Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin Daripada Blogger Solehah


Assalamualaikum.


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Ucapan ini saya ingin tujukan kepada ahli keluarga tersayang saya; mama, abah dan adik-adik saya, sanak-saudara saya, my lover serta seluruh ahli keluarganya, kawan-kawan sekolah rendah saya, kawan-kawan sekolah menengah saya, kawan-kawan universiti saya, kawan-kawan facebook saya, kawan-kawan blogger saya, jiran-jiran setaman saya dan juga kepada seluruh Musllimin dan Muslimat di Malaysia serta diluar Malaysia. Semoga anda semua menyambut hari raya Aidilfitri ni dengan penuh meriah sekali serta mendapat rahmat dari Allah.

Tahun ni my lover sambut hari raya di negara asalnya, jadi hati ni terasa begitu sunyi sekali sebab nak telefon dia waktu ni pun susah, maklumlah jauh. Untuk mengurangkan hati ni terasa begitu sunyi, saya akan melayan tetamu yang datang berziarah ke kampung atok saya. Raya pertama tahun ini saya beraya di kampung atok sebelah mama saya. Yang pasti, ketika raya pertama di kampung atok memang akan ramai yang datang menziarahi atok. Sepupu-sepupu mama saya balik ke kampung pun sebab nak menziarahi atok saya saje. Maklumlah cuma tinggal atok saya lagi yang ada. Yang saya maksudkan ni, atok perempuan ye. Oklah, lain kali saya cerita lagi suasana hari raya di kampung atok ni. Saya update ni pun sebab takda tetamu yang datang ziarah waktu ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Kullu Am Wa Antum Bikhair... :)

8 comments:

  1. Salam Aidilfitri dari CiM sekeluarga di JB...

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN.. MAAF ZAHIR DAN BATIN.. :)

    ReplyDelete
  3. NEWEST UPDATE (!) Aidilfitri ♥

    Jom Baca/Komen :) http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-raya-aidilfitri.html

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya....Maaf Zahir batin

    ReplyDelete
  5. salam aidilfitri buat solehah sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  6. x terlmbt rasanya deqla ucp..

    SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN... :)

    ReplyDelete