Assalamualaikum. Dah baca tajuk entry di atas ni? Ok inilah topik yang akan saya kupas kali ini. Yang jahat tak semestinya jahat selamanya dan yang baik tak semestinya baik selamanya. Betul tak? Setiap manusia berubah mengikut peredaran masa. Ada orang berubah ke arah kebaikan dan ada orang berubah ke arah sebaliknya. Kalau hari ini dia jahat, mungkin esok dia baik? Kalau hari ini dia baik, mungkin esok dia berubah? Perangai manusia memang tak boleh dijangka. Siapa tahu kan?
Manusia mana yang tak pernah membuat kesilapan? Masyarakat sekarang bila seseorang itu buat kesalahan, mereka pasti akan memandang hina tapi bila orang itu dah bertaubat, mereka juga akan turut mengata. Apa sebenarnya yang mereka mahu? Sepatutnya sebagai masyarakat yang bijak, kita sepatutnya menyokong dan memberi dorongan kepada orang tersebut kerana mereka mempunyai niat untuk berubah dan mereka ingin berubah menjadi insan yang lebih baik. Mungkin orang yang mencuri dahulu, lebih baik daripada kamu sekarang. Mungkin orang kamu hina bagai nak rak dahulu menjadi orang yang lebih mulia daripada kamu. Tiada apa yang mustahil jika Allah inginkan perkara itu berlaku. Cuba fikir yer kalau benda yang serupa jadi dekat saudara kita sendiri, adakah tindakan yang serupa akan diambil? Fikir-fikirkanlah.
Orang yang baik tak semestinya akan baik untuk selamanya. Mana tahu tiba-tiba hati dia berubah? Takutkan kalau perkara macam gitu terjadi? Saya seram kalau perkara itu terjadi kepada diri saya sendiri. Oleh sebab itu, saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya hati ini tetap berada dalam landasan-Nya. Bila selesai solat, saya selalu amalkan doa/ayat di bawah daripada Surah Ali-Imran ayat 8. Bagus juga untuk kamu amalkan.
RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’DA IZ HADAITANA WAHAB LANA MIL LADUNKA RAHMAH, INNAKA ANTAL WAHAB
Maksudnya: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (Kurnia).
Allah itu Maha Pengampun. La Tahzan, Innallah ma'ana. (Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita.) Kepada yang telah melakukan kesilapan kepada Allah, bertaubatlah segera. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Jangan bersedih. Insya-Allah, Allah akan memberikan kebahagian kepada kita.
Kepada yang merasakan dirinya terlalu baik, jangan sombong dan jangan angkuh dengan segala kebaikan yang anda telah buat di dunia ini. Ingatlah, tidak ada seorang di dunia ini yang sempurna dari segala hal.
Sebelum saya mengakhiri penulisan saya ini, marilah kita bersama-sama menginsafi diri kita sendiri. Muhasabah diri kita sebelum terlambat. Kita hanyalah hamba Allah yang sangat kerdil. Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada anda semua. Saya akhiri dengan lafaz "Assalamualaikum".

Sesi Insafkan Diri.
No comments:
Post a Comment