Lazada Malaysia

Wednesday, September 18, 2013

Home » » BLOG SEBAGAI PENDAPATAN SAMPINGAN

BLOG SEBAGAI PENDAPATAN SAMPINGAN

Assalamualaikum. Sebelum saya ulas dengan lebih lanjut tajuk entri ni, saya nak korang join segmen ni di SINI. Disebabkan saya dah join segmen ni, saya ingin kongsi pengalaman saya bersama blog saya. Alhamdulillah, sejak saya bergelar seorang blogger sejak 1 Januari 2013 saya dapat menjana pelbagai jenis pendapatan sampingan bersama blog. "Tak percayalah dalam setahun lebih dapat macam-macam, hasil dari blogging" - Ayat ni selalu saya terima dari pelbagai pihak. Tapi berkat sokongan dari blogger terdekat, saya mampu bertahan dalam dunia blogging sehingga sekarang. Sebagai contoh, saya dapat menjana pendapatan dari Nuffnang, iklan di blog, hadiah wang tunai melalui contest SEO dan pelbagai lagi yang korang boleh tengok di SINI. Di dalam entri tersebut, saya sertakan semua jenis pendapatan/hadiah hasil dari blog saya.

Mungkin orang di luar sana fikir yang blogger ni hanya buang masa saje. Sebenarnya sangkaan tu adalah salah. Jika betul saya buang masa, bagaimana saya boleh dapat banyak duit hasil dari blogging? Jadi saya harap apa yang terlintas di fikiran orang luar yang bukan blogger, saya nak mereka ubah tanggapan yang buruk ni pada kami yang merupakan seorang blogger. Kami tak ganggu sesiapa, yang penting ini adalah hobi masa lapang kami yang positif. Daripada mengadap Facebook saje, apa yang dapat? Baik buat blog. Dapat duit. Itu yang terbaik!

6 sweet comments:

✿INA AINAA✿ said...

Orang yang bukan blogger or tak menjiwai blog ni je yg takkan faham kita ni sebagai blogger yang tegar.. hehehehehe Nice one!

Unknown said...

kata org , menyelam sambil minum air..kan solehah..hihi..selmt bersegmen.. ;)

jaakechik said...

Selamat Pagi…

Terima kasih kerana kongsikan pengalaman anda..

Jaa datang dari segmen yg sama jugak…

http://www.jaakechik.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html

Invisible Me said...

Wahhh.
Tak sampai setahun, dah banyak awak dpt.
Tahniah :)

Unknown said...

tira singgah sini jeng jeng jeng .
http://itsmetira.blogspot.com/2013/09/segmen-blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html

Pakcik Kantin said...

Pencapaian yang hebat.x sampai setahun dh masyuk.teruskan usaha