Sunday, September 14, 2014

Cheque Ephyra Sudah Selamat Sampai

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya cheque Ephyra sudah selamat sampai ke rumah saya dan selamat dibank-in ke dalam akaun CIMB saya. Sebenarnya cheque ini sudah sampai dua minggu yang lepas, tetapi oleh kerana saya sibuk dengan hal belajar harini baru saya dapat mengadap laptop dan update entri mengenai cheque ini.


Terima kasih Ephyra, terima kasih kak Mialiana.

Saturday, September 13, 2014

Tips : Mendidik Anak-Anak Menjadi Soleh Dan Solehah

Assalamualaikum.

Anak-anak adalah permata ayah bonda,
Penghibur duka lara, menyejukkan mata,
Ibarat kain putih yang suci dan bersih,
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya.

Berilah mereka didikan agama,
Kelak bila dewasa, jadi insan berguna,
Kepada nusa dan bangsa,
Kepada insan semua.


Sungguh indah lirik lagu dari UNIC ini kan. Pelbagai hikmah tersirat yang ada dalam lirik lagu ini. Pasti semua ibu bapa di sini mahukan anak yang soleh dan solehah. Anak yang soleh dan solehah ini dambaan semua ibu bapa. Dambaan, dambaan juga. Tetapi bagaimana nak didik anak-anak ini supaya mengikuti jejak langkah yang kita inginkan. Di sini saya ada sertakan carta untuk mendidik anak-anak kita. Cubalah ikut carta ini.



Selain itu, selalulah membaca doa ini ketika selesai solat 5 waktu :


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

“Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa.”

Monday, September 8, 2014

8 September 2014 - Bermulanya Saya Sebagai Penuntut Ijazah

Assalamualaikum.

Bermulanya pada hari ini saya telah sah menjadi seorang penuntut ijazah. Dan bermulanya pada hari ini jugalah saya akan sibuk dengan aktiviti belajar saya. Maafkan saya jika selepas ini saya tidak akan terlalu aktif dalam dunia blogging. Saya harus penuhkan masa saya untuk kali ini dengan aktiviti pelajaran saya. Saya akan cuba hadkan aktiviti blogging saya selepas ini. Saya berharap di saat saya sudah jarang update blog saya ini saya berharap silent reader saya akan tetap jenguk blog saya pada setiap hari. Terima kasih kepada semua silent reader yang menjadikan uv blog saya sentiasa meningkat pada setiap hari. Tanpa kalian, siapalah saya.

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, saya akan membahagikan waktu blogging saya hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Itu pun jika saya free dan tiada aktiviti. Harap kawan-kawan memahami. Saya tahu ada ramai silent reader di luar sana yang setia jenguk blog saya ini setiap hari. Walaupun komen dalam blog saya ini sedikit, tetapi semua itu tidak penting. Yang penting, ramai pembacanya. UV tetap 300+.

Mengenai pelajaran saya pula, pada kali ini saya mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di (RAHSIA). Sebelum ini saya telah berjaya menjadi pemegang Diploma Syariah Islamiyyah di (RAHSIA). Apa yang penting, pada kali ini saya akan belajar di dalam Bahasa Melayu. Ini kerana sebelum ini, diploma saya fully Arabic. Saya tidak kisah dengan kedua-dua bahasa ini kerana sudah menjadi kebiasaan saya. Kawan-kawan, doakan saya berjaya dalam pelajaran saya sentiasa ye. Aamine.

*Entri ini adalah auto-publish.

Sunday, September 7, 2014

Bertindik Buat Kali Kedua

Assalamualaikum.

Semalam adalah kali kedua saya bertindik. Ini kerana sudah berbulan saya tidak pakai subang dan tiba-tiba lubang tindik sudah menghilang. Padahal baru tahun lepas saya bertindik. Saya tanyalah mama "Kenapa lubang tindik mama masih ada lagi padahal sudah bertahun mama tak bertindik dan tak pakai subang?" Mama jawab "Kakak dari kecil lagi senang nak baik luka, sebab itulah lubang tindik tu cepat-cepat nak tutup". Adeyh... heeee

Dan semalam juga saya geli hati bila seorang makcik tu kerap tanya saya "Sakit ke tindik tu, dik?" Saya jawablah "Xsakit. Semut gigit lagi sakit" Makcik tu jawab lagi "Ishh makcik takut. Sakit". Dari tadi saya terpinga-pinga kenapa makcik tu macam serius je bagitau sakitnya tu. Ke orang dulu-dulu bertindik memang sakit?

Dan ini jawapan dari seorang kawan Fb saya...


Oh patutlah makcik tu takut sangat dengan pistol tindik tu, sampai dia tak jadi nak bertindik. Rupanya makcik tu takut dengan pistol tindik. Padahal pistol tindik inilah yang tak akan bagi sakit. Adeyh, kesiannya makcik tu. Tak pasal-pasal saje fobia seumur hidup dia. Tapi menyeramkan lagi pada zaman-zaman dulu kan. Beruntunglah saya hidup di zaman moden ini.

Dan inilah subang baru saya...








Subang ini baru dibeli pada bulan lepas di Mydin Meru Raya, Ipoh. Kepada orang Teluk Intan yang nak bertindik, marilah berkunjung ke Kedai Emas Dzul. Hanya dikenakan cas RM12 sahaja.

Kedai Emas Dzul, Teluk Intan, Perak.
Alamat : B-16, Taman Paruda, Jalan Ah Cheong, 36000 Teluk Intan, Perak.
Waktu Niaga : Sabtu-Khamis : 9.30 pagi-5.30 petang / Cuti : Jumaat.
Tel / Fax : 05-6225653

Friday, September 5, 2014

Buffered Earnings Ke-10, 11 & 12 - Xperia Z2 (Cont), Ikea - June Sale Campaign & Bulgogi Brothers Korean BBQ

Assalamualaikum.

Terkejut saya tadi bila buka akaun Nuffnang dan tertera tiga BE baru. BE Xperia Z2 (Cont), BE Ikea - June Sale Campaign dan BE Bulgogi Brothers Korean BBQ. Dua BE sudah credited, hanya tinggal BE Experia Z2 (Cont) yang masih setia. Berharap BE Experia ini akan bertahan lama.


Terima kasih Nuffnang.

Tanda Hamil Bayi Lelaki Dan Bayi Perempuan

Assalamualaikum.

Sedang saya buka Facebook tadi, saya ternampak info mengenai tanda-tanda hamil bayi lelaki dan perempuan. Saya tak pasti sama ada betul atau tak, saya cuma share sajelah ye. Manalah tau betulkan, jadi bolehlah bakal-bakal ibu di luar sana tahu jantina bayi mereka.


Sudah baca? Banyak juga tanda-tandanya ye. Saya tak tahulah betul atau tak tanda-tanda ini kerana saya pun belum ada pengalaman mengandung. Kahwin pun belum lagi. Jadi tiada pengalaman lagi. Untuk ibu-ibu yang baca post ini, betul ke apa yang info ini bagitahu? Share-share please...

Thursday, September 4, 2014

Beli Earphone Baru Berharga RM5

Assalamualaikum.

Oleh kerana headphone beats by dri.dre saya rosak, jadi terpaksalah saya beli earphone RM5 ini buat sementara waktu. Bukan apa, saya dah tak tahu nak beli headphone mana satu yang boleh bertahan lama. Akhirnya, earphone juga yang jadi pilihan saya buat masa ini.


Walaupun earphone ini berharga RM5, tetapi ia berkualiti juga tau. Earphone ini tiada fungsi beats, jadi ia tidak menjadi satu masalah buat saya kerana HTC saya ada fungsi beats. Saya selalu guna earphone ini kerana nak dengar lagu dan bergayut di malam hari. Tidak mengapalah RM5 pun, janji boleh guna.

Wednesday, September 3, 2014

Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat


Sebenarnya bukan susah untuk melaksanakan solat sunat taubat. Jadi kepada sesiapa yang nak tau cara-caranya, silalah baca informasi dalam gambar di atas.

Tuesday, September 2, 2014

Hadiah Ephyra Sudah Sampai

Assalamualaikum.

Sebenarnya hadiah ini saya sudah dapat hari Rabu minggu lepas. Ini kali ke-4 saya dapat hadiah Ephyra. Saya pernah dapat 3 trial pack Ephyra & 2 pack premium Ephyra. Ini semua kerana contest Ephyra yang saya pernah masuk di blog Eyriqazz dan blog kak Mialiana. Dan hadiah untuk kali ini ialah...


Saya dapat mug eksklusif Ephyra, sekotak trial Ephyra dan duit RM200. Duit belum saya dapat lagi dan trial pack Ephyra tu saya dapat kerana menjadi antara 20 peserta terawal yang menghantar entri untuk contest Ephyra fasa kedua.


Subhanallah, cantiknya mug ini tidak terkata sehingga sekarang saya sendiri tidak mahu memakainya. Mug ini saya nak buat koleksi. Bukan senang nak dapat. Selalunya kalau saya dapat hadiah barang, saya hanya simpan. Kalau hadiah makanan ataupun minuman sajelah saya habiskan. Hadiah terindah sebegini bukan mudah saya nak dapat. Oleh itu, kenangan sebeginilah akan saya jadikan kenangan jika suatu hari nanti saya berhenti blogging.

Monday, September 1, 2014

Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat & Motivasi Untuk Calon UPSR 2014

Assalamualaikum.

Pada hari Khamis (28 Ogos 2014, 7.00 malam - 11.00 malam), guru-guru sekolah mama ada buat majlis bacaan Yassin, solat hajat dan motivasi untuk calon UPSR 2014. UPSR 2014 akan diadakan pada bulan ini. Hanya dalam beberapa hari sahaja lagi. Berikut adalah aktiviti yang dijalankan :

Solat Maghrib


Bacaan Yassin



Solat Isyak


Solat Hajat






Oleh kerana saya ABC ketika ini, jadi saya kena jaga anak cikgu ini. Si kecil ini tidak menangis ataupun meragam langsung kerana sudah biasa dengan saya. Jadi sepanjang guru-guru dan murid-murid solat, saya ambil peluang untuk snap gambar. Ini pun susah nak snap kerana si kecil ini hanya main hp saya. Nak tengok cerita katanya. Heee...

Motivasi



Motivasi yang diberikan oleh ustaz ini bagus. Terkesan hati saya, inikan pula murid-murid yang hadir ke sini. Bergenang air mata kami semua pabila tengok slideshow mengenai ketabahan Nik Nur Madihah belajar. Insaf saya seketika. Sesungguhnya pelajaran itu penting untuk masa hadapan. Diharapkan murid-murid ini sentiasa ingat dengan setiap pesanan yang ustaz berikan.

Adik-adik, akak doakan adik-adik semua berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Solat 5 waktu janganlah ditinggalkan, berbuat baik kepada ibu bapa dan ingatlah setiap pesanan guru-guru. Ini kerana kesemuanya adalah untuk mendapat keredhaan. Biiznillah. Insya-Allah adik-adik semua akan berjaya. Aamine.