Thursday, June 25, 2015

Buffered Earnings (BE) Untuk 6 Bulan

Assalamualaikum.

Kali ini entri saya lain dari lain. Selalu orang post entri mengenai BE ini dan ini, BE yang keberapa. Saya pula post entri BE untuk 6 bulan. Mesti orang kata, dah kenapa. Dan sebenarnya ada sebab saya buat tajuk entri begini.

Pertama, sebab saya dah lama tak buka akaun Nuffnang. 6 bulan tak buka akaun Nuffnang ni pun bersebab juga, sebabnya saya sibuk dengan study. Tak ada masa saya nak mengadap semua ni sebab sem ini saya banyak ambil subjek sampaikan terlebih jam kredit yang ditetapkan. Nasiblah akademik tak marah saya. heee...

Kedua, sebab BE terlalu banyak. Agaknya kalau saya taip satu-satu pasal BE ini, sampai ke sudah saya tak update sebab sekarang ni saya dah malas nak update entri. Jadi, sekali harunglah saya buat entri ni. Bolehkan? heee...

Ketiga, sebab entri ni entri terakhir saya pasal BE Nuffnang. Sebab selepas ni saya nak submit google Adsense. Tadi baru nak cash out terus, sekali Nuffnang bagi lagi banyak BE. Adeyh, Nuffnang ni tak bagi saya tinggalkan diorang ke. Janganlah begini, saya nak ubah advertiser kejap je. Lepas ni kalau tak masyuk, saya balik kat Nuffnang semula ye. Please Nuffnang, please... heee...

Ini BE Nuffnang bagi untuk 6 bulan. Terima kasih Nuffnang.


Tak boleh cash out lagi, BE masih ada...

Tuesday, June 23, 2015

Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum... salam sayang....

Allhadulillah, dengan rezeki Allah Ya Razzaq, saya ada beberapa buku yang hendak diberikan pada anda... Buku nukilan Prof Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd dripada UMP....

Saya selalu gunakan buku beliau untuk panduan hidup saya mengenal makrifatullah yang mana selama ini saya hanya tahu nama Allah Asaul Husna tapi saya langsung tak kenal apakah 99 energi Allah.

Bila pergi kursus dan seminar, usrah, Allhamdulillah saya semakin yakin dengan hati, perasaan dan tingkahlaku saya semua kerana Dia Ya Baari' susunkan segalanya.

Dan di sini saya mahu kongsikan beberapa buku ini untuk semua....


Syarat:

  1. Buat entry tajuk "Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang".
  2. Letakkan banner dan linkkan.
  3. Letakkan komen anda.
  4. Blogwalking sesama peserta.


Tarikh mula : 12 Jun 2015 hingga 26 Jun 2015 jam 11:59 pm

Hadiah:
1 buku Isteri Cemerlang x 1 pemenang
1 buku Suami Cemerlang x 1 pemenang
1 buku Keluarga Bahagia x 1 pemenang
1 buku Cemerlang di bulan Ramadhan 1 x pemenang
 dan kad raya kepada mereka bertuah.

Pemilihan akan dikatogarikan antara suami, isteri dan belum berkahwin, dan akan menggunakan random system. 

Copy paste code di bawah ke dalam entry anda:


Monday, June 22, 2015

Salam Ramadhan 2015 Buat Semua Muslimin Dan Muslimat


Assalamualaikum. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan ucapan Salam Ramadhan buat semua. Hari ini sudah masuk Ramadhan yang kelima buat rakyat Malaysia.


Marhaban ya Ramadhan. Kullu am wa antum bikhair ila kulli muslimin wa muslimat. Termenungku seketika mengenangkan dosa, salah dan silap yang lalu. Jika saya ada salah dan silap, mohon sepuluh jari memohon keampunan dari semuanya. Saya hanya insan biasa. Minta halal semuanya juga. Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua rakan-rakan janganlah sesekali meninggalkan puasa tanpa sebab kerana puasa adalah suruhan Allah. Dan carilah malam lailatul Qadr kerana kepada sesiapa yang mendapatnya hati akan merasa tenang dan mohonlah taubat kepada Allah atas segala dosa yang kita telah lakukan pada tahun ini. Allah Maha Pengampun. Dan selalulah melakukan solat terawih kerana setiap amal ibadat yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini Allah akan gandakan ganjaran pahala sebesar-besarnya. Dan jangan lupa untuk bersedekah di bulan Ramadhan, paling mudah setiap kali kita ingin melakukan solat terawih sediakan duit walaupun RM1 dan masukkan duit ke dalam tabung masjid atau surau. Akhir kata, salam Ramadhan Al-Mubarak

Kepada sesiapa yang nak download ataupun melihat jadual waktu imsak dan berbuka puasa pada tahun ini, boleh masuk ke link di bawah. Semoga perkongsian saya ini dapat memudahkan semua.

★Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1436H/2015M★


★Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1436H/2015M★

Friday, June 19, 2015

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1436H/2015M

Saturday, June 13, 2015

Bermula Cuti Semester Selama 3 Bulan

Assalamualaikum.

Hi, apa khabar semua? Wah dah lama tak jenguk blog saya yang mentah dan terbiar ni. Dan tadi ingat nak tukar background blog dan nak letak lagu dalam blog ini. Nampaknya saya dah sedikit kekok bila nak edit kod. Berpinar-pinar cari kod sebab dah tak ingat kedudukan, akhirnya tak jumpa. Uwaaa layakkah saya digelar sebagai blogger lagi? Nampaknya saya kena godek tutorial blog semula dan belajar edit kod. Insya-Allah saya akan cuba cepat belajar dan saya tak nak disebabkan saya dah lama tak buka blog, jadi saya dah hilang semua ilmu edit kod blog.

Dalam 3 bulan ini juga, saya akan berusaha untuk update blog saya ini selalu. Insya-Allah doakan saya ye dapat update seperti biasa. Buat pengetahuan semua, sekarang saya update blog guna komputer rumah sebab laptop saya buat hal.

Dan sekarang ini saya sedang mencari laptop yang berbaloi untuk saya beli. Harga target, bawah RM 2,000. Bajet ciput sebab tak pinjam PTPTN. Mengharapkan duit dermasiswa Perak yang support. Jadi, agaknya laptop apa yang sesuai untuk saya beli ye? Kalau boleh, jangan suggest Macbook sebab saya nak guna laptop untuk buat assignment. Dan jangan suggest Compaq sebab saya fobia guna laptop ni. Haaa ada suggestion ke? Komen sini ye... Tq.