Lazada Malaysia

Tuesday, August 9, 2016

Tutorial : Cara Mendapatkan Semula Fail Microsoft Word / Powerpoint / Excel Yang Hilang

Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama saya nak ajar kawan-kawan untuk mendapatkan semula fail microsoft yang hilang. Microsoft yang saya maksudkan di sini adalah untuk semua fail microsoft samada word atau powerpoint atau excel. Cara-caranya mudah sesangat. Oleh kerana ramai kawan-kawan tanya camna saya selamatkan fail-fail penting diorang sebelum ni, maka lebih baik saya ajar terus di sini. Ilmu untuk dikongsi, jadi apa kata korang cuba sendiri nanti.

1. Mula-mula korang mestilah ada microsoft word / powerpoint / excel. Kalau tak, camna korang nak buka fail. Tak gitu?

2. Buka blank document seperti gambar di bawah.


3. Kemudian klik perkataan "File" dan korang akan dapat setting seperti di bawah. Saya guna Microsoft Office 360 ProPlus, sebab tu setting Microsoft saya berbeza. Tapi bukan bermakna saya nak korang dapat setting yang sama macam Microsoft yang saya guna ni, cuma setiap setting Microsoft mesti ada setting "Options" seperti gambar di bawah ini. Apa lagi, klik lah situ.


4. Selepas buka setting "Options", korang akan dapati banyak lagi setting seperti gambar di bawah. Jadi, klik pada setting "Save" pula. Di bahagian "Save AutoRecovery information every ... minutes" itu, apa kata korang ubah jadi 1 minutes. Bukan apa, sebagai keselamatan fail korang juga. Okay bila dah ubah, di bahagian setting "AutoRecover file location" di sinilah tempat di mana fail recovery korang terletak.


Setiap orang berbeza-beza auto recover file location, jadi bukan bermakna satu tempat saje tau untuk auto recovery. Apa kata korang ubah fail auto recover location tu. Bukan apa, nanti senang sikit korang nak cari. Jangan jadi macam saya. Suka ubah-ubah, akhirnya susah nak cari. Okaylah itu saje saya nak share. Kepada sesiapa yang tak paham nanti, silalah pm Facebook saya ye. Maklumlah saya dah jarang update blog. Sekian.

Monday, July 18, 2016

Pemilihan Terbaik Trifold Wallets

Assalamualaikum.

Topik entri kali ini akan berkisarkan mengenai jenis wallet yang bersesuaian untuk anda yang minimalist. Basically mereka yang minimalist menggemari rekaan yang simple.

Dan apabila menyentuh mengenai rekaan wallets pula, kini terdapat pelbagai rekaan wallets  yang terkini boleh anda temui di pasaran. Ada belt wallets, bifold wallets, trifold wallets, money clip wallets dan banyak lagi.

Well, tahukah anda bahawa banyak kajian menunjukkan bahawa pemilihan wallet boleh memberikan gambaran mengenai personality si pemakai. Oleh itu, jom kita lihat apakah jenis wallets yang paling sesuai dan digemari oleh anda yang minimalist ;

 Jenis Wallets untuk Anda yang Minimalist

Koleksi wallets yang digemari oleh ramai minimalist biasanya boleh anda temui dalam pilihan safe colours seperti coklat, hitam, putih dan biru tua.




Selain pilihan warna yang selamat, rekaan wallets juga biasanya simple dan tidak terlalu sarat. Biasanya koleksi wallets pilihan minimalist tidak bercorak.

Ciri-ciri yang berikutnya adalah koleksi wallets yang multipurpose atau serba boleh. Seorang individu yang minimalist biasanya lebih gemar menggunakan koleksi wallets yang boleh memuatkan segala barangan peribadi mereka.




Dan point yang terakhir adalah koleksi wallets yang mudah dibawa dan praktikal. Salah satu jenis wallets yang sering menjadi pilihan ramai wanita minimalist adalah koleksi clutches. So what’s yours?


.: Trendy Fashion Just For You. Express Your Self-Confidence :.

Sunday, January 10, 2016

Tutorial : Install Huruf Jawi Melayu Ke Dalam Laptop / Komputer (Cara Ke-2)

Assalamualaikum.

Masih ingat lagi dengan tutorial Install Huruf Jawi Melayu yang pertama? Okay, memandangkan ada yang pm saya kenapa tutorial tu tak boleh nak install, jadi saya buat tutorial kedua ini. Diharapkan selepas ini semua orang boleh install tulisan Jawi ke dalam laptop / komputer. Kemungkinan tutorial kedua ni agak susah nak buat tapi jika paham setiap langkahnya, ia terlalu mudah dari tutorial yang pertama tu. Seperti biasa, jika tak paham langkah di bawah ini boleh tanya pada saya.

1. Sila klik semua link ini dan download.

JAWI BIASA | JAWI FARSI | JAWI KUFI 1 | JAWI NASKH 1 | JAWI NASK 2

2. Selepas download, buka fail dalam laptop / komputer yang mengandungi fail yang didownload tadi. Copy semua fail tadi.


3. Buka My Computer / This PC > Local Disk (C) > Windows > Fonts.

4. Paste fail yang dicopy tadi ke dalam fail "Fonts.

5. Tukar setting language di taskbar laptop / komputer kepada AR (Arab Saudi) ataupun Arabic (Saudi Arabia).

6. Buka Microsof Word. Di bahagian fonts Microsoft Word, sila pilih fonts "Jawi - Biasa".

Sila simpan panduan di bawah untuk menulis Jawi.

ض : q
ص : w
ث e : nya 
ق : r
ف : t
غ : y
ع : u
ه : i
خ o : cha
ح : p
ج : ]
د : [
ذ : \
ش : a
س : s
ي : d
ب : f
ل : g
ا : h
ت : j
ن : k
م : l
ك : ;
ط : '
ئ : z
ء : x
ؤ : c
ر : v
لا : b
لآ : shift + b
ى : n
ة : m
و : ,
ز : .
ظ : /

Ada sesetengah huruf jawi Arab tidak boleh taip jadi boleh menggunakan font lain di dalam Microsoft Word tapi masih mengekalkan penggunaan language " Arabic (Saudi Arabia). Kemungkinan cara ni agak susah tapi sebenarnya lagi mudah kerana tidak perlu menggunakan On-screen keyboard. Selamat mencuba.

Saturday, January 9, 2016

Tutorial : Install Huruf Jawi Melayu Ke Dalam Laptop / Komputer

Assalamualaikum.

Pertama sekali, maaf sesangat saya dah jarang update blog ini kerana saya lebih utamakan apa yang lebih utama. Berkenaan dengan tutorial haritu yang saya janjikan dalam Facebook, di sini saya sediakan entrinya. Seperti biasa kepada sesiapa yang tak paham mengenai tutorial ini, ajukan soalan pada saya ye. Jangan diam-diam malu pula. Okay nah cuba dulu ye. Ini untuk Microsof Word 2007.

1. Buka link di SINI. Selepas itu, klik 'Download'.




2. Selepas itu, install software yang didownload tadi.

3. Di bahagian depan taskbar laptop/komputer, di sebelah kanan bawah ada setting language kan. Pastikan setting language laptop/komputer sudah diset kepada AR (Saudi Arabia). Jika setting language "jawi-keyboard-sirim" tidak keluar, restart laptop/komputer semula.

4. Selesai restart, tengok semula di depan taskbar laptop bahagian language. Nanti akan ada "jawi-keyboard-sirim". Klik padanya.

5. Buka microsoft word. Memandangkan pelekat jawi Melayu tidak dijual lagi, gunakan software "On-screen keyboard" yang sudah sedia ada dalam laptop/komputer masing-masing sebagai panduan untuk korang menaip huruf jawi. Untuk menaip huruf jawi, huruf-huruf jawi akan muncul apabila butang Shift ditekan (pada keyboard).

Contoh menaip : KUCING

Kaf Wau Cha Ya Nga : Kaf (;) Wau (,) Cha (Shift+a) Ya (n) Nga (Shift+s)

Boleh ke kawan-kawan semua? Kalau tak boleh, inform saya ye. Mungkin ada sesetengah laptop tidak boleh menggunakan software ini. Kepada sesiapa yang tidak boleh install tu, maafkan saya sebab tidak boleh tolong. Kalau ada versi lain nanti, saya akan inform lain ye. Selamat mencuba.

Friday, January 8, 2016

Video Rumah Dato' Seri Vida, Rumah Dato' Aliff Syukri & Rumah Puan Rita Dato’ Sosilawati

video


video


video


Subhanallah. Besarnya rumah mereka. Mereka inilah inspirasi saya untuk terus tetap dalam dunia bisnes. Insya-Allah. Doakan perniagaan saya maju jaya ye. Aamine.