Lazada Malaysia

Friday, June 13, 2014

Home » Terima Kasih Ya Allah Kerana Selamatkan Kami

Terima Kasih Ya Allah Kerana Selamatkan Kami




Allahuakbar. Malam tadi solehah, adik solehah dan mak solehah hampir kemalangan disebabkan terlanggar kon petak yang orang buat jalan tu berada di tengah jalan. Kon tu berada di tengah kemungkinan kerana ada orang lain yang dah terlanggar kon tu, jadi ia terpelanting di sebelah jalan kami pula. Tiada lampu liplap yang selalu orang guna untuk buat jalanraya di situ. Lampu jalanraya pun tiada di situ juga, jadi kawasan tu memang gelap. Lampu kanan kereta dan bumper depan kanan kereta kami pecah. Kon petak yang kami terlanggar tadi pula terpelanting di sebelah jalan bertentangan kami dan hampir terkena kereta bertentangan kami. Alhamdulillah kereta bertentangan dapat elak cepat kon tu dan kereta tu pun terhenti. Kami dalam perjalanan balik ke rumah ketika itu. Sebelum kami bertolak tadi, banyak petunjuk yang Allah bagi. Burung terbang rendah dan terlanggar kereta kami sampai burung tu mati, kucing melintas secara tiba-tiba dan kami sempat break emergency, dan anjing pula melintas slow dan kami sempat elak. Allahuakbar, solehah bersyukur kerana Allah selamatkan solehah, adik solehah n mak solehah. Ya Allah, rupanya ini jawapan kepada keresahan yang solehah dapat semalam dan kelmarin. Rupanya ada sesuatu yang akan jadi.

2 sweet comments:

Farah Waheda Wahid said...

Alhamdulillah, segalanya selamat... Terima kasih Allah...

Wanie Zunidan said...

Kadang kadang rasa dihati itu ada benarnya .