Saturday, June 23, 2012

Kucing Paling Besar Di Dunia vs Kucing Saya, Mana Lagi Comel?

Assalamualaikum.

KUCING PALING BESAR DI DUNIA
( RUPERT )


Dengan saiz tiga kali ganda berbanding kucing biasa, ramai yang berfikir Rupert tidak akan membesar lagi buat masa ini. Bagaimanapun, kucing saiz besar melampau itu yang berat sembilan kilogram dan dianggap sebagai antara kucing paling besar di dunia, hanya baru membesar separuh dan dijangka terus bertambah gemuk. Kucing baka Maine coon itu baru mencapai separuh daripada berat kemungkinannya pada usia hampir tiga tahun. Beratnya dijangka bertambah sebanyak lima kilogram lagi.
 

Hakim pertandingan kucing berkata, Rupert yang tiga kali menjadi juara di negara asalnya, Australia, adalah kucing Maine coon baka tempatan paling besar pernah mereka lihat. Hakim, Lesley Morgan Blythe berkata: “Dia sungguh besar, kucing gergasi dan masih belum membesar sepenuhnya. “Dia lebih besar berbanding kucing Maine coon yang pernah saya lihat.”


Pemilik Rupert, Kyra Foster, berkata: “Dia kelihatan sungguh hebat dengan bulu yang panjang di samping mukanya yang kelihatan liar. Orang ramai akan terpesona apabila melihatnya.”

Kucing Maine coon terkenal sebagai baka yang menghasilkan kucing tempatan besar. Berasal dari Maine, negeri di Amerika Syarikat, kucing itu mempunyai ciri tersendiri kerana ekornya yang berbulu lebat dan panjang dan boleh membesar sehingga lebih satu meter.
KUCING KESAYANGAN SAYA
( dirahsiakan nama )





Antara kedua-dua kucing ni, mana satu paling comel? Oh untuk pengetahuan korang, kucing kesayangan saya ni dari baka kucing Siam. Sebenarnya mak ayah dia ni dari jenis baka yang besar-besar jugak, tapi saya pelik kenapa tiba-tiba anak mereka jadi kecik macamni. aishhh musykil ni... pssttt, vote kucing saya tau.hehe

14 comments:

  1. comel kucenk tu kann..dua2 pun comell..

    ReplyDelete
  2. sweety,antara dua2 ni mne pling comey?hahaha

    ReplyDelete
  3. comel2....

    **br lah ai bleh masuk sni,haish selama ni x bleh..hehe salam kenal ye solehah..hahaha

    ReplyDelete
  4. Cutenya kucing solehah... Rupert tu dah nampak cam anak rimau la...

    ReplyDelete
  5. hehe tq akak.kucing solehah ni mmg comey,trutama mak ayah dia dulu.geram je tgk.hehe padan mke dyorg kna gomoi dgn sy sll

    ReplyDelete
  6. kucing solehah kot comel. kucing besar2 takut la. muka pun nmpk garang. huhuhu.. :)

    ReplyDelete
  7. besar betul...geram nk pelok...mcm singa pulak tgk kan...eh kucing kamu pun comel dear...tp comel lg si kucingku omey..hahaha :)

    ReplyDelete
  8. ololololo..comeinya kucing solehah..!
    tapikan,

    kalau nur dapat kucing yg besor tu..tentu cubit2an gitu..!

    geram..!

    ReplyDelete
  9. Chic Na:
    garang2 pn tp sedap peluk.haha

    Deqla:
    solehah rs kucing yg kcik2 lg comey dr yg bsar2.kan3

    Cik Nur:
    hehe solehah tau cik nur ske kucing.klu dpt kucing ni,mau cik nur wt dy bntl peluk kan.hehe

    ReplyDelete
  10. wah memang besar betoi kucing ni yer... akak tkt pegang kucing sbb takut kene cakar... ahhaha

    ReplyDelete
  11. @IntaNBerliaN eh mcmtu lak akak.hehe mne da cakar la.kucing baik

    ReplyDelete
  12. rupert yg sangat cool! macam kucing hutan jer....

    ReplyDelete