Assalamualaikum.
Long time no see my blog. Hampir sebulan juga saya tidak update blog saya dan terasa kekok juga mulanya bila nak sambung update. Fuhhh baru sekarang ada masa nak mengadap blog ini. Biasalah, student life. Sejak saya bergelar degree student ni, nak buka laptop pun tiada masa. Dengan assignment banyak lagi tak buat, rasa nak menangis pun ada. Kelas memanjang, nak buat assignment pun haru-biru lagi. Kalau nak kata saya perlu buang semua stress memikirkan assignment dan exam yang tiada kesudahan lagi ini, rasanya masih tak boleh lagi. Ini pun saya curi-curi masa supaya tak adalah nanti tercatat rekod yang sudah sebulan saya tidak update blog. Mana boleh begitu, saya kan blogger tegar. Blogger tegar mestilah sentiasa update. Harap status blogger tegar itu masih sesuai untuk saya. (sebenarnya dah tak layak. hahaha...)
Nak dijadikan cerita, pada mula saya mendaftar semester 1 sehinggalah sekarang ini saya masih tiada masa terluang. Nak shopping online pun tak menyempat. Kepada pelawat setia blog saya, pasti tau saya seorang pelanggan tegar online shop. Setiap kali update, mesti mengenai shopping. Kan3? Tetapi rasanya, selepas ini kemungkinan saya akan kongsikan serba sedikit mengenai subjek ataupun pelajaran yang saya belajar untuk semester 1 ini. Jadi, nanti kita bolehlah berkongsi ilmu sesama kita semua. Bolehkan kawan-kawan? :)
Sebenarnya tujuan sebenar saya update entri ini adalah kerana ingin menceritakan sesuatu yang terjadi pada saya sekarang. Dan sejujurnya sekarang ini saya dalam cuti rehat kerana sakit. Mengenai sakit saya ini, saya ceritakan esok ye. Manalah tau korang ada sakit yang sama macam saya. Bila fikirkan mengenai penyakit saya ini, hanya Allah yang tahu betapa kuatnya saya untuk menanggungnya.
Sakit itu nikmat,
Sakit itu penghapus dosa (kafarah),
Sakit itu ujian,
Sakit itu bukti cinta Allah,
Sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu.
Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya.
moga solehah segera sembuh....
ReplyDelete