Wednesday, February 29, 2012
Contest Blog Paling Ceria + Cute
Assalamualaikum dan hai semua.
Harini, teringin nak join satu contest.
Klik banner di atas untuk join ye.
Blog saya ini blog paling ceria + cute tau.
Blog saya ini blog paling ceria + cute tau.
Erk, perasan kejap.hahaha
Memang cute la, kan blog ini warna pink.
Pink kan warna yang cute. hahaha.
Okay, okay. Sokonglah blog saya yang ceria + cute ini ye~!!! ^_^
Wordless Wednesday-29 Feb 2012
FREEBIES DOODLE NEGERI MASING - MASING.
&
FREEBIES DOODLE MUSLIMAH UNTUK NEGERI.
from
FIZ GRAPHIC
And the most cute one is doodle for his own blog.
Wahhh! Is it cute??? I just take doodles Malaysia and Perak only.
So, don't miss out! Pick up one of these freebies doodles from him at HERE.
Cheers~!!!
Tuesday, February 28, 2012
Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana tattoo Allah.
Assalamualaikum dan hai semua.
Anda semua kenal tak siapa Erykah Badu? Okay,okay kalau tak kenal mari tengok website dia di SINI dan SINI pula website konsert Erykah Badu. Nampak tak tattoo Erykah Badu yang telah diedit dalam website konsert dia tu? Astaghfirullahhalazim. Tattoo Allah di badan Erykah Badu telah diedit gara-gara ingin mengelirukan rakyat Malaysia terutama orang Islam.
"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.
Sementara itu, Dewan Pemuda Pas mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Rais kerana tindakan beliau yang pantas untuk membatalkan konsert Badu.
"Dewan Pemuda Pas sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada KPKK yang diketuai oleh Datuk Seri kerana mengambil langkah drastik dalam memperjuangkan agama Islam supaya tidak dipermain-mainkan oleh orang lain," kata Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Alhamdulillah konsert ini akhirnya dibatalkan juga. Terima kasih Datuk Seri Rais Yatim kerana prihatin dengan isu sensitiviti ini.
Perhatian! Lyssa Faizureen Yang Comel Ada Di Sini.
Assalamualaikum dan hai semua.
Amboi, nampak saje title ini terus korang klik ye.hehe
Ehem-ehem, dah tengok blog dia kan. Cantikkan blog dia? Pink colour tu...
Blog saya pun warna pink jugak, tapi blog saya tak secantik blog Lyssa.
Anda semua nak tahu kenapa saya suka Lyssa?
Sebabnya :
Header blog dia yang besar ini + warna pink.
Banner blog Lyssa Faizureen.
&
Eh, kenapa pink saje ini? hehe. Saya tontonkan doodles yang warna pink saje.
Kalau nak tengok doodles Lyssa yang lain, masuklah blog Lyssa di SINI ye.
Kalau korang masuk blog dia, semestinya korang akan sentiasa 'happy'.
Cheers all~!!! ^_^
Monday, February 27, 2012
Tahniah! Selamat Pengantin Baru, Lisa Surihani & Yusry.
Pertama kali, saya ingin mengucapkan:
"Selamat Pengantin Baru kepada Lisa Surihani & Yusry"
Semoga kalian berdua kekal bahagia ke anak cucu.
Apa yang saya tahu tentang mereka? Jom tengok.
Kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang.
Pengumuman mengenai tarikh pernikahan mereka.
Lisa Surihani dan Yusry bergambar bersama selepas mengumumkan tarikh perkahwinan mereka kepada media di Hotel Marriot Putrajaya.
***********************************************
HARI SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN
Mandi bunga dan berinai ini merupakan antara amalan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sebelum pasangan pengantin perempuan melangsungkan pernikahan. Difahamkan Lisa berbuat demikian bagi memenuhi hajat ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu dia kelihatan berseri-seri menjelang pernikahannya di Hotel Marriot, Putrajaya pada 23 Februari 2012.
Selain itu majlis khatam Al-Quran juga diadakan pada majlis tersebut.Yusry dan Lisa diijabkabulkan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 23 Februari manakala majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, tiga hari selepas itu.
Majlis Berinai
Pelamin untuk majlis pernikahan mereka.
MAJLIS PERNIKAHAN
Hanya dengan sekali lafaz, pengarah filem terkenal Yusry Abdul Halim, 38, sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed, 26, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriott, malam 23 Februari 2012.
Hantaran pengantin lelaki
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Mas Kahwin ( seutas rantai platinum)
4) Wang Hantaran (jumlahnya dirahsiakan)
5) Kelengkapan Solat
6) Manisan Kristal
7) Kek berperisa vanilla
Hantaran pengantin perempuan
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Kelengkapan Solat
4) Koleksi Cakera Padat Kumpulan The Beatles
5) Alat muzik Keyboard (dipersembahan dalam bentuk bingkai gambar)
6) Kelengkapan pakaian lelaki
7) Coklat
8) Kek
9) Bunga rampai
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Mas Kahwin ( seutas rantai platinum)
4) Wang Hantaran (jumlahnya dirahsiakan)
5) Kelengkapan Solat
6) Manisan Kristal
7) Kek berperisa vanilla
Hantaran pengantin perempuan
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Kelengkapan Solat
4) Koleksi Cakera Padat Kumpulan The Beatles
5) Alat muzik Keyboard (dipersembahan dalam bentuk bingkai gambar)
6) Kelengkapan pakaian lelaki
7) Coklat
8) Kek
9) Bunga rampai
MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN LISA SURIHANI & YUSRY
Bertemakan konsep ala 'French Vintage', yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh KS Entourage, Lisa kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga rekaan Putra.
Antara tetamu yang hadir :
Kak Lisa, sebenarnya saya peminat Kak Lisa. Walaupun kita tak pernah bertemu tetapi saya tahu Kak Lisa seorang yang lemah-lembut dan baik hati. Kak Lisa, cepat-cepat dapat baby ye. Mesti baby Kak Lisa comel macam saya nanti. Ehhh bukan, comel macam Kak Lisa sebenarnya. hehe. Jaga suami Kak Lisa elok-elok ye.
I LOVE U, LISA SURIHANI!!!
Sunday, February 26, 2012
Senarai Penyertaan My 1st Giveaway-Rumah Siapa Ini?
Berikut ialah senarai penyertaan GA.
Sila inform jika tiada link anda di sini.
Jika mahu kembali ke GA, KLIK SINI!
8.
9.
10.
My 1st Giveaway-Rumah Siapa Ini?
Apa khabar semua? Semoga anda semua ceria-ceria selalu.
Korang semua pernah tengok saya buat giveaway?hehe.. Nehi, nehi... Saya baru saje buat blog ini 1.1.2012, xkanla terus buat GA kan, kan kan. Asyik saya saje yang join giveaway orang, apa kata kali ni korang pulak join giveaway pertama saya sempena hari lahir adik saya yang ke-14. Mudah saje GA ini.
Klu :
1) Nama pemilik tuan rumah bermula dengan huruf R.
2) Rumah seorang pemain bola sepak terhandal.
Jika ada perubahan, saya bagitahu ye. Itu sahaja.
Selamat Meneka~!! kikiki...