Lazada Malaysia

Saturday, June 13, 2015

Home » Bermula Cuti Semester Selama 3 Bulan

Bermula Cuti Semester Selama 3 Bulan

Assalamualaikum.

Hi, apa khabar semua? Wah dah lama tak jenguk blog saya yang mentah dan terbiar ni. Dan tadi ingat nak tukar background blog dan nak letak lagu dalam blog ini. Nampaknya saya dah sedikit kekok bila nak edit kod. Berpinar-pinar cari kod sebab dah tak ingat kedudukan, akhirnya tak jumpa. Uwaaa layakkah saya digelar sebagai blogger lagi? Nampaknya saya kena godek tutorial blog semula dan belajar edit kod. Insya-Allah saya akan cuba cepat belajar dan saya tak nak disebabkan saya dah lama tak buka blog, jadi saya dah hilang semua ilmu edit kod blog.

Dalam 3 bulan ini juga, saya akan berusaha untuk update blog saya ini selalu. Insya-Allah doakan saya ye dapat update seperti biasa. Buat pengetahuan semua, sekarang saya update blog guna komputer rumah sebab laptop saya buat hal.

Dan sekarang ini saya sedang mencari laptop yang berbaloi untuk saya beli. Harga target, bawah RM 2,000. Bajet ciput sebab tak pinjam PTPTN. Mengharapkan duit dermasiswa Perak yang support. Jadi, agaknya laptop apa yang sesuai untuk saya beli ye? Kalau boleh, jangan suggest Macbook sebab saya nak guna laptop untuk buat assignment. Dan jangan suggest Compaq sebab saya fobia guna laptop ni. Haaa ada suggestion ke? Komen sini ye... Tq.

1 sweet comments:

dya bunga said...

xnk cuba ASUS ke?? harga pun ada yang bwh rm2000