Wednesday, May 23, 2012

Perbezaan Istilah Muhrim dan Mahram

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya ingin berkongsi makna muhrim dan mahram. Sering kali orang asyik bertanya pada saya kerana terkeliru dengan istilah yang kadang-kadang orang salah ertikan dengan makna yang sebenar. Pernah tak kadang-kadang kita terdengar orang mengatakan sebegini kepada kita "Kita boleh sentuh muhrim kita tetapi kita haram sentuh orang yang bukan muhrim". Agak-agaknya kan istilah yang digunakan ni betul ke, macam pelik ada la. Saya tak nak bagi semua orang terkeliru, sekarang saya nak kupas apakah maksud sebenar istilah tersebut.

Muhrim dan mahram tidak sama maknanya.

1. Muhrim ialah orang yang sedang berihram ketika haji atau umrah.
2. Mahram ialah orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi haram kita bernikah dengannya. Adalah perlu untuk mengetahui siapakah mahram kita supaya dapat menjaga aurat dari dilihat oleh orang yang tidak sebenarkan oleh Islam. Perlu juga tahu siapakah mahram kita agar tidak bersalaman dengan orang yang bukan mahram kita.

*Sila klik gambar untuk zoom.

Pada zaman penuh dengan kejahilan ini, ramai yang masih tidak tahu siapa mahram dan siapa bukan mahram, siapa yang boleh dikahwini dan siapa yang tak boleh dikahwini. Malah ramai yang tidak tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita walaupun dalam hubungan kekeluargaan. Saya berharap selepas ini, tiada seorang lagi yang salah ertikan maksud kedua-dua istilah di atas. Sepatutnya mahram, bukan muhrim. Harap perkongsian ini memberi makna kepada kita semua.

16 comments:

  1. betul..ada yang amik ringan perkara penting..
    sangat manfaat..

    ReplyDelete
  2. tq solehah share info ni. sbnrnya mmg nak tau hukum antara anak ngn mertua & ipar. :)

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua orang. :)

    ReplyDelete
  4. oh yeke chic na.harap2 info ni memberi penjelasan pada chic na.klu chic na nak tnye pe2,tnyela solehah tau.insya-Allah solehah jwb.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... Nak tanya ni.. Bukan mahram tidak boleh disentuh.. Bukan muhrim pula?..
    muhrim =orng buat haji
    Bukan muhrim=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walkmslm, bukan muhrim ialah orang yang tidak berihram...

      Delete
  6. baru tahuape itu marhram dan muhrim

    ReplyDelete
  7. salam...sy keliru kenapa org yg bleh berkahwin dipanggil bukan muhrim...mohon penjelasan...boleh email ke akmabihah95@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Jika adikberadik lelaki...anak kita dengan pak ciknya (adik lelaki saya ) batal ker? Dengan sepupu nyer (anak2 adik lelaki ) bagaimana?

    ReplyDelete
  9. ibu dalam keadaan berwudhuk,anak lelaki boleh sentuh ke?
    maaf agak kurang mahir pasal mahram muhrim

    ReplyDelete
  10. @Rabiatul Auni sebenarnya xda pun istilah bukan muhrim,tapi orang Melayu yang salah dalam penggunaan istilah. Sepatutnya bukan mahram

    ReplyDelete
  11. @ARE-QEMAL sebab kesalahan istilah orang Melayu. Orang Melayu terkeliru maksud dua istilah ni dalam bahasa Arab.

    ReplyDelete
  12. @Unknown

    Jika adikberadik lelaki...anak perempuan sis dengan pakciknya (adik lelaki dan abang sis ) xbatal wuduknya sebab dikira sebagai bapa saudara satu darah. Berbeza pula dengan suami kepada kakak atau adik perempuan sis maka terbatal wuduk anak perempuan sis.

    Manakala dengan sepupunyer (anak2 adik lelaki, abang sis, adik perempuan sis dan kakak sis) pun terbatal wuduknya. Sepupu lelaki semua dikira terbatal.

    Semua yang termasuk batal ni, kita wajib pakai tudung tau bila berdepan dengan mereka.

    ReplyDelete
  13. @Unknown ye boleh sentuh. sebab anak ialah mahram si ibu. ibu xboleh kahwin dengan anak.

    ReplyDelete