Lazada Malaysia

Monday, July 21, 2014

Home » , » Apa Yang Korang Boleh Shopping Di Zalora Malaysia Dengan RM112

Apa Yang Korang Boleh Shopping Di Zalora Malaysia Dengan RM112

Assalamualaikum.

Baru-baru ini saya ada shopping di Zalora sempena hari raya yang bakal menjelang tiba. Sakan sungguh saya shopping raya sehingga kesemuanya mencecah RM 112. Ini kira ok sebab saya beli barang yang ada diskaun + guna voucher. Saya ini memang cerewet dalam bab harga. Saya hanya akan pilih barang yang berbaloi dengan harga, sebab itulah berhari-hari saya mengadap laman web Zalora ini untuk pilih. Konon nak jimat, tetapi beratus juga yang kena. Tak mengapa, belanja untuk famili saya juga.


Terima kasih Pos Laju Teluk Intan yang tak jemu-jemu singgah ke rumah saya ini. Saya kan pengguna setia Pos Laju, sampaikan abang Pos Laju tu dah kenal nama dan muka saya ini. Muka wanted sungguh! Kali ini Pos Laju bawa kotak Zalora. Muka saya yang hepi ni terus capai kotak Zalora dan sign tanda saya sudah terima parcel ini. Horeyyy!


2 PU Leather Belt & 2 Clutch With Tassel


Inilah barang yang saya order. Amboi, nampak tu ketamakan saya sampai order banyak-banyak. Eh, bukanlah. Sebenarnya saya order ini untuk saya, abah, mama dan adik saya. Saya belanja sempena hari raya yang bakal menjelang tiba. Bukan senang nak belanja, jadi inilah masanya kan.


PU Leather Belt. Tali pinggang ini smart sungguh. Yang penting abah saya suka. Simpan lagi satu, tunggu adik saya balik rumah. Nak tengok reaksi dia pula nanti.


Clutch With Tassel. Ini pula beg mama dan saya. Saya order dua jenis beg yang sama kerana citarasa kami serupa. Beg ini pun elegen sungguh sampaikan mama bagitau nak guna beg ini untuk jamuan dan majlis rasmi sahaja. Saya pula nak guna beg ini untuk hari raya nanti. Nak bawa kemana lagi kan, saya bukannya kerja lagi. Jadi guna untuk berjalan sajelah.

Terima kasih Zalora kerana tawarkan diskaun yang murah pada saya ketika shopping. Eh, jom lawat laman web Zalora. Banyak lagi barang yang masih dalam diskaun. Cepat-cepat beli sebelum kehabisan stok.

2 sweet comments:

sYiRa LoKMaN said...

SYIRA TENGAH TUNGGU BARANG DR ZALORA SAMAI NI :d GUNA VOUCHER JE...TAK NAK TAMBAH DUIT..HEHE..

aswa leyla said...

kite tak pernah shopping kat zalora . mgkin nanti bleh cuba .