Friday, August 17, 2012

Tips : Jangan Lakukan Perkara Ini Ketika Tidur


1. Jangan tidur bersama jam tangan - Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.

2. Jangan tidur dengan telefon bimbit - Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada di antara kita menggunakannya sebagai alat penggera, para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.

3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat - Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau di mana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.

4. Jangan tidur dengan bra - Bagi wanita pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara. Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko.

5. Jangan tidur dengan seluar dalam - Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai 'boxer' yang longgar dan selesa.

6. Jangan selalu sangat tidur telanjang - Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan, ia akan kecoh nanti.

*Maaf jika terdapat bahasa yang kurang disenangi.

9 comments:

  1. ehehehe tenkiu tips nye.tapi ade yg tak berani la nak buat.haha.adoi..eh sys,best ah lagu arab kat belog sys ni.haha hampeh cendol tak paham tp suke dngr bhs arab.

    ReplyDelete
  2. huhu...thanks for sharing...hehe

    ReplyDelete
  3. @Cendol itu lagu " حمود الخضر-أنا الإنسان ". try la download lagu tu ye :)

    ReplyDelete
  4. yang last tu kadang-kadang time takde elektrik . terjadi jugak .. aiyooo

    ReplyDelete
  5. bagus tips ni, cuma telefon bimbit tu xdapat nak di elakkan, sebab tulah jam loceng hihihi

    ReplyDelete
  6. lorhh.. slalu set alarm kat henpon..kalo letak jauh2 x sodar la nnti...yg last sekali tu lawak la..haha

    ReplyDelete