Saturday, November 30, 2013

Dapat Sampel Ubat Gigi Dari TruCare Malaysia

Assalamualaikum.

Saya terjumpa mengenai sampel ini dari Facebook TruCare Malaysia. Sudah agak lama rasanya saya tak minta sampel, jadi saya pun request sampel ubat gigi TruCare ini dari TruCare Malaysia.


Hanya dalam seminggu saje saya dah dapat sampel ubat gigi TruCare ini.


Dapat 2 sampel lagi tu. Pemurah betul TruCare Malaysia.


Kepada sesiapa yang nak sampel ubat gigi TruCare Malaysia ini juga, bolehlah inbox Facebook TruCare Malaysia dengan menghantar detail-detail seperti di bawah.
  • Name :
  • Tel No :
  • Email :
  • Address :

Friday, November 29, 2013

Menang Hadiah Utama Dari Contest Ephyra Idaman Saya

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya menang sekotak Ephyra Premium Pack (3o sachets) yang bernilai RM197 dalam Contest Ephyra Idaman Saya. Senarai pemenang boleh dilihat di SINI. Dan semalam, hadiah Ephyra dah sampai di tangan saya.





Tunggu, contest Ephyra ni bukan hanya setakat menang sekotak Ephyra ini sahaja. Ada hadiah menarik menanti untuk 10 Pemenang @ Reviewer Terbaik untuk  ke peringkat seterusnya @ Phase 2 iaitu :
1) Review pengalaman selama sebulan menggunakan Ephyra selepas menerima 1 kotak Premium Pack ( Entri boleh disiapkan dalam masa 23 December sehingga 31 December 2013)
2) Permalink tersebut bolehla di emailkan ke eyriqazz@gmail.com
Hadiah untuk Phase 2 adalah :

  • Tempat Pertama Reviewer Terbaik – Cash RM200 + 2 kotak Ephyra bernilai RM380
  • Tempat Kedua Reviewer Terbaik – Cash RM100 + 2 kotak Ephyra bernilai RM380
  • Tempat ketiga – Cash RM50 + 2 kotak Ephyra bernilai RM380
  • Tempat ke 4-5 – RM30 cash
  • Tempat ke 6-10 – RM10 Cash
Sebenarnya saya teringin nak bagi mama saya cuba Ephyra ini. Doakan semoga saya berjaya memenangi contest Ephyra untuk Phase 2 pula ye. In Shaa Allah. Aamine.

Thursday, November 28, 2013

Tebus Point Kad Mesra Dengan Payung Petronas & Set Memarut

Assalamualaikum.

Dalam tengah bulan ini, abah saya tebus point kad Mesra Petronas dengan sekaki payung Petronas dan set memarut. Korang sendiri boleh bayangkan sendiri kan bagaimana bentuk payung Petronas tu, jadi sekarang saya cuma ingin tunjukkan set memarut tu sahaja.



Tengok, ada 4 bentuk set memarut ini. Yang penting ia pelbagai guna. Terima kasih Petronas kerana bagi hadiah point sebegini, sangat berguna ketika di dapur. Untung juga ye guna kad point ketika mengisi minyak.

Wednesday, November 27, 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Tuesday, November 26, 2013

Hadiah Telekung Dari Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, harini hadiah dari Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida sudah sampai. Hadiah dihantar melalui Pos Laju Malaysia.


Rasanya kak Shida post hadiah ni semalam, harini dah sampai.


Teruja sangat bila dapat hadiah telekung ni.
Sebelum ini, saya memang ada niat nak beli telekung.
Pabila hadiah GA ini menawarkan hadiah telekung, saya pun join GA ini.


Kain telekung ini jenis lembut dan cantik.
Tak sangka betul-betul dapat hadiah telekung ini.


Siap ada surat rasmi lagi tu.
Terima kasih kak Shida dan Reddelima.

Monday, November 25, 2013

Please Be Careful With My Heart Theme Song

Synopsis Please Be Careful With My Heart
 
A simple girl, Maya dela Rosa (Jodi Sta. Maria), her older sister, Cristina Rose, and Cristina's son are introduced as tour guides in their hometown of San Nicolas, with their mother runs a souvenir shop. Money is often less than the living expenses and household repairs. Cristina Rose hopes to work at sea, while Maya dreams of becoming a flight stewardess. One rainy night, after an attempt to fix the roof, Cristina breaks her leg and is thus unable to complete her schooling to become a seafarer. With a large medical bill, Maya deems it necessary to work overseas for two years to help her family. Upon arrival in Manila, Maya discovers that the woman who had offered work overseas had swindled her. Maya is stuck in Manila with no money or place to go. Relentless, Maya allows no one to stop her, not even the handsome, wealthy widower Richard Lim (Richard Yap), who reminds her of her shortcomings.
Ironically, Richard is her last hope because of his influence in the airline industry. He offers Maya to become his youngest daughter's (who has selective mutism) temporary nanny in exchange for his help. Maya agrees to become a maid and nanny in his household. Upon entering the Lim home, she finds herself involved in the private lives of Richard and his three problematic children: Luke (Jerome Ponce) Nikki (Janella Salvador) Abby (Mutya Orquia)
Maya realizes that since Richard's wife died, the family's joy died with her; hence their problems. Maya is tasked to bridge Richard to his children and eventually she succeeds in rebuilding the family. However, in repairing their broken hearts, Maya encounters bigger challenges that test her determination and, more importantly, her heart. While fulfilling her obligation, she falls in love with the Lim children and, admittedly, with Richard.

Please Be Careful With My Heart Theme Song
 
Full Album Track Theme Song
 
 

Jodi Sta.Maria - Kaba


  
 
Richard Yap - Sorry Na Pwede Ba
   
Richard Yap - The Way You Look Tonight
 
  
 
Jodi Sta.Maria - Torete
   
 
Richard Yap & Jodi Sta.Maria - When You Say Nothing At All
 


Richard Yap & Jodi Sta.Maria - Please Be Careful With My Heart
 
 

Sam Milby & Juris - Please Be Careful With My Heart


 
Aiza Seguerra - I'll Be There For You
 
  
 
 Richard Yap - When You Say Nothing At All
 

Kesemua video di atas adalah soundtrack drama Please Be Careful With My Heart. Sebenarnya saya nak post link untuk tengok drama ni, tapi link episod drama ni tak semua yang ada. Jadi korang boleh tengok drama ni setiap hari Isnin-Khamis, pukul 3.00 petang-4.00 petang di Tv3. Adakah korang juga peminat tegar drama Filipina seperti saya? ;)

Sunday, November 24, 2013

Dulu Saya Fanatik Panda, Sekarang Saya Fanatik Dolphin

Assalamualaikum.

Buat pengetahuan korang semua, sebenarnya dulu saya suka panda dan bukannya dolphin. Oleh kerana terjadi suatu perkara yang buat saya fobia pada panda, saya merubah kesukaan saya sekelip mata. Kerana itulah sekarang saya memilih dolphin sebagai kesukaan saya. Biarkan pengalaman pahit itu disimpan oleh saya sendiri.

Bukan itu saje, di sebalik perubahan itu juga membuatkan saya mengenali drama Jepun Oh! My Girl!! ni. Bila sekali saya tengok drama ni, menjadikan saya makin fanatik pada dolphin. Dan sehingga sekarang, sudah 5 kali saya tengok drama ni, best tau. Tak dijemu diulang tonton. Di bawah ni link drama Oh My Girl! :




Synopsis : Yamashita Kotaro was living a peaceful life as a publisher part-timer aspiring to be a mobile phone novelist until two females suddenly appeared in his life. One is his six-year-old celebrity niece and the other is the little girl's stern manager. As he is forced to live under the same roof as the little prodigy, their differences soon manifest and disputes ensue. However, through co-habitation, Yamashita slowly comes to appreciate having a family and the warmth it brings, all the while developing a love-hate relationship with Fuji Mineko, the manager.




Ada maksud tersirat di sebalik nasihat kak Eca.
Dari panda berubah ke dolphin. Kak Eca menyokong perubahan ini.
Terima kasih kak Eca kerana sokong Solehah.

Saturday, November 23, 2013

Mobile Phone Screen Cleaner Dari EnfaMama A+ Club

Assalamualaikum.

Sebenarnya saya ni belum lagi ada anak tau, tetapi saya daftar menjadi ahli EnfaMama A+ Club kerana permintaan daripada sepupu saya sendiri. Maklumlah dia tak tahu bagaimana nak daftar jadi ahli EnfaMama A+ Club ni. Jadi, segala sampel untuk dia akan sampai pada saya dan nanti saya akan beri pada dia bila jumpa. Lagipun anak sepupu saya ni memang suka minum susu dari EnfaMama A+ ni. Katanya sedap...


Sekali lagi EnfaMama A+ Club bagi gift.
Saya ni macam orang tengah pula.


Oh, mereka ajak untuk pergi ke Brain Expo di KLCC.
Sepupu saya memang sudah lama pergi ke sini.
Cuma entri ini yang lambat update.


Inilah gift dari EnfaMama.
Mobile Phone Screen Cleaner.
Sepatutnya gift ni diberi pada anak sepupu, tapi dia tak nak pula.


Terima kasih EnfaMama A+ Club kerana sentiasa mengutamakan penggunanya.

Friday, November 22, 2013

BLOGGER GEMPAK 2013 AWARD

Berita baik untuk semua blogger Malaysia!



Award "BLOGGER GEMPAK 2013" Bermula..!




Pelbagai Hadiah Menarik Bakal Dimenangi!

Hadiah-hadiah :

Tempat Pertama : 1 Pemenang - RM100 + Piala "BLOGGER GEMPAK 2013" + 1 Tudung + 1 Bantal Kraftangan Saiz A4 + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Kedua : 1 Pemenang X RM50 + 1 Tudung + 1 Tasbih Digital + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Ketiga : 1 Pemenang X 1 Tasbih Digital + 1 Tudung + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Saguhati : 20 Pemenang X Setiap Pemenang Berpeluang Memenangi Satu Hadiah (Tudung, Shawl, Lotion, Mineral Coffee, Tasbih Digital, Fridge Magnet, Keychain, Masker Savee, Topup HP, Minyak Angin Fresh Care, dan macam-macam lagi)


Menarik bukan?

Syarat-syarat Contest :

1. Follow Blog Ejulz & Semua Sponsor;


2. Like Page FB :



3. Klik Banner Sponsor ;

[KLIK]


4. Buat satu entry di blog anda yang bertajuk "BLOGGER GEMPAK 2013 AWARD".
5. Dalam entry WAJIB letak BANNER CONTEST dan hyperlink ke link contest ini.
6. Letak link entry anda pada ruangan kotak komen di bawah.
7. Jika Disahkan Syarat-syarat cukup, Ejulz akan Print Screen entry contest dan akan diletakkan ke dalam Album "BLOGGER GEMPAK 2013" AWARD.
8. Gambar Print Screen Entry yang mendapat LIKE TERBANYAK akan dikira pemenang. Kira adil bukan? ^_^





JOIN SEKARANG!

TARIKH TUTUP CONTEST ADALAH 4 JANUARI 2014.



Cash Voucher Pertama & Ke-2 Dari MySurvey Malaysia

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selamat juga voucher MySurvey ini sampai ke rumah saya selepas dua bulan saya redeem point MySurvey. Tak lama lagi, saya akan redem dua kali lagi point MySurvey ini. Lagi 5 point saje lagi untuk saya tebus, untuk kali ke-3 dan ke-4. Kali ni pun, saya tebus dua kali serentak dalam hari yang sama. Maklumlah, kalau tebus sekali saje tak berapa best. Nanti hanya dapat voucher RM10 sahaja. Ini kira best kerana saya dapat voucher RM20 sekaligus.


Posmen datang depan rumah, hon-hon kemudian suruh saya tandatangan untuk dapatkan voucher ini.



Bila buka sampul, terus nampak kertas di atas yang menunjukkan saya dapat voucher MySurvey. Terima kasih MySurvey.


Inilah voucher yang saya tebus menggunakan point MySurvey. Bukan hanya di KFC saje saya boleh pergi, tetapi saya juga boleh tebus voucher ini di Pizza Hut, Pizza Hut Delivery, restoran Rasamas, Kiosk Rasamas dan Kedai Ayamas di Malaysia. Untungkan? Bagi sesiapa yang suka jawab survey tu, bolehlah cuba daftar MySurvey ni. Nanti korang pun boleh juga dapat voucher ini. Selamat mendaftar semua.

Thursday, November 21, 2013

My Third Cheque From Nuffnang

Assalamualaikum.

Actually long time I got this cheque but before this I didn't have time to update about this and need to update other entry first. So this is my third cheque, RM 75.59. I know, it is not more than as what u all earn.



Wednesday, November 20, 2013

Adikku Terlibat Dalam Kemalangan

Semalam merupakan sejarah hitam bagi adikku dan keseluruhan keluarga kami. Selepas saya solat Maghrib dan sedang membaca Al-Quran saya dikejutkan dengan berita adikku yang paling kecil, accident bertembung dengan kereta. Kejadian ini berlaku dalam pukul 8 malam setelah adikku baru selesai solat di surau. Selesai solat di surau, dia menunggang motosikal untuk pergi ke kedai berhampiran untuk membeli roti. Adikku accident ketika dalam perjalanan pulang dari kedai ke rumah.

Berderau hatiku bila dengar berita ini. Pada mulanya, saya fikir panggilan telefon di rumah ketika saya masih solat itu hanyalah panggilan telefon dari kawan adikku. Selepas saya solat dan sudah hampir dua mukasurat Al-Quran saya baca, panggilan telefon berbunyi semula dan saya jawab panggilan tersebut. Terdengar seorang India yang sepertinya sedang bercakap di hadapan rumah juga ketika saya menjawab panggilan telefon itu. Maksudnya, seorang India telefon nombor telefon rumah kami padahal dalam masa yang sama orang India tu juga ada di hadapan rumah kami. Dia meminta saya keluar di hadapan rumah. Jadi ketika masih dalam keadaan bertelekung, saya keluar untuk bercakap dengannya. Dengan hati yang luruh saya mendengarnya, dia bagitau adikku telah accident di simpang utama kawasan taman sebelah. Dalam hatiku terus berdoa "Ya Allah, selamatkanlah adikku". Saya terus dapatkan mama dan bagitau mengenai ini. Mama menyuruh saya bagitau pakcik di sebelah rumahku untuk panggil ayahku di surau. Jadi dengan pantas, saya capai tudungku dan terus berlari ke luar rumah. Setelah bagitahu, saya masuk ke rumah semula untuk bersiap pergi ke hospital bersama mama.

Setelah sampai di wad kecemasan, saya jadi bingung sekejap di sana. Tercari-cari adik. Dalam 5 minit begitu, abah muncul dan terus mendapatkan kami dan bagitahu yang adikku tidak begitu parah. Saya menangis sekali lagi dan bersyukur kerana Allah menyelamatkan nyawa adik. Saya dan mama tunggu di tempat menunggu untuk melihat keadaan sebenar adikku nanti. Setelah menunggu (tak ingat berapa lama), saya nampak adik keluar. Banyak juga luka di tubuhya terutama sekali luka di bahagian kiri dahi adik, agak dalam. Luka di situ agak dalam dan sudah dijahit. Doktor membenarkan kami membawanya pulang ke rumah. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat. Kawan-kawan, doakan adik saya segera sembuh ye. Doa kalian, saya harapkan.

Tuesday, November 19, 2013

Jom Jimat Bersama Kupon Domino's Pizza

Assalamualaikum.

Sebagai janji saya di Instagram untuk bagitahu bagaimana saya dapat kupon Domino's Pizza ini secara banyak dan percuma, jadi harini saya buat entri ni. Menduga juga kelaparanku bila buat entri ni, maklumlah rasa keenakan pizza ini masih terasa sehingga sekarang.







Inilah buku kupon yang saya ada tanya di Facebook.
Nanti saya bagitau bagaimana nak dapatkan buku kupon ini.


Semalam dah tebus kupon ini.
Kupon yang lain-lain di simpan dulu.
Tunggu kesemua adik-beradik ada di rumah.



Oder 1 large pizza, dapat percuma 1 regular pizza.
Classified Chicked (Large) dan Aloha Chicken (Regular).




Semalam, sehingga 3 potong pizza saya makan.
Sedap sehingga menjilat jari.

Bagaimana Ingin Mendapatkan Buku Kupon Domino's Pizza

  • Hanya pekerja Domino's Pizza sahaja yang layak memberikan buku kupon ini.
  • Buku kupon ini dibeli dengan harga RM 20 dan korang boleh dapat kesemua kupon di dalamnya.
  • Mesti korang pelik kenapa kena beli buku kupon ini dan bukannya secara percuma. Buku kupon ini sememangnya dijual dan sangat berbaloi untuk dibeli kerana di dalam buku kupon ini terdapat 2 kupon penjimatan sehingga RM 71.40 (beli 3 large pizza dan percuma 3 regular pizza). Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai lagi jenis penjimatan yang ditawarkan. Jika nak tau apa lagi keistimewaannya, korang kena beli buku kupon ini terlebih dahulu. Selamat menjamu selera.

Monday, November 18, 2013

10 Jenis Burung Cenderawasih Paling Cantik Di Dunia

Bercirikan dengan warna yang mencolok dan cerah, bulu berwarna kuning, biru, merah, dan hijau. Dengan warna-warna yang demikian mereka menjadi burung paling indah dan menarik di dunia, sehingga disebut sebagai burung dari syurga. Burung cenderawasih banyak ditemukan di Papua New Guinea dan pulau-pulau sekitarnya, termasuk juga Australia Timur. Sayangnya keberadaan burung ini semakin berkurang seiring dengan banyaknya perburuan liar yang tidak bertanggungjawab.

1. Lesser Bird of Paradise (Paradisaea Minor)


Lesser Bird of Paradise dikenal dengan nama Cenderawasih kuning kecil. Burung ini berukuran sedang dengan panjang sekitar 32 cm, berwarna merah-coklat dengan mahkota kuning dan punggung atas kuning kecoklatan.Burung jantan memiliki tenggorok berwarna zamrud-hijau tua, sepasang ekor panjang dan dihiasi dengan bulu hiasan sayap yang berwarna kuning di daerah pangkal berwarna putih di daerah luarnya. Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, memiliki kepala berwarna coklat tua, dada berwarna putih dan tanpa dihiasi bulu-bulu hiasan. Boleh didapati di seluruh hutan bahagian utara Papua New Guinea dan pulau-pulau berdekatan Misool dan Yapen.

2. Raggiana Bird of Paradise (Paradisaea Raggiana)



Raggiana Bird of Paradise dikenal juga dengan nama Count Raggis Bird of Paradise. Habitat burung ini tersebar secara meluas di Pulau Irian selatan dan timur laut. Memiliki panjang 34 cm panjang, berwarna merah-coklat keabu-abuan, iris kuning dan kaki berwarna coklat keabu-abuan. Burung jantan memiliki mahkota kuning, tenggorok zamrud-hijau tua dan kerah kuning di antara tenggorok. Warna bulu sayap berjenis-jenis dari merah ke jingga bergantung kepada spesies. Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, dengan muka berwarna coklat dan tiada bulu-bulu hiasan.

3. Astrapia Ribbon-Tailed (Astrapia Mayeri)



Namanya Astrapia Ribbon-Tailed dan memiliki bulu ekor terpanjang. Dengan ukuran tubuh, panjangnya mencapai lebih dari tiga kali panjang tubuhnya. Panjang burung dewasa mencapai 32 cm dengan ekor burung jantan yang biasa mencapai 1 meter. Burung jantan berwarna hitam dan hijau zaitun sedangkan burung betina berwana coklat. Burung jantan memiliki ekor panjang berbentuk pita berwarna putih. Burung ini boleh didapati di bahagian tengah Pulau Irian.

4. Blue Bird of Paradise (Paradisaea Rudolphi)


Burung ini berukuran sekitar 30 cm, berwarna hitam, iris berwarna coklat gelap dan kaki berwarna seakan kelabu. Burung jantan dihiasi dengan bulu sayap dengan campuran warna ungu biru. Sehingga disebut juga sebagai Cenderawasih Biru. Blue Bird of Paradise adalah burung dari Papua New Guinea. Boleh didapati di pergunungan tenggara Papua New Guinea.

5. Riflebird Paradise (Ptiloris Paradiseus)


Kalau korang pernah melihat filem Planet Earth, maka korang akan dapat melihat burung ini. Burung ini memiliki panjang sekitar 30 cm. Burung jantan berwarna hitam dengan warna-warni mahkota biru kehijauan, kaki hitam, iris coklat gelap dan mulut kuning. Burung betina jenis ini berwarna coklat zaitun. Hanya ditemukan di Australia timur, Riflebird juga tersebar di hutan hujan di New South Wales dan Pusat Queensland. Burung jantan dapat mengembangkan sayapnya dan mempamerkannya seraya bergerak ke kanan dan ke kiri di hadapan burung betina untuk memikat mereka.

6. Red Bird of Paradise (Paradisaea Rubra)


Dikenali juga sebagai Cenderawasih Merah, panjang sekitar 33 cm berwarna kuning dan coklat, serta berparuh kuning. Burung jantan dewasa biasa mencapai 72 cm termasuk bulu-bulu hiasannya yang berwarna merah darah dengan hujung berwarna putih pada bahagian sisi perutnya. Bulu muka berwarna hijau zamrud gelap dan di ekornya terdapat dua buah tali yang panjang berwarna hitam. Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, dengan muka berwarna coklat tua dan tidak mempunyai bulu hiasan. Boleh ditemui di Indonesia. Cenderawasih Merah juga boleh ditemui di hutan dataran rendah pulau Waigeo dan Batanta di daerah Raja Ampat, wilayah Irian Jaya Barat.

7. Lawes's Parotia (Parotia Lawesii)


Parotia lawesii berukuran sedang sehingga 27 cm. Daerah penyebarannya meliputi hutan pergunungan di tenggara dan timur Papua New Guinea. Burung jantan berwarna hitam dengan kening putih, tengkuk biru ungu dan bulu dada berwarna emas hijau. Dihiasi dengan tiga kawat hias kepala dari belakang setiap mata dan memanjang mengapit bulu yang berwarna hitam. Burung betina berwarna coklat dengan kepala burung gelap, iris kuning dan gelap.

8. King of Saxony Bird of Paradise (Pteridophora Alberti)


King of Saxonyi adalah sejenis burung pengicau berukuran kecil, dengan panjang sekitar 22cm. Burung jantan dewasa mempunyai bulu berwarna hitam dan kuning tua, di kepalanya terdapat dua helai bulu kawat bersisik biru langit mengilap seperti panji yang panjangnya mencapai 40cm dan dapat ditegakkan pada waktu memikat betina. Oleh itu burung ini dinamakan sebagai Cenderawasih Panji. Bulu mantel dan punggung tumbuh memanjang berbentuk tudung berwarna hitam. Iris mata berwarna coklat tua, kaki berwarna abu-abu kecoklatan dan paruh berwarna hitam dengan bahagian dalam mulut berwarna hijau laut. Burung betina berwarna abu-abu kecoklatan dengan garis-garis dan bintik gelap. Betina berukuran lebih kecil dari burung jantan dan tanpa dihiasi mantel atau bulu kawat hiasan. Boleh didapati di hutan pergunungan Pulau Irian.

9. Wilsons Bird of Paradise (Cicinnurus Respublica)


Wilsons Bird of Paradise berukuran kecil sehingga mencapai 21 cm. Burung jantan berwarna merah dan hitam dengan jubah kuning di leher, mulut hijau muda, kaki biru dan dua bulu ekor berwarna ungu yang melengkung. Semetara itu betina berwarna kecoklatan dengan mahkota biru. Merupakan spesies yang banyak di Indonesia, dengan daerah penyebaran di bukit dan hutan hujan dataran rendah Kepulauan Waigeo dan Batanta dari Papua Barat.

10. Princess Stephanies Astrapia (Astrapia Stephaniae)


Stephanie Astrapia berukuran sekitar 37 cm, burung ini berwarna hitam dengan warna-warni kepala biru-hijau dan ungu, disamping itu memiliki bulu ekor panjang hitam keungunan. Burung betinanya berwarna coklat gelap dengan kepala hitam kebiruan. Habitat aslinya ada di pergunungan di pusat dan timur Papua New Guinea.