Lazada Malaysia

Wednesday, July 16, 2014

Home » , » Review Bersama Ephyra. Berkesankah Ephyra?

Review Bersama Ephyra. Berkesankah Ephyra?

Assalamualaikum.

Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada Ephyra dan kak Mialiana.com kerana memilih saya sebagai pemenang tempat ketiga untuk Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga. Saya dapat hadiah wang tunai, sekotak Ephyra (30 sachets) dan t-shirt ekslusif Ephyra.





Ephyra tersergam di sana-sini,
Menjadi idaman setiap masa,
Andai sesiapa yang ingin mengenali,
Inilah produk kebanggaan Malaysia.

Bak kata orang, sesiapa yang tidak pernah cuba menggunakan produk Ephyra ini akan rugi. Ini kerana terdapat banyak khasiat yang kita boleh dapat melalui pengambilan Ephyra. Nak tahu apa khasiat yang boleh anda dapat? Jom baca penjelasan daripada saya di bawah.


Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen, yang paling sedap, dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato) yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Antara khasiat yang terkandung dalam Ephyra ini ialah kolagen ikan laut dalam, buah Acai, gam akasia, L-glutathione, Astaxanthin, serbuk tomato, Acerolla ceri, marigold bunga ekstrak dan Superberry.


Terlalu banyak khasiat dalam Ephyra ini kan. Boleh dikatakan 100% khasiat yang diperlukan dalam badan ada di dalam Ephyra. Ini bukannya kali pertama saya minum Ephyra. Tapi ini sudah kali ketiga saya minum Ephyra. Nak tahu apa kesan pengambilan Ephyra kepada saya? Jom baca review di bawah setelah pengambilan Ephyra ini.

1. Seperti review saya sebelum ini untuk kotak pertama dan kotak kedua, kesan yang saya beritahu pada review dahulu masih kekal sehingga sekarang. Untuk review pertama saya dulu ialah kulit muka & kantung bawah mata makin cerah, tenaga bertambah di waktu pagi & malam dan alergik vitamin C hilang. Untuk review kedua saya dulu pula ialah kadar metabolisme saya semakin bertambah dan sistem pelawasan berjalan lancar, rambut saya kurang gugur selepas minum Ephyra dan mengurangkan masalah resdung. Kesemua kesan pengambilan Ephyra ini masih kekal dari dulu sehingga sekarang. Alergik dan apa-apa yang saya nyatakan dalam kedua-dua review ini tidak pernah berulang kembali kepada saya dan ia meyakinkan saya bahawa Ephyra memang berkesan dan semua orang mesti cuba. Ephyra boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan. Itu yang terbaik!
2. Berikut adalah gambar selfie saya sebelum dan selepas penggunaan Ephyra selama sebulan.

Sebelum 


Selepas



Semakin cerah muka saya kan? Walaupun kecerahan muka saya tidak begitu ketara, tetapi ia boleh dilihat dengan perbezaan tona kulit muka saya. Yang paling penting, tona kulit tangan saya juga semakin putih berbanding dulu. Saya terlupa nak snap gambar tangan saya sebelum dan selepas. Tetapi memang semakin putihlah. Tengoklah tangan saya dalam gambar di atas, kecerahan kulit tangan saya sudah sama dengan kecerahan muka saya. Ewah, makin cun orang kata! Sesiapa yang nak tangan putih melecun macam saya ni, jom pakat beli Ephyra ramai-ramai. Alang-alang menyeluk pekasam dah nak dekat raya ni, elok sangatlah tu korang beli Ephyra. Jadikan diri korang putih, biar saudara-mara korang jeles. Nanti diorang boleh ikut jejak langkah tips kecantikan korang tu. Haaa gitu...

3. Sejak di bulan Ramadhan ini, pasti ramai orang akan seperti kekurangan tenaga kerana tiada sumber yang cukup untuk meningkatkan tenaga. Maklumlah sumber tenaga dari makanan dan minuman berkurangan. Apa kata kepada sesiapa yang terasa seperti selalu penat dan tidak bermaya untuk melakukan sebarang kerja ketika di bulan Ramadhan, ambil secawan Ephyra ketika bersahur dan berbuka sebagai supplement tambahan untuk tenaga. Insya-Allah akan terasa perbezaannya. Saya pun minum Ephyra ini ketika sahur dan berbuka. Alhamdulillah tenaga yang saya dapat bertambah-tambah dari kebiasaannya. Jujur ni, jujur. Kalau nak jadi seperti saya, ikutlah jejak langkah saya ini ye.


4. Sistem pelawasan bertambah baik dan berat badan menurun sebanyak 5 kg. Inilah review daripada saya yang dari tadi saya nak cerita. Berat badan saya bukannya turun mendadak sebanyak 5 kg sekaligus tapi dalam masa 5 hari saya menggunakan Ephyra pasti dalam 1 kg begitu berat badan saya akan menurun. Berat saya menurun bukannya atas faktor puasa, padahal saya masih makan nasi dalam kuantiti yang sama ketika bersahur dan berbuka. Maksudnya, kuantiti nasi yang saya ambil ketika hari bukan puasa masih sama dengan kuantiti nasi yang saya ambil ketika puasa. Sebenarnya saya tak suka diet nasi kerana jika saya tak jumpa nasi dalam sehari, pasti nafsu makan saya untuk hari berikutnya akan membuak naik. Jadi kerana itu, saya masih makan nasi dalam pengambilan yang konsisten setiap hari. Alhamdulillah walaupun saya tak pernah skip pengambilan nasi pada setiap hari, saya masih mampu menurunkan berat badan saya.


5. Air oren menjadi pilihan saya setiap hari setelah segala alergik vitamin C saya hilang dengan pengambilan Ephyra buat kali yang pertama. Air oren telah menjadi pilihan utama saya ketika di restoran mahupun di rumah pada masa kini, maklumlah kempunan punya pasal setelah bertahun-tahun saya menghidap alergik vitamin C. Dengan bantuan Ephyra, saya sudah mampu minum air oren tanpa sebarang keraguan ataupun takut. Yang paling best, Tropicana Twister telah menjadi air kegemaran saya setiap hari. Setiap hari saya mesti akan minum air ni. Ephyra memang terbaik!

 

Inilah review saya setelah pengambilan Ephyra selama sebulan.
Untuk sebarang pembelian Ephyra, sila hubungi :


Laman Web :

Fb Fanpage :

Twitter :

Instagram :

No.Telefon :
03-41417889 / 019-3999238

E-mel :
info@oceanlife2u.com

10 sweet comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Ephyra memang sedap! Suka sangat sangat! Apapun, ena nk ucapkan tahniah sebab menang contest.. wahhhh

nor nazliana said...

all the best sis..

Mas Zull said...

assalamualaikum solehah....selamat berjaya...;)

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Ephyra mmg terbaik kan.. good luck yer nanti..=D

Mimi Azirah said...

good luck

Syiera Firdaus said...

GOOD LUCK..

Syiera dari giveaway sama
http://sayasyiera.blogspot.com/2014/07/review-selepas-30-hari-ephyra-ternyata.html

IzZa HaDi said...

Hi all!
Berminat nak mencuba Ephyra?

Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) Beli 2 atau lebih lagi murah!! Contact saya untuk info lanjut, confirm terkejut sebab HARGA BEST sgt!

Yours truly,
Izza (Pengedar Sah Ephyra)
0192198619
izza_grrl@hotmail.com

Norhasniza Khalid said...

kesan dia best kan, mama singgah dari segmen yang sama.. :) semoga berjaya

Mia Liana said...

Salam, terima kasih kerana sudi menyiapkan entri review Ephyra sendiri.

Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari Jumaat 15 Ogos 2014 (telah dipinda atas permintaan Puan Amiza)

Good luck ya... (^_^)

Mia Liana said...

Salam,

Tahniah ya... (^_^)

http://www.mialiana.com/2014/08/pengumuman-pemenang-fasa-kedua-giveaway.html