Wednesday, November 19, 2014

Forum Muslim Volunteer

Forum Muslim Volunteer
12 November 2014 - Rabu
8.00malam-11.00malam
Dewan Serbaguna KUISAS
Tetamu Istimewa : En.Sharimi, Da'i Farhan dan Da'i Dayana

- En.Sharimi -
S-Sunnah. Ia merupakan sunnah. Membantu bukan untuk popular.
U-Ummah.
K-Kemahiran.
A-Agenda dakwah. Kadang-kadang ada yang baru join sukarelawan baru tahu macamna solat jemaah.
R-Rasa sendiri. Boleh rasa keperitan orang lain.
E-Emak dan ayah. Untuk emak dan ayah.
L-Limited edition. Bukan semua yang sanggup join sukarelawan.
A-Akhlak. Membentuk akhlak diri.
W-Wasatiyah. Rasa bersyukur dalam besederhana.
A-Adab berkumpulan. Tidak boleh pentingkan diri sendiri, tapi kena tanya pendapat yang lain.
N-Nikmat dunia dan nikmat akhirat. Allah akan memberikan nikmat dunia dan akhirat.

- Daie Dayana -
Untuk join sukarelawan, kena mendapat redha ibu bapa. Sukarelawan adalah kerja dakwah. Dakwah dituntut dalam Islam. Pastikan aurat terjaga jika join sukarelawan. Lembutkan hati pada program sukarelawan. Selagi nadi berdenyut, Allah beri peluang kepada kita untuk melakukan sukarelawan.

Trademark Daie Dayana - Jihad demi cinta, jihad demi rindu.

- Daie Farhan -
Sukarelawan merupakan amalan yang suci. Ciri2 sukarelawan - niat kerana Allah, buat dengan kehendak sendiri, bukan dipaksa, buat sesuatu perkara bukan untuk mendapat habuan dunia. Sukarelawan adalah untuk menzahirkan nikmat yang Allah berikan dan memberi manfaat pada orang lain. 10 orang yang Rasulullah jaminkan syurga, pada awalnya merupakan sukarelawan.

Bagaimana ingin menerbitkan sifat ikhlas dalam menjalankan sesuatu pekerjaan? - Daie Farhan -
Sukarelawan perlu mengikut angel principe. Dua prinsip malaikat, walau orang tak tengok tapi malaikat tetap nampak dan catit amalan kita dan terbitkan sifat ikhlas dan insyaAllah iman kita akan terbit dan bertambah. Amalkan surah ikhlas kerana boleh menerbitkan sifat ikhlas dalam hati.

Bagaimana ingin terbitkan keyakinan kepada ibu bapa untuk join sesuatu program? - Daie Dayana -
Mulakan tarikan cinta pada mak ayah seperti jelaskan apa yang kita nak join, bercakap lembut dengan mak ayah. Jika mak ayah tak bagi juga, ajak mak ayah join sukarelawan. jika tak dapat juga, buat perkara sukarelawan pada mak ayah seperti membantu ibu bapa kemas rumah.

*Setakat ini sahaja yang saya boleh share. Ada banyak lagi info mengenai sukarelawan yang saya tidak dapat catit di sini kerana masalah wifi. Kepada sesiapa yang nak join sukarelawan Pertolongan Cemas, boleh bagitau saya dan saya boleh sampaikan hasrat kepada pihak atasan :)


























Monday, November 10, 2014

Resepi : Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum.

Sejak-sejak ini agak popular jeruk mangga asam boi ini kan. Boleh dikatakan setiap pengguna Facebook sudah tahu mengenainya. Siap ada dijual secara online lagi. Untunglah bisnes peniaga jeruk sekarang ini.

Dan ada juga yang masih tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuat jeruk mangga asam boi. Bagi yang menyukai rasa masam pedas masin manis boleh mencuba jeruk mangga asam boi ini. Resepi Jeruk Mangga Asam Boi boleh didapati di entri ini. Jom kita sama-sama buat.


Cara membuat jeruk mangga asam boi :

1) Masukkan semua bahan dalam balang : jeruk mangga, mangga muda, asam boi, gula, garam dan cili padi potong.
2) Gaul sebati atau goncangkan bekas berisi jeruk tadi.
3) Masukkan balang ke dalam peti ais untuk sejukkan.
4) Sedia untuk dimakan.