TV Al-Hijrah? Nak tahu dimana tersenarainya rancangan mereka, boleh KLIK SINI. Antara rancangan TV Al-Hijrah yang saya suka ialah :

Fattabiouni


Rancangan "Fattabiouni" Tv Al-Hijrah. Mendalami sunnah Rasulullah S.A.W. Membawa kepada praktikal sunnah Rasulullah S.A.W. Katakanlah (wahai Muhammad) : "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. "Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Ali Imran, 3 : 31). Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Al-Ahzab, 33 : 21). Rancangan yang membawa kepada penghayatan kehidupan Rasulullah S.A.W. Rancangan ini menggunakan bahasa Arab dan ada terjemahan Melayu. Boleh cari rancangan ini di Youtube.

Law Kana Bainana
(Andai Rasulullah S.A.W Bersama Kita)



Rancangan Law Kana Bainana terbitan Ahmad Al Shugairi, satu rancangan yang memberi tumpuan tentang bagaimana kehidupan Muslim pada masa dahulu dan zaman sekarang, diiktiraf sebagai program paling berjaya di dunia Arab yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun. Kini ia mula di siarkan di tv9 Al-Hijrah. “Menerusi beberapa rancangan televisyen yang diterbitkannya, Ahmad banyak membantu masyarakat dunia dalam meningkatkan pemahaman sebenar terhadap Islam yang sering dipandang serong. Bagi wartawan The New York Times, Robert F. Worth yang pernah menemu bual Ahmad, dia menganggap lelaki itu seorang bintang generasi baharu yang dikenali sebagai sheikh satelit. “Pendekatan dakwah yang digunakan Ahmad sangat berhemah dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang didekatinya,” kata Robert. Katanya lagi “Saya bukan seorang sheikh. Tetapi, apabila mula belajar untuk mengenali ketokohan Rasul Junjungan, saya terus jatuh cinta kepada Baginda dan berusaha mempelajari sirah-sirah yang menceritakan tentang keistimewaan Nabi Muhammad SAW,” ujar Ahmad ketika ditemu bual oleh akhbar The New York Times pada tahun 2009. Lagu tema “Lau Kaana Bainanaa” telah dinyanyikan oleh penyanyi popular Abdul Rahman Muhammed. Liriknya bagus dan begitu puitis merintih kerinduan kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.
Jewel In The Palace

Cerita ini cerita kegemaran mama saya. Saya pun tak tahu kenapa mama saya suka tengok cerita ni. Setahu saya, mama saya memang tak pernah layan cerita Korea. Nak saje baca sinopsis cerita ni tapi tangan ni terasa malas nak cari. Kalau korang nak tahu mengenai cerita ni, cari di google ye. Yang pasti cerita ni memang saya tak layan sebab tak paham jalan ceritanya. Maklumlah cerita ini cerita zaman dulu.

The Deen Show


Sebuah syarikat filem Islam yang berusaha untuk menyediakan maklumat yang betul tentang Islam kepada orang Islam dan bukan Islam dari sumber-sumber sahih daripada Al-Quran dan Sunnah. Perkataan "Deen" adalah perkataan Arab yang diterjemahkan kepada "Cara" atau cara hidup. Ini menunjukkan tidak bergabung dengan mana-mana pergerakan tertentu, mazhab, kumpulan, dan sebagainya dan mengutuk sepenuhnya keganasan keras dan mana-mana ekstremisme yang dilakukan di atas nama Islam dan enggan mengaitkan diri kita dengan orang-orang yang mengamalkan dan membiarkan tingkah laku dan pemikiran. Sebagai orang Islam Amerika di Amerika Syarikat, ia adalah keseronokan dan keistimewaan mereka untuk membantu mendidik dan berkongsi mesej sebenar daripada Islam tanpa prejudis kebudayaan, tradisional atau nasionalisme dan rasuah.

Reflection

Sebuah program berteraskan agama, program yang bertujuan memotivasikan diri yang disampaikan dalam bahasa Inggeris. program berdurasi selama setengah jam ini membincangkan topik-topik mengenai Islam secara global. Skop perbincangan adalah terbuka, penghayatan yang mendalam, semsa dan ilmiah.

30 Minit Ustaz Don

Sebuah rancangan kuliah interaktif khusus bersama Ustaz kegemaran ramai, Ustaz Don Daniyal Biyajid langsung dari studio TVAlhijrah. Setiap Isnin dan Selasa, Ustaz akan membincang topik-topik berkaitan dengan Fardhu Ain dan setiap Rabu dan Khamis, hukum-hukum tajwid akan disentuh.

Angin Rindu Sarajevo

Drama Angin Rindu Sarajevo bermula dengan watak Natasya sebagai seorang gadis Bosnia Herzegovina dari pedalaman bandar Visoko, di daerah pergunungan terpencil dari kesibukan kota Sarajevo, Bosnia Herzegovina. Walaupun tinggal jauh di pedalaman, dipinggir bandar Visoko, sebuah kawasan berbukit yang sangat indah di mana terdapatnya Piramid Bosnia dia hidup dalam suasana keluarga yang terbuka berbanding dengan masyarakat lain yang agak tertutup pemikirannya. Bapanya Adnan mahu anak-anaknya berjaya dan mahu menghantar tiga orang anaknya belajar di sekolah Inggeris di Sarajevo. Namun peperangan telah memusnahkan segala impiannya. Bahkan bukan saja keluarganya hancur tetapi juga beliau dan isteri Vilma telah terkorban. Anak-anaknya Natasya, Sefika dan Armin telah terpisah. Natasya agak beruntung kerana dipelihara emak saudaranya Nada dan Vilmot. Natasya dibesarkan dalam keluarga Kristian bersama Nikola, sepupunya iaitu anak kepada Nada dan Vilmot. Demi menjaga amanah adiknya Vilma, Natasya terus membesar sebagai seorang muslim, terdidik dengan didikan agama walaupun berada di dalam komuniti KristianKetika Natasya melangkah ke Kolej, dia ditawarkan biasiswa Yayasan Amal International dari Malaysia untuk belajar di UIA. Tawaran tersebut diterima dengan besar hati walaupun bapa saudaranya Vilmot agak keberatan melepas Natasya pergi melanjutkan ke Malaysia. Tamparan yang lebih hebat datang dari Nikola yang sejak kecil menyimpan perasaan terhadap Natasya. Natasya dibesarkan dalam suasasana perang dan timbul hasrat mendalam untuk membela masyarakatnya. Sejak kecil, beliau suka kepada kegiatan kemasyarakatan dan mahu membangunkan anak bangsanya terutama penduduk tempatan supaya berjaya dan membangun seiring dengan perkembangan dunia luar. Namun keadaan di Bosnia Herzegovina tidak semudah itu. Bukan mudah untuk seorang wanita terutama anak gadis mendapat pendidikan di luar negara untuk berperanan di negara sendiri. Semasa belajar di peringkat kolej Sarajevo, Natasya banyak menyertai kegiatan kemasyarakatan melalui Yayasan LAJEPA, sebuah yayasan yang diasaskan oleh prof. Azra. Ketika itulah dia berkenalan dengan Datuk Hamzah, seorang tokoh NGO Yayasan Amal International dari Malaysia yang sering berulang alik ke Sarajevo bagi mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan kedua-dua belah pihak.

p/s : Terima kasih TV Al-Hijrah kerana membuat rancangan seperti ini. Sesungguhnya setiap rancangan yang TV Al-Hijrah siarkan penuh dengan ilmu kegamaan serta ilmu keduniaan.

22 comments:

  1. ske tgk rancangan ustaz don tu...

    ReplyDelete
  2. ermm best jugak tgk tv hijrah nihh..

    ReplyDelete
  3. cik nur xsempat nak tgk lain2..selalu tgk ustaz don je..yg lain2 tu jarang tgk..hihih

    ReplyDelete
  4. selalu jugak tgk rancangan ustaz don tu..lepas nie nk try tgk rancangan lain la jugak.mcm best je :)

    ReplyDelete
  5. selalu dya tgk 30mint bersama ustaz don.hihi..dulu layan jangdeum..

    ReplyDelete
  6. kalolah dapat siaran al-hijrah... hehe.. dni tak langgan astro

    ReplyDelete
  7. sweety tak berpeluang lgi nk tgk tv alhijrah ne..memandangkan xde astro mahupun tv9..

    ReplyDelete
  8. @Cik Nur amboi yunk, tau le ustaz tu hensem.hehe tp yg best ble dgr bdk2 kcik bace quran.kcik2 dh pandai tu...

    ReplyDelete
  9. @dyabunga wah r same like me dya.haha mle2 solehah layang jandeum tu,pstu dh mcm nmpk kuno2 je,bosanla... :D tata jangdeum

    ReplyDelete
  10. @Ardini Humaira err xperlu astro pn leh dpt.solehah xlanggan astro pn dapat siaran ni tau.pelik nihhh

    ReplyDelete
  11. @Cendol sis xd astro pn dpt tgk jgk tv al-hijrah ni.xsgka leh terlepas ke rumah sis.hehe

    ReplyDelete
  12. @~Sweet Honesty~ lorr ciannye sweety.dua2 ni solehah dapat.TV9 terlepas ke sini, Tv Al-Hirah pn terlepas ke sini.alhamdulillah rezeki kedua2 tv ni terlepas masuk dlm tv rumah solehah.hehe solehah pn plik xtau cmne leh termasuk

    ReplyDelete
  13. deqla x dpt tengok..sbb channel ni x elok gmbrnya..hukhuk..maklum la tv cap ayam.

    ReplyDelete