Tuesday, December 9, 2014

Tutorial : Install Whatsapp Plus & Tukar Tema Whatsapp Plus

Assalamualaikum.

Kepada yang sudah sedia maklum, baru-baru ini saya ada post di wall Facebook saya mengenai penukaran tema ataupun warna Whatsapp saya. Ramai sungguh yang minta saya ajarkan. Jadi sebagai insiatif supaya saya dapat share pada semua cara-cara nak tukar tema Whatsapp ini, jadi saya share tutorial mengenai ini dalam entri blog saya inilah ye. Sebenarnya Whatsapp yang saya guna ini bukanlah Whatsapp biasa, tetapi ia adalah Whatsapp Plus. Ada yang bagitau saya Whatsapp Plus ini kena bayar, tetapi sebenarnya tidak. Ia juga percuma seperti Whatsapp biasa. Nak tau cara bagaimana nak dapat Whatsapp Plus ini? Jom ikut langkah-langkah seperti di bawah.

1. Sebenarnya Whatsapp Plus sudah tidak disediakan lagi dalam Apps Store. Jadi korang kena install apps ini melalui website google. Backup chat Whatsapp terlebih dahulu - supaya nanti bila korang install Whatsapp Plus, korang akan dapat chat lama korang.

2. Kemudian, klik SINI. Ini adalah laman web yang menyediakan Whatsapp Plus. Kemudian klik mengikut anak panah yang ditunjukkan seperti gambar di bawah. Install apps ini.


3. Selepas install telah siap, uninstall Whatsapp lama kita (Whatsapp biasa). Jika korang tak uninstall Whatsapp lama, korang tidak akan dapat install Whatsapp Plus ini selamanya. Jangan risau mengenai chat lama korang, saya akan ajarkan nanti cara nak restore semula chat lama.

4. Kemudian, buka file Downloads dari hp korang. Korang akan jumpa apps seperti yang ditunjukkan gambar di bawah. Klik apps tu dan install seperti biasa.


5. Selepas install apps Whatsapp Plus, buka apps Whatsapp Plus dari hp korang. Korang akan dapati yang korang kena daftar Whatsapp Plus ini sama seperti Whatsapp lama kita. Yang penting, jangan lupa untuk klik "Restore" di awal install (jika mahu dapatkan semula chat Whatsapp lama kita).

6. Daftar Whatsapp Plus seperti biasa. Cara daftar sama dengan Whatsapp lama.

Siap daftar nanti, korang akan dapati tema / warna Whatsapp kita masih seperti biasa. Untuk tukar tema / warna Whatsapp Plus ini, saya akan ajarkan pada langkah seterusnya.

Di bawah ini adalah Whatsapp Plus saya yang saya telah tukar tema. Whatsapp saya ini adalah berlainan sedikit daripada Whatsapp Plus yang install chat semula chat lama kerana saya memilih untuk tidak install semula chat lama.

7. Untuk install tema baru, mula-mula klik / buka setting Whatsapp. Setting Whatsapp Plus sama kedudukannya dengan Whatsapp biasa. Selepas setting dibuka, korang akan dapati seperti gambar di bawah. Kemudian, klik pada PLUS.


8. Setelah klik, korang akan dapati setting seperti di bawah pula. Di bahagian THEMES, klik "Download".



9. Tunggu sehingga theme loading dan setelah habis loading, korang akan dapati banyak theme Whatsapp Plus yang cantik. Pilihlah mana satu yang korang nak.



10. Tema Whatsapp saya ialah SunnyShine_Cherry. Kepada yang nak tema sama dengan saya, korang klik "Apply. Akan keluar notify seperti di bawah, klik Yes.



11. Akan keluar lagi notify seperti di bawah, klik Yes. Sekarang tengoklah perubahan yang jadi pada Whatsapp Plus korang. Cantik kan? :)



Kepada yang masih tidak paham tutorial ini, sila inbox saya. Yang penting adalah mengenai (chat lama - samada nak restore chat semula ataupun tidak). Selamat mencuba.

6 comments:

  1. Selalunya x peduli pn psl theme. Tp tgk solehah pny mcm cantik je. Tkr jdk fb messenger je. Haha..

    ReplyDelete
  2. Wah... Menarik... Tapi risau nk install...

    ReplyDelete
  3. smart lah tapi jin M menguasai diri . hahah

    ReplyDelete
  4. Maaf semua. Link utk install dah xboleh guna

    ReplyDelete