Lazada Malaysia

Tuesday, April 7, 2015

Home » Dapat Anugerah Dekan Untuk Semester 1 Tahun 2014

Dapat Anugerah Dekan Untuk Semester 1 Tahun 2014

Assalamualaikum.

Update, update, update. Ya Allah, sejak saya masuk belajar semula ini bukan kemain saya sibuk sampaikan sekarang baru nak update. Masih layakkah saya digelar blogger? Sehinggakan saya biarkan blog saya begitu saje. Sebagai penuntut ijazah, saya terlalu sibuk dengan pelajaran saya. Bukan setakat sibuk dengan pelajaran, akan tetapi saya sibuk dengan bisnes jualan topup saya. Ini kisah dululah, sekarang ini saya sudah berhenti menjual kerana banyak sangat penipu-penipu yang tak bayar. Aduyai, fobia kalau kena camni.

Nak dijadikan cerita, pada pertengahan semester kedua saya ini saya dapat satu berita yang buat saya gembira dalam bulan ini iaitu anugerah dekan. Sebenarnya saya tak tahu anugerah dekan ini dari pointer berapa ke berapa. Akan tetapi bila saya rujuk senarai nama dekan di dalam gambar bawah ini, seronok tak terkata saya jadinya.



Dekan!
Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!

Terima kasih ya Allah. Terima kasih mama, abah dan famili yang sentiasa support saya. Terima kasih juga kepada rakan² sekelas yang sentiasa support saya terutama kepada rakan study group saya. Dengan doa kalian semua, saya berjaya. Insya-Allah saya akan cuba kekalkan untuk semester 2 ini. Allahummaamin. Bittaufiq wannajah.

2 sweet comments:

Syazwani Zunidan said...

Tahniah kak solehah . Ingatkan ijazah pointer 3.7 keatas baru dekan . Rupanya 3.5 ke atas pun dekan . Pape pun tahniah yee (:

Solehah Shamsuddin said...

@Syazwani Zunidan Ye dik. Akak pun tak sangka dapat. Cuma akak kena berusaha lagi untuk dapat anugerah rektor, sem ni tak dapat sebab sikit lagi nak lepas. Anugerah rektor 3.9 keatas. Takpelah, akan akak cuba untuk sem 2 ini. Insya-Allah.