Wednesday, April 30, 2014

Makan-Makan Petang Bersama Keluarga Di Secret Recipe, Teluk Intan

Assalamualaikum.

Pada hari Sabtu yang lepas (26 April 2014) saya pergi ke Secret Recipe, Teluk Intan bersama famili saya untuk makan-makan petang bersama. Tahun lepas adalah kali terakhir saya menjejakkan kaki ke sini. Jadi ketika berada di sini, saya agak janggal dan lupa untuk mengingati semula sajian yang sedap-sedap di sini. Jadi bila sampai di sini dan dapat katalog senarai makanan, saya  hanya tengok gambar makanan untuk order. Itulah pentingnya ada gambar makanan supaya pelanggan tahu rupa bentuk sesuatu makanan tu. Barulah menarik perhatian pelanggan.




Hidangan yang saya order : Iced Blended Mocha Espresso, Chocolate Indulgence, Spaghetti Bolognese

Harga Keseluruhan

2 Chocolate Indulgence (Small) : RM 15.00
1 Choc Mud (Small) : RM 7.50
1 Moist Choc (Small) : RM 7.50
1 Spaghetti Bolognese : RM 16.50
1 Thai Seafood Spaghetti : RM 18.50
1 Curry Mee : RM 16.50
1 Vanilla Latte (Large) :  RM 8.80
I Hazelnut Latte (Regular) : RM 7.80
1 Iced Blended Mocha Espresso : RM 8.80
1 Hot Lemon Tea : RM 5.80

Service Tax : RM 11.27
Government Tax : RM 6.76
SubTotal : RM 130.75

Walaupun harganya mahal, Alhamdulillah perut kenyang.

Tuesday, April 29, 2014

Jom Install BeeTalk

Assalamuakaikum.

Kepada sesiapa yang tahu apakah itu BeeTalk, sejak-sejak ini banyak Wechater yang selalu bincangkan mengenai BeeTalk di moment Wechat. Mungkin kerana BeeTalk ini adalah tempat chatting yang hampir sama dengan Wechat. Tetapi saya rasa Wechat lagi mudah dan ramai yang guna. Kelebihan BeeTalk ini hanyalah boleh update status dengan voice (suara). Kemudahan yang lain-lain hampir sama dengan Wechat.


Mungkin kerana masih baru, icon dalam BeeTalk ini tidak terlalu banyak berbanding Wechat. Tetapi icon BeeTalk lebih comel berbanding icon Wechat, kerana hampir kesemua icon BeeTalk berbentuk lebah. Nama pun BeeTalk, mestilah banyak berkenaan dengan lebah.


Kepada sesiapa yang ada install BeeTalk, jangan lupa add id BeeTalk saya ye.
Ini id saya : 77485030.

Monday, April 28, 2014

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

Fattabiouni Season 4 Theme Song (أنشودة فاتبعوني الموسم الرابع - أداء مصطفى عاطف)


Lyrics

وفاكر لما ضحكت مره فوش الناس ولما قلت كلمه حلوه ورعيت الاحساس واديت الفقير واحترمت الغير ولما صبرت عالهموم ونصرت غيرك المظلوم ولما جاملت غيرك حتى بالكلام وانت ماشي فشارع وبديت بالسلام اهي دي تعاليم دينا وسنة نبينا ولما قالها نبينا فاتبعوني فاتبعوني فحب الخير فاتبعوني  فاتبعوني  فاتبعوني فالصدقه والاحسان والعطف بالانسان والرضا بالنصيب وهدية للحبيب ولما قالها نبينا لينا فاتبعوني فاتبعوني فحب الخير فاتبعوني فاتبعوني فاتبعوني ولما نبينا لينا فاتبعوني فاتبعوني فحب الخير  فاتبعوني فاتبعوني فاتبعوني


(أنشودة فاتبعوني الموسم الرابع - أداء مصطفى عاطف

Kepada sesiapa yang ada akaun 4shared, boleh download lagu ini di :

Saturday, April 26, 2014

Makan Malam Bersama Keluarga Di KFC Teluk Intan, Perak

Assalamualaikum.


Pada hari Rabu (26 April 2014) yang lepas, saya dan famili pergi ke KFC kerana abah saya kempunan nak makan ayam KFC pula pada hari tu. Dengan voucher MySurvey saya itu, saya gunakan untuk belanja keluarga saya.



KFC ini berdekatan dengan TF Value-mart, Teluk Intan.
Ini cawangan kedua KFC di Teluk Intan.



Saya order 1 set Zinger Burger.



Abah dan adik saya juga order set Zinger Burger dan mama saya pula order set Dinner Plate. Alhamdulillah semuanya kenyang dan saya senang hati bila dapat belanja mereka pada hari itu. Kawan-kawan, doakan semoga saya dapat belanja keluarga saya lagi ye. Gigih mengumpul point MySurvey lagi ini :)

Thursday, April 24, 2014

Saya Seorang Insan Yang Berhati Lembut

Assalamualaikum.

Pilih untuk sentiasa berhati lembut dan hilangkan sifat keras hati. Sebagaimana kita tidak menyukai orang yang keras hati maka kita didik diri sendiri.

Betapa indah kehidupan orang yang berhati lembut. Betapa damai dan tenteramnya orang yang berhati lembut. Orang yang berhati lembut, dirinya bagaikan samudera yang luas. Hatinya luas, teduh dan tenang tidak terpengaruh oleh apapun yang terjadi diluar dirinya, kerana luasnya penerimaan dan keikhlasan dirinya atas segala sesuatu. Takdir Allah dalam wujud kelapangan atau kesempitan ia terima dengan hati ikhlas dan lapang. Tidak muncul sekalipun perasaan tidak suka, apalagi menolak apapun bentuk takdir Allah. Bagaimana hal ini boleh terjadi?

Semua itu terjadi kerana hati yang lembut mampu menangkap kelembutan hikmah yang terjadi atas segala sesuatu. Allah Ar Rahman Ar Rahim tidak mungkin menakdirkan sesuatu yang tidak berdasarkan kasih sayang-Nya. Walaupun secara kasar, takdir itu terasa pahit menggetirkan. Hamba yang berhati lembut dengan demikian tidak banyak menuntut, terlebih kepada Tuhan-Nya. Gerak hati dan fikirannya dibimbing oleh keyakinan yang tidak tergoyahkan bahwa Allah Maha Penyayang, yang kerana itu pasti menyayangi dirinya.

Orang yang berhati lembut juga tidak banyak menuntut kepada sesama manusia. Ia berusaha menjadi cahaya bagi orang disekitarnya dengan menebarkan cahaya iman dan akhlak yang mulia. Ia berbuat baik kepada siapapun tanpa kecuali, tanpa membeza-bezakan. Ketika ia berbuat baik kepada sesama makhluk, ia yakini Allah ridha kepada dirinya. Ia berusaha untuk tidak menyakiti siapapun, karena ia yakini jika menyakiti hamba-hamba-Nya, maka sama ertinya dengan menyakiti-Nya.

Orang yang berhati lembut selalu lapang dada dan menerima seadanya manusia-manusia lain di sekitar dirinya. Ia tidak banyak menuntut agar semua orang sesuai dengan keinginan dirinya. Ia sedari bahwa setiap orang adalah dengan rahmat dan ketentuan-Nya yang berbeza-beza.

Alangkah damainya hati orang-orang yang berhati lembut. Ia menjadi cahaya dimanapun ia hidup. Menjadi penerang ditengah kegelapan kehidupan orang-orang disekitarnya. Orang-orang menjadi tenang dan tenteram jika berdekatan dengan hamba-hamba yang berhati lembut. Orang yang berhati lembut kehadirannya selalu ditunggu. Ketiadaannya dirindu. Karena ia selalu menjadi penyejuk qolbu orang-orang disekitarnya. 

* Inilah saya. Saya mempunyai hati lembut. Walau terguris sedikit ataupun teruja pada sesuatu, saya akan mudah menangis. Ye, mempunyai hati yang lembut membuatkan saya sukar untuk menjaga hati sendiri. Kerana saya ditakdirkan untuk menjadi seorang yang tenang dan sukar untuk memarahi orang. Jadi, tolong pahami saya jika saya mula diam. Kerana diam itu adalah petanda saya menangis dalam hati.


I am trying to find myself. Sometimes that's not easy. The only person I can try to be better than, is the person I was yesterday.


Sebenarnya entri ini ditujukan kepada entri saya sebelum ini mengenai perubahan saya kearah kebaikan. Ada yang memberanikan diri untuk komen entri saya dengan mengatakan entri saya itu hanyalah hipokrit. Salah ke saya nak berubah? Saya tidak mahu beritahu siapa yang komen sebegitu, kerana saya sudah padam komennya. Saya tahu, jika saya simpan komen sebegitu hanya melemahkan diri saya untuk terus berubah. Kawan-kawan, tolong doakan saya semoga sentiasa istiqamah untuk berubah.

Tuesday, April 22, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Monday, April 21, 2014

Minta Pendapat : Belajar Di Universiti Jepun Atau UPM?

Assalamualaikum.

Sebenarnya saya teringin nak sambung belajar lagi. Tetapi kalau boleh, jurusan saya nanti mestilah berbeza dari diploma saya yang sebelum ini. Saya sebenarnya teringin nak sambung belajar dalam bidang bahasa pula selepas ini kerana jika boleh saya ingin menguasai 5 bahasa. Tetapi sekarang ini, hanya 3 bahasa yang saya sudah kuasai iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Selepas ini, target saya nak menguasai Bahasa Jepun dan Bahasa Perancis pula. Dari dulu lagi saya berhasrat nak belajar kedua-dua bahasa ini. Tetapi sabarlah dulu ye, bukan mudah untuk kuasai 5 bahasa serentak. Kita belajar salah satu bahasa ini dulu ye. Mungkin selepas ini, Bahasa Jepun. Doakan saya ye, kawan-kawan.


Target saya dah tetap untuk belajar Bahasa Jepun tapi saya keliru samada ingin belajar di dalam Malaysia ataupun luar Malaysia. Buntu... Sebelum ini saya pernah bermimpi (mimpi biasa bukan mimpi selepas solat istikharah) yang selepas ini saya akan belajar di Universiti Putera Malaysia. Adakah UPM pilihan tepat saya untuk belajar Bahasa Jepun? Selepas mimpi ini pun saya ada buat solat istikharah dan jawapannya masih sama juga di UPM. Sebenarnya saya teringin nak belajar di Jepun, tetapi saya tak pernah travel seorang diri. Walaupun ramai kawan saya di Jepun, saya masih mengharapkan yang saya berdikari sendiri di sana.


Sesiapa yang ada pendapat, saya minta kalian share di sini. Saya mengharapkan sangat bantuan dari kalian semua. Terima kasih.

Sunday, April 20, 2014

Tips : Bagaimana Seorang Wanita Boleh Berubah Menjadi Seorang Muslimah


Assalamualaikum.

Tahukah wanita Muslimah sekalian, menutup aurat adalah wajib bagi kalian semua. Bukan tutup urat ye, tetapi menutup aurat. Ingat ye. Beranikah kalian menanggung dosa besar disebabkan kerana tidak mahu menutup aurat? Menurut aurat bukan sekadar memakai tudung sahaja, tetapi ia meliputi kesemua aurat kita. Adakah kalian sedar, menutup aurat bukannya hanya sekadar untuk memelihara aurat kita di luar rumah sahaja tetapi juga meliputi di dalam rumah ketika kita bersama lelaki yang bukan mahram dengan kita. Seperti : Ketika bersama sepupu, ipar dan lain-lain yang bukan mahram dengan kita ketika di dalam rumah. Peliharalah aurat kita dari pandangan mereka. Gambarajah di bawah dapat membantu kita di dalam hal ini. Jadi dengan mereka ini pun kita wajib memelihara aurat, kita juga diharamkan untuk bersalam dengan mereka juga. Ingat ye. Ada satu lagi pesanan yang ingin saya sampaikan, kaki wanita juga adalah aurat. Ingat tu, kalian wajib juga menutup aurat kaki. Pakailah stokin supaya aurat sentiasa terjaga. Maafkan saya jika teguran ini membuatkan kalian ada yang terasa hati dan marah di benak hati, tapi saya menegur kalian atas dasar tanggungjawab dan sayangkan kalian semua. Lelaki pun sama juga, pelihara aurat kalian juga ye. Peace! Pesanan ikhlas daripada saya sendiri.


5 Langkah Awal Untuk Wanita Belajar Menutup Aurat







Ramai yang tanya saya, kenapa saya berubah secara tiba-tiba. Saya tidak mahu bagitahu sebab utamanya mengapa, kerana saya tahu tidak salah sekiranya saya berubah menjadi yang lebih baik dan sedar dengan masa lalu kita. Alhamdulillah, sekarang saya dalam proses perubahan. Memakai stokin dan sarung tangan sudah saya berjaya terapkan setiap kali ketika keluar dari rumah. Ketika bersama sepupu pun saya sudah berjaya pakai tudung dan memakai baju lengan panjang setiap masa ketika bersama mereka di kampung. Cuma bab tudung sahaja masih tidak labuh seperti yang diinginkan. Kawan-kawan, doakan saya semoga dapat berubah sepenuhnya ye. Saya berharap untuk menjadi seperti Irine Nadia dan Syafynas Shahrizan. Mereka berdua ialah idola saya setiap hari, teringin nak jadi seperti mereka suatu hari nanti. Irine dan Fyn, doakan akak dapat jadi seperti kalian berdua ye. Terima kasih sebab bagi contoh yang baik untuk akak berubah :)

Thursday, April 17, 2014

Kinta Riverfront, Ipoh, Perak

Assalamualaikum.

8 April 2014 - Selepas kami makan-makan di Restaurant Hadramout Paradise, kami singgah sebentar ke Kinta Waterfront, Ipoh, Perak. Sudah lama saya mengidam nak pergi sini, akhirnya impian saya tercapai jua. Suasana Kinta Waterfront ini seumpama seperti di ICT Shah Alam. Jadi kepada orang Perak, tak perlu untuk pergi ke Shah Alam lagi semata-mata nak tengok suasana romantis sebegini. Datang ke Ipoh, sudah ada. Bukan setakat ada lampu saje di sini, kita juga boleh sewa basikal yang boleh dikayuh oleh 3 orang. Memang best bila tengok orang kayuh basikal ini di ruang legar bawah. Lain kali bila kami datang ke sini lagi, pasti kami akan cuba kayuh basikal ini. Tak sabar nak datang sini lagi! :)




























Cantikkan suasana Kinta Riverfront Ipoh. Saya dah cakap dari awal lagi yang pasti korang semua akan terpikat untuk datang ke sini. Saya cadangkan korang datang ke sini pada waktu malam sebab kalau di siang hari, lampu nampak biasa sajelah. Sebagai petunjuk, korang boleh rujuk informasi di bawah :

Waktu : Setiap hari

Alamat : Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh City, Perak Darul Ridzuan.

Peta Lokasi