Friday, August 31, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-55, Malaysia

Assalamualaikum.

Rata-rata sekarang ni kedengaran bunyi mercun dan bunga api di sekitar rumah kita, bukan kerana ingin menyambut hari raya tetapi kerana hari ini kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 untuk negara kita yang tercinta, Malaysia.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

SAYA ANAK MALAYSIA!




"55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Semoga rakyat Malaysia hidup dengan aman dan sejahtera selamanya. Hargailah perjuangan kemerdekaan yang telah dianugerahkan oleh nenek moyang kepada kita.

Wednesday, August 29, 2012

Suasana Di Hari Raya 2012

Assalamualaikum.

Raya Pertama - Raya Keempat (19.8.2012 - 22.8.2012)

Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Alhamdulillah sudah berakhirnya sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Terlalu cepat masa berlalu sehingga kadang-kadang tu saya tak percaya sekarang sudah memasuki bulan Syawal. Pada hari raya pertama sehingga hari raya ketiga, saya dan keluarga memilih untuk bercuti ke rumah atok di Kuala Kurau. Kami bertolak dari rumah selepas selesai solat hari raya Aidilfitri di masjid berdekatan dengan rumah. Kami memilih raya pertama untuk kami berkumpul bersama sanak-saudara yang lain. Alhamdulillah tahun ni kami dapat berkumpul semuanya termasuk sanak-saudara yang datang dari Sabah. Pada malam harinya kami buat makan besar bersama. Selesai makan besar, kami semua bergambar dengan atok. Larat lagi atok bergambar ye.hehe

Ehem, baju raya korang warna apa tahun ni ye? Saya memilih untuk beli sehelai jubah warna ungu untuk raya kali ni. Pakai jubah ni pun masa raya kedua saje sebab kami banyak pergi ke rumah terbuka di kampung pada hari ni. Untuk hari lain saya cuma pakai baju raya tahun lepas saje. Boleh dikatakan tahun ni memang beraya sakan. Maklumlah hari raya masih dalam cuti sekolah.

Raya Kelima - Raya Keenam (23.8.2012 - 24.8.2012)

Untuk hari raya kelima dan keenam pula saya, mama saya dan adik kedua saya mengambil keputusan untuk beraya ke rumah pakngah saya di Setia Alam, Shah Alam. Kiranya kami bermalam cuma sehari saje. Pada malam raya keenam, kami bertiga serta pakngah dan makngah pergi bersiar-siar di sekitar bandar Setia Alam untuk mencari restoran untuk makan raya bersama. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk menjamu selera di Restoran Hannoon Al-Arab. Siapa yang pernah makan di sini? Jika tak pernah, apa kata korang cuba. Saya boleh bagi 4/5 bintang untuk restoran ni.

Menu yang dipilih : Lamb Henneth RM16 sepinggan* , Arabic Tea With Mints RM4 per glass / RM6 per small pot* / RM8 per big pot.










Restoran Hannoon Al Arab
49-1-1, Jalan Setia Prima U13/A,
Setia Alam, 40170,
Shah Alam, Selangor.
Opening hours: 11am-11pm (daily)
Call for details : 03-33423058/016-6850312

Pada pagi raya keenam selesai kami bersarapan bihun goreng serta kuih raya di rumah pakngah, kami bertolak pulang untuk menuju ke Kuala Lumpur. Tiga perkara yang kami ingin buat pada hari ini; buat tinted kereta, pergi IKEA dan ke kedai Berkat Madinah. Jalanraya di KL ketika ni memang sesak. Maklumlah orang dah mula bekerja. Alhamdulillah kami selamat tiba ke ketiga-tiga destinasi. Di bawah ni gambar ketika mana kami membeli-belah di kedai Berkat Madinah.







Raya Ketujuh (25.8.2012)

Kami sekeluarga beraya di kampung sebelah abah pula. Masa ni pun buat makan besar bersama sanak-saudara. Alhamdulillah semakin ramai jumlah sanak-saudara kami. Terima kasih ya Allah sebab memberi peluang kami semua berkumpul beraya untuk tahun ni. Boleh dikatakan tahun ni tahun yang paling gembira buat kami. Semoga Allah memberi kita peluang untuk bertemu Ramadhan kembali untuk tahun hadapan, insya-Allah. Akhir kata, segala silap dan salah mohon dimaafi. Semoga hari raya ni membawa seribu rahmat untuk korang semua. Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.


p/s : Korang banyak dapat duit raya ke?hehe

Tuesday, August 28, 2012

Contest : Fizgraphic Vector Gambar Saya!

http://www.fizgraphic.com/2012/08/contest-fizgraphic-vector-gambar-saya.html
Assalamualaikum.

Sudah lama saya tak join contest kan.hehe disebakan diri saya tiba-tiba rajin untuk menyibukkan diri join contest hari ni, saya pun join contest dari blogger Apit. Eh, korang tak nak join ke? Contest ni contest vector tau. Bukan senang nak jumpa contest vector camni. Apakata korang join contest ni. Semoga berjaya untuk diri saya dan korang yang join contest ni juga. psstt Apit, saya betul-betul nak vector ni. Harap saya terpilih nanti. Doakan saya ye...

2 sebab kenapa saya nak gambar saya divectorkan :

a) Gambar saya tak pernah divectorkan oleh sesiapa pun dan saya teringin sangat nak dapat vector dari blogger Apit. Lagipun saya ni memang tak pandai nak melukis doodle ataupun vector. Saya nak vector dari Apit sebab lukisan Apit sangat kemas dan cantik.

b) Saya merupakan seorang blogger tegar yang selalu join segmen ataupun contest yang dianjurkan oleh Apit. Kan Apit, kan? :)

Monday, August 27, 2012

Kiyoshi Sakurazuka - Lelaki Paling Cantik Di Dunia

Kiyoshi Sakurazuka yang berasal dari Hunan, China. Dia adalah seorang model cosplay berperwatakan wanita, bagaimanapun Kiyoshi bukanlah seorang lelaki lembut, sifatnya masih sama seperti lelaki biasa.












Mesti korang bingungkan, mana satu Kiyoshi. Kiyoshi yang sebelah kanan, pakai baju warna hitam. Baju putih tu awek dia. Mana satu lagi cantik ye? :)

Ini pula biodata Kiyoshi Sakurazuka :

Nama : Kiyoshi Sakurazuka
Nama Sebenar : 樱冢 = Che Ying Zhong (CMIIW)
Tarikh Lahir : April 4, 1984
Tinggi : 160cm
Berat : 40kg
Jenis Darah : A
Zodiak : Aries
Jantina : Lelaki
Tempat Kelahiran : Hunan, China
Kelulusan : Institusi Teknologi Beijing

Saturday, August 25, 2012

Tips : Memujuk Teman Lelaki Yang Merajuk

Alahai, rasa macam geli geleman plak bila dengar lelaki merajuk. Tapi itulah hakikatnya. Bukan perempuan sahaja yang suka merajuk dan hendak dipujuk, lelaki pun tidak terkecuali darinya. Jadi sebelum itu, ada baiknya kita ketahui dahulu.


Mengapakah lelaki merajuk?

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call. Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.


Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?


Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang saya kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.


1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.


2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.


3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.


4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

Selamat Mencuba.

Thursday, August 23, 2012

Ucapan Raya 2012 via Online. Terima Kasih Semua! :)

Assalamualaikum.


Mesti korang semua dapat banyak kad raya kan? Okay sebelum saya cerita mengenai suasana hari raya saya di kampung, apa kata korang semua tengok ucapan raya yang saya dapat secara online dulu ye. Kalau saya ada tertinggal atau terlupa nak publish ucapan raya korang ke sini, sila bagitau ye. Kepada yang sudah post kad raya ke rumah saya tu, nanti saya buat entry lain ye... :)

Kad Raya Bergambar - Email



Daripada : Nuffnang


Kad Raya Bergambar - Facebook


Daripada : Syafynas Shahrizan


Daripada : Shuhada Othman




Daripada : Deq's Qienz








Daripada : Wanieys Qalief



Daripada : Busyra Takiyudin



Daripada : Dya Bunga



Daripada : Lya Afrina


Daripada : Kyn Yanie


Daripada : Mutiara Jiwa


Daripada : Lärä E'däÿöü


Daripada : Deqla Norumara



Ucapan Raya Video - Facebook



Daripada : Umizza Aznor

Terima Kasih, Semua! :)

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin Daripada Blogger Solehah


Assalamualaikum.


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Ucapan ini saya ingin tujukan kepada ahli keluarga tersayang saya; mama, abah dan adik-adik saya, sanak-saudara saya, my lover serta seluruh ahli keluarganya, kawan-kawan sekolah rendah saya, kawan-kawan sekolah menengah saya, kawan-kawan universiti saya, kawan-kawan facebook saya, kawan-kawan blogger saya, jiran-jiran setaman saya dan juga kepada seluruh Musllimin dan Muslimat di Malaysia serta diluar Malaysia. Semoga anda semua menyambut hari raya Aidilfitri ni dengan penuh meriah sekali serta mendapat rahmat dari Allah.

Tahun ni my lover sambut hari raya di negara asalnya, jadi hati ni terasa begitu sunyi sekali sebab nak telefon dia waktu ni pun susah, maklumlah jauh. Untuk mengurangkan hati ni terasa begitu sunyi, saya akan melayan tetamu yang datang berziarah ke kampung atok saya. Raya pertama tahun ini saya beraya di kampung atok sebelah mama saya. Yang pasti, ketika raya pertama di kampung atok memang akan ramai yang datang menziarahi atok. Sepupu-sepupu mama saya balik ke kampung pun sebab nak menziarahi atok saya saje. Maklumlah cuma tinggal atok saya lagi yang ada. Yang saya maksudkan ni, atok perempuan ye. Oklah, lain kali saya cerita lagi suasana hari raya di kampung atok ni. Saya update ni pun sebab takda tetamu yang datang ziarah waktu ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Kullu Am Wa Antum Bikhair... :)

Saturday, August 18, 2012

Tips : Teknik Mudah Untuk Fasih Berbahasa Arab

Assalamualaikum.

Siapa di sini ingin fasih berbahasa Arab? Cuba tips di bawah ni daripada saya ye.
Selamat mencuba.

1. Mendengar lagu dalam bahasa Arab - untuk mengetahui sebutan yang betul, maklumlah lidah kita ni lidah Melayu. Jadi kita kena belajar cara sebutan bahasa Arab yang betul. Lagi bagus kalau korang dapat hafal salah satu lagu Arab. Sebagai contoh; Fares Karam-Albi Nadak. Lirik lagu ni memang senang untuk dihafal.

2. Rajin-rajinkan diri untuk selalu guna google translate walaupun kadang-kadang tu terjemahan yang google translate bagi salah. Kadang-kadang tu, ayat yang pelik-pelik pun ada. Kalau nak pastikan istilah tu betul, apa kata korang cuba cari di google pula.

3. Selalu bersembang dan cuba bercakap menggunakan istilah bahasa Arab yang mudah dengan bangsa Arab. Alhamdulillah saya berpeluang bercakap dengan mereka sendiri. Pada mulanya memang berasa takut dan tidak yakin, maklumlah itu bukan bahasa harian kita.

4. Selalu mencuba berchatting dengan sesiapa pun dengan menggunakan bahasa Arab di facebook ataupun di mana-mana laman sosial lain. Kalau takut nak berchatting dengan bangsa Arab sendiri, berchattinglah dengan bangsa kita sendiri.

5. Rajin-rajinkan diri untuk mengetahui berita di negara Arab. Pada mulanya memang sukar nak paham, bila lama-lama sudah biasakan diri untuk baca berita daripada mereka, sebenarnya mudah nak paham. Sebagai contoh; Al-Jazeera.

6. Selalu baca buku cerita yang menggunakan bahasa Arab mudah. Buku cerita kartun dalam bahasa Arab pun ok juga. Korang boleh cuba beli buku cerita kanak-kanak tu dari SINI.

7. Menonton video kartun Arab atau cerita Arab yang menggunakan kosa kata yang mudah untuk dipahami di Youtube. Sebagai contoh; كرتون القط الضائع (Kartun Kucing Sesat).

8. Rajin bertanya mengenai bahasa Arab daripada orang lain yang pakar dalam bahasa Arab.

9. Rajinkan diri untuk selalu buka kamus terjemahan dan terjemahan Al-Quran. Sungguh indah pada sesiapa yang dapat memahami 100% isi kandungan Al-Quran ketika membaca Al-Quran.

10. Sebelum korang hendak fasih berbahasa Arab, korang kena fasih dulu bahasa Arab yang berkenaan dengan kehidupan seharian. Contoh : Saya(ana), satu(wahid) dan sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi tips yang saya boleh berikan. Cukuplah korang cuba semua tips di atas dulu. Bak kata orang nak fasih berbahasa Arab memang mudah tapi pabila mereka bercakap dengan kita menggunakan bahasa Arab pasar, memang menguji korang masa tu.

Contoh bahasa Arab pasar:
Apa khabar - (keef halak-L/keef haleek-P) *sebutan asal : kaifa haluka/kaifa haluki
Apa nama kamu - (masmuk) *sebutan asal : ma ismuka/ma ismuki
Bagaimana keadaan kamu - (keef el hal) *sebutan asal : kaifa al hal
Syurga - (janneh) *sebutan asal : jannah
Fikir - (fakkir) *sebutan asal : fikkir

Sebenarnya bukan susah nak fasih berbahasa Arab pasar ni, cuma kita perlu rajin-rajinkan diri untuk bersembang dengan diorang. Nanti dapatlah kita paham apa yang diorang cakap tu. Pada mulanya saya sendiri pun tak tahu apa-apa, tapi bila saya dah mula belajar rupanya baru saya tahu yang bahasa Arab ni mudah sebenarnya. Bahasa Arab bahasa Al-Quran. Cukup indah jika kita sendiri dapat paham bahasa Arab ketika mana membaca Al-Quran dan kita dapat merasakan kepahaman ayat tu cepat sampai pada diri sendiri. Insya-Allah.

Friday, August 17, 2012

Tips : Jangan Lakukan Perkara Ini Ketika Tidur


1. Jangan tidur bersama jam tangan - Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.

2. Jangan tidur dengan telefon bimbit - Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada di antara kita menggunakannya sebagai alat penggera, para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.

3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat - Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau di mana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.

4. Jangan tidur dengan bra - Bagi wanita pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara. Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko.

5. Jangan tidur dengan seluar dalam - Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai 'boxer' yang longgar dan selesa.

6. Jangan selalu sangat tidur telanjang - Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan, ia akan kecoh nanti.

*Maaf jika terdapat bahasa yang kurang disenangi.

Thursday, August 16, 2012

Anak Ayam Berwarna-Warni Di China







Comel kan? Apa kata kita tengok video mengenai anak ayam ni pulak ye... :)




Alahai comelnya anak-anak ayam ni. Rasa nak cubit saje. Jom kita tengok bagaimana diorang buat anak ayam ni jadi warna-warni pula.


* Terasa seperti kejam la pulak diorang buat camni. Apa-apapun anak-anak ayam ni memang comel. Ada sesiapa yang sudi nak belikan untuk saya? :D

Wednesday, August 15, 2012

Iftar Dan Sumbangan Fakir Miskin Di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Perak

Tarikh : 13 Ogos 2012.
Tempat : Masjid Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Perak.
Penyertaan : IM Jabbar, staff KUISAS serta semua pelajar KUISAS, Perak.


Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai di masjid KUISAS, Perak.


Iftar Jamaie. Dari kiri Nawawi Abdul Rahman, Ustaz Firdaus, Ustaz Abdul Jabbar Abdul Kahar, Prof Dr. Jamil Hashim dan Ustaz Farid Fadhli.


Iftar Jamaie. Dari kiri Nawawi Abdul Rahman, Ustaz Firdaus, Ustaz Abdul Jabbar Abdul Kahar, Prof Dr. Jamil Hashim dan pelajar KUISAS (maaf tak tahu nama).

Blogger EqbalZack.Com Follow Blog Solehah. Terima Kasih Abang Eq! :)

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, ini kali ketiga blogger terkenal follow blog ni. Dulu blogger Lulu Caldina dan blogger Lyssa Faizureen follow sini. Kali ni blogger Eqbal Zack pula. Syukur ke hadrat Allah, semakin lama semakin bertambah follower blog ni.

Dengan rasa rendah dirinya saya mengucapkan terima kasih kepada blogger Eqbal Zack kerana sudi follow blog saya yang tak seberapa hebat ni. Jika nak dibandingkan blog saya dengan blog abg Eq, jelas kelihatan banyak perbezaannya. Blog abg Eq memang sudah dikenali ramai di luar sana tetapi blog saya ni cuma dikenali oleh blogger yang hanya rapat dengan saya saje. Saya pun masih bertatih-tatih dalam dunia blogging ni. Maklumlah blog saya pun belum lagi berusia setahun. Harap saya dapat tunjuk ajar dari blogger Eq suatu hari nanti.

Sesiapa yang belum follow blog EqbalZack.Com, cepat-cepat follow blog Abg Eq ni ye. Manalah tau tiba-tiba nanti korang nak travel ke Australia, bolehlah cuba tanya Abg Eq ni. Abg Eq ni bolehlah jadi tourist guide korang nanti... :)

Tuesday, August 14, 2012

Tutorial : Blogger Group In Facebook

This is some of the blogger's group in facebook. Who wanna join this group, just open the link and click "Join Group".


  • Ex-Tream Blogger
  • Crew Blogger Gempax
  • Geng Blogger Malaysia
  • Suka hati je buat blog!
  • Ceritaku Di Mana-Mana Saja
  • GaDiS SeMaSa vs JeJaKa SeMaSa
  • Santai Blogger
  • BLOGGER MALAYA. Aummm !!!
  • Aku Blogger Famous
  • Kaki Bloger
  • KONGSI LINK BELOG
  • Facebook Bloggerz Community of Malaysia (FBCM)
  • Diari Sahabat Blogger
  • Bloggers !
  • Syoknya Blogger
  • .Sahabat Lulu Caldina
  • Kelab Blog 1 Malaysia
  • Mr. and Mrs Bloggie
  • KOMUNITI GILA BLOG
  • Kelab Blogwalking
  • Blogging itu Seni
  • Blogging Group
  • Blogger Ping
  • Blogger terhebad ~!
  • Blogger
  • KELAB BLOGGER
  • BLOG KITE-KITE JE™!
  • Blogger Crew
  • KAMI BLOGGERS TEGAR
  • Blogwalking /20'
  • Blogger Sana Sini
  • Belia-Belia Bloggers (BBB)
  • Sembang Blog LM
  • Kawan Bloggers
  • Meh ping! blog sini
  • pOrt blOgger
  • Blogwalking Widget
  • sAya seOrang bLoggEr
  • Blogger A to F
  • Blog Ohsem !
  • Kawan Blogger
  • Arena blogger(cerita pakjoe)
  • Hotspot Blogger
  • KAMI BLOGGER PILIHAN MALAYA
  • Kaki Blogger Official
  • Girls Blogger
  • Kami Bloggers Comel
  • Markas blogger
  • PORT BLOGGER JIWA KACAU
  • Budak Budak Bloggers
  • Kelab Blogger
  • Kami Si Blogger (Official) KSB
  • Mari Berblogger  (fan malaysia)
  • Kumpulan Blogger Eksklusif Malaysia
  • Blogger Perak
  • Group Blogger Tahun Baru!
  • Blogger Group
  • Blogger Group
  • Group Blogger Malaysia
  • Blogger's Group Without Rules
  • Life with Sandra.....

  • KAMI BLOGGER!