Friday, July 17, 2015

Aidilfitri 2015 - Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin


Assalamualaikum. Saya Solehah Shamsuddin, di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat keluarga saya, kepada yang tersayang, saudara-mara saya dan rakan-rakan saya samada ketika zaman persekolahan mahupun peringkat universiti. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua rakan-rakan follower blog saya ini dan kepada kesemua Muslimin & Muslimat yang merayakan Aidilfitri ini. 

Dikesempatan ini, saya ingin mohon maaf salah & silap saya jika pernah menyakiti atau tersinggungkan hati kalian, halalkan makan dan minum saya yang pernah kalian berikan serta halalkan apa-apa yang kalian pernah beri pada saya. Saya hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan, jadi harap dimaafkan. 

Nanti raya, jemputlah datang beraya ke rumah saya. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Diharapakan Aidilfitri kali ini memberi seribu kegembiraan buat semua. Kita kosong-kosong ye! Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

*Terima kasih kerana menjadi rakan saya ★♡

Friday, July 10, 2015

Alhamdulillah Dapat Dekan Lagi

Assalamualaikum.

Siapa sini mengaku yang setiap kali sebelum keluar result final exam akan jadi takut, seriau, resah, gelisah, gelabah, gementar, tak lalu makan, tak senang duduk, tak senang tidur, dan lain-lain lagi. Haishh itu semua sikap sayalah tu, langsung tak tenteram hidup. Akan tetapi, bila hari yang ditunggu-tunggu telah sampai, maka inilah result final exam saya. Syukur Alhamdulillah.


Alhamdulillah dekan. Terima kasih Allah, terima kasih mama, abah dan adik-adik saya dan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang selalu mendoakan kejayaan saya untuk semester 2 ini. Dengan doa kalian Alhamdulillah saya berjaya. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar saya untuk semester 2 ini. Saya takkan lupakan jasa semuanya yang mengajar saya di sini. Dan juga tahniah kepada adik-adik lain yang dapat dekan. Yang tak dapat tu, jangan sedih-sedih ye. Cuba untuk semester akan datang pula ðŸ’ž ðŸŒ¸ðŸŒ·ðŸŒ¹

Kejayaan saya ini juga diraikan bersama adik-adik tersayang saya iaitu Pina dan Sue. Tahniah adik-adik akak. Mereka berdua dari Diploma Pengajian Islam dan Diploma Syariah Islamiyyah. Walaupun mereka berdua dari diploma, namun tiada erti perbezaan diantara saya dan mereka. Adik-adik akak, nanti kita jumpa di anugerah dekan ye.

*Purata nilai gred yang saya hitamkan itu adalah pointer saya. Saya terpaksa hidekan pointer saya atas sebab-sebab tertentu dan tidak mahu sesiapa tahu pointer saya berapa. #donedegreesemester2

Thursday, July 9, 2015

Tutorial : Daftar Akaun Paypal Tanpa Kad Kredit

Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama saya tak buat tutorial kan. Jadi sebagai membayar hutang yang lama, saya buat tutorial ini khas untuk semuanya. Sejujurnya bukan saya yang mula-mula tahu buat tutorial ini, tapi saya diajar oleh blogger LEPAK. Terima kasih kerana mengajar saya, rupanya senang je nak daftar akaun Paypal ini. Apa kata kali ni saya pula yang ajar korang. Jom ikut, jom...

Langkah-langkah ;

1. Buka laman web Paypal di SINI.

2. Klik Sign Up bagi sesiapa yang belum daftar akaun Paypal.

3. Pilih "Malaysia" di bahagian "Your country or region". Buat seperti gambar di bawah. Kemudian pilih "Personal" jika akaun ini untuk persendirian. Pilih "Premier" untuk sesiapa yang nak berjual beli online dan pilih "Business" jika akaun Paypal ini untuk syarikat.


4. Sila isi semua maklumat yang diperlukan. Setelah siap klik "Agree and Create Account".

5. Kemudian akan keluar bahagian maklumat kad kredit. Sila abaikan bahagian ini dan skrol sehingga ke bawah sehingga jumpa "Go To My Account". Klik "Go To My Account".

6. Kemungkinan akaun korang akan log out sendiri. Jadi sila log in semula akaun Paypal yang sudah didaftar tadi.

7.  Jika sudah log in, di bahagian "My Account", klik "Profile". Kemudian, klik "Add or Edit Bank Account". Sila isi semua maklumat yang diperlukan. Sila save semua maklumat account bank berdasarkan arahan yang diberi setelah isi.


*Untuk MEPS Bank Routing Code, sila isi dengan salah satu kod di bawah bersesuaian dengan bank yang dipilih.

AFFIN BANK BERHAD – PHBMMYKL
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD – MFBBMYKL
AMBANK BERHAD -  ARBKMYKL
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD -  BIMBMYKL
BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD - BKRMMYK1
BANK MUAMALAT BERHAD - BMMBMYKL
BANK OF AMERICA -  BOFAMY2X
BANK SIMPANAN NASIONAL - BSNAMYK1
CIMB BANK BERHAD - CIBBMYKL
CITIBANK BERHAD - CITIMYKL
DEUSTCHE BANK -  DEUTMYKL
EON BANK BERHAD - EOBBMYKL
HONG LEONG BANK BERHAD -  HLBBMYKL
HSBC BANK MALAYSIA BERHAD - HBMBMYKL
MALAYAN BANKING BERHAD - MBBEMYKL
OCBC BANK (M) BERHAD - OCBCMYKL
PUBLIC BANK BERHAD -  PBBEMYKL
RHB BANK BERHAD -  RHBBMYKL
STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD - SCBLMYKX
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS) - ABNAMYKL
UNITED OVERSEAS BANK -  UOVBMYKL

8.  Buka akaun emel (samada Gmail, Yahoo, dll) yang didaftarkan untuk mengaktifkan akaun Paypal ini. Sila klik link confirmation yang diberikan.

9. Akan diberikan dua pilihan samada "Pay with my balance via top-up from my RHB Bank Account" atau "Pay with my Credit/Debit Card". Sila pilih pilihan yang kedua.

10. Abaikan bahagian kredit kad ini, hanya klik "Go to My Account". Siap!

* Maafkan saya jika ada yang tak paham tutorial ini. Jika kurang paham, sila ajukan soalan di ruangan komen entri ini ye. Insya-Allah saya akan cuba balas. Terima kasih kerana mencuba.