Assalamualaikum semua.
Di bawah berikut ialah gambar yang saya sempat ambil pada hari Selasa malam Rabu. Maksudnya persembahan ni dibuat pada malam hari. Dengan duduk kat tempat jauh dan terdapat ramai orang yang datang pada masa tu membuatkan saya cuma dapat ambil gambar ni dari kedudukan yang sangat jauh. Ni dah zoom habis. Maaf kalau tak jelas. Jom kita tengok gambar ni dulu ye.
Pada hari sabtu minggu lepas hinggalah hari rabu 16 Mei 2012, telah berlangsungnya ekspo sempena hari guru serta pada hari rabu 16 Mei 2012, telah berlangsungnya sambutan hari guru peringkat kebangsaan di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Sambutan ini telah dilaksanakan dengan meriah disambut pula dengan kehadiran para guru dan murid-murid yang datang dari pelbagai negeri termasuklah saya dan juga beberapa lagi kawan saya. Sebenarnya saya datang sini pun malam hari saje, tak dapat pergi waktu siang sebab sambutan hari guru ni disambut pada hari bekerja, jadi pada masa tu kan saya belajar, jadi tak berpeluang untuk ke sana pada siang hari.
Pada sambutan hari guru ni terdapat persembahan yang menarik minat saya. Antara artis yang sempat saya lihat depan mata, Asmidar dan Aliff Satar. Terbaiklah mereka berdua ni. Suara Asmidar sangat merdu, begitu juga dengan kelincahan suara Aliff yang pandai mencuri tumpuan umum. Tapi saya terkilan masa tu saya terlupa bawa kamera, jadi tak dapatlah saya nak tunjukkan kat kawan-kawan semua. Lagu yang sempat saya dengar melalui persembahan mereka ialah Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar dan Lelaki Seperti Aku - Aliff Satar. Selain itu juga terdapat persembahan gamelan dan tarian dari sebahagian peserta persembahan pada malam itu.
Di bawah berikut ialah gambar yang saya sempat ambil pada hari Selasa malam Rabu. Maksudnya persembahan ni dibuat pada malam hari. Dengan duduk kat tempat jauh dan terdapat ramai orang yang datang pada masa tu membuatkan saya cuma dapat ambil gambar ni dari kedudukan yang sangat jauh. Ni dah zoom habis. Maaf kalau tak jelas. Jom kita tengok gambar ni dulu ye.
Sibuk je mamat dua orang ni. Mentang-mentang saya nak ambik gambar, dengan tak semena diorang sengaja halang. Sebenarnya diorang nak saya ambil gambar diorang juga. Mentang-mentang saya pegang kamera masa ni.ermmm
Diorang menunjukkan ketajaman tanduk diorang. Tak silap saya ni tarian dari Sabah. Mungkin kot. Saya pun tak pasti. hehe
Tengok tu bersemangat diorang hayun kompang tu, dahla dengan pakai tanjak tajam pulak tu. Dalam banyak-banyak kumpulan tarian yang buat persembahan, kumpulan ni yang paling kelakar dan paling bersemangat saya tengok. Terbaiklah..
Menurut pengacara majlis, nama penyanyi ni Aisyah. Tapi saya tak tau pulak dia ni artis ke apa, yang pasti suara dia sedap.
Tarian Indian malam-malam buta macamni mampu buatkan mata saya yang kuyu terus segar bugar. Terima kasih sebab segarkan mata saya ye.
Indian mari.. Saya pun tak pasti diorang ni betul-betul Indian atau tak.. Muka macam Melayu.
Diselangi dengan nyanyian Aisyah lagi..
Dengan alunan muzik cina yang lunak dengan tarian mereka yang cun begini, memang tak rugi kalau tengok.
No comments:
Post a Comment