Friday, March 30, 2012

Israel Hancur Jika Islam Berjemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat.


Assalamualaikum semua.

Syukur ke hadrat Allah kerana Allah masih memberikan kita kesempatan untuk hidup di bumi ini dan memberikan keamanan kepada negara yang kita sayangi ini, Malaysia. Saya berdoa semoga Malaysia sentiasa aman di bawah pemerintahan kerajaan pada masa ini. Amin.

Pada pagi ini, saya terbaca satu entry dari salah sebuah blog yang saya follow. Saya nak kongsikan apa yang saya baca ini buat tatapan semua dan peringatan kepada kita yang sentiasa lalai dengan keseronokan duniawi tanpa memikirkan akhirat. Renung-renungkan bersama.

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman da'wahnya ketika pergi da'wah di negeri Jordania. Ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordan-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh di salah satu masjid dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa yang dia lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu.

Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "kenapa?"

Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur."

Tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak boleh kalahkan kami."

Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.

Seperti mana sudah ketahui bahawa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, kerana subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh dapat ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.

Sebahagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahawasanya Israel akan hancur jika umat Islam berjemaah solat subuh yang hadir sebanyak solat Jumaat.!!

Orang Yahudi selalu berusaha dengan pelbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestin selalu mengalami kegagalan...

Ya Allah, patutlah doa kita untuk Palestin tidak termakbul. Kawan-kawan, apa kata kita sama-sama kongsi artikel ini dalam blog dan sebarkan. Lagi bagus kalau kita laksanakan apa yang tentera Israel ini bagitahu, iaitu melaksanakan solat subuh berjemaah seperti solat Jumaat. Jika kita dapat laksanakan semua ini, insya-Allah Allah akan sentiasa memakbulkan doa kita bersama untuk selamatkan bumi bertuah Palestin. Amin.

Jangan berlengah lagi, sebarkan!!!

No comments:

Post a Comment