Thursday, July 12, 2012

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2012


Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2012 kali ke-54 diadakan pada 6-13 Julai 2012 bersamaan 16-23 Syaaban 1433H bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Malaysia (PWTC), Kuala Lumpur. IslamicWorlds menyiarkan laporan penuh sepanjang majlis tersebut.




Majlis Tilawah tahun ini bertemakan ‘Al-Quran: Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah’ yang dirasmikan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan acara penutupan serta penyampaian hadiah akan disempurnakan keesokan harinya oleh Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Seramai 60 Qari dan Qariah dari 76 negara mengambil bahagian termasuk Malaysia yang diwakili oleh Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2012 iaitu Muhammad Anuar Ghazali(Kelantan) dan Che Aminah Che Awang(Wilayah Persekutuan). Majlis disiarkan secara langsung di TV1 bermula 8:30 malam dan secara online dengan melayari laman web www.jakim.tv.



*Semoga Malaysia menjadi johan untuk Qari dan Qariah.

14 comments: