Lazada Malaysia

Tuesday, May 27, 2014

Home » Selamat Hari Lahir Yang Ke-24 Buat Saya

Selamat Hari Lahir Yang Ke-24 Buat Saya

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik dah genap umur saya yang ke-24 untuk hari ini. Sekejap saje masa berlalu, semakin bertambah umur saya setahun lagi. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana memberi saya peluang untuk terus menyambut hari lahir saya pada tahun ini. Apa yang saya sedar sekarang, semakin lama saya merasakan diri saya ini semakin matang. Ya, saya sedar sekarang yang saya semakin matang kerana saya sudah tidak suka kepada aktiviti kebudak-budakan. Paham-paham sajelah aktiviti apa yang saya maksudkan. Syukur kerana saya berjaya mengubah diri saya sendiri dan dibantu dengan nasihat daripada si dia. Terima kasih abang.

Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang ada beri ucapan hari lahir saya di Facebook, Wechat, Whatsapp, handphone, blog dan emel. Saya tahu ucapan yang diberikan terlalu banyak dan saya akan berusaha reply semuanya secepat mungkin. Terima kasih buat semua.




Pada tahun ini, saya tiada sebarang harapan tinggi. Hanyalah impian saya ingin berusaha dan tetap teguh istiqamah dalam perubahan saya kepada yang lebih baik. Kawan-kawan, doakan saya supaya saya dapat meningkatkan keimanan saya lagi dan dapat menyebarkan dakwah kepada semua. Insya-Allah. Berusaha dan terus berusaha.

Sebelum saya terlupa, saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Israk dan Mikraj 1435H buat semua pembaca blog ini. Semoga Allah memberi sinar kebahagiaan buat kita semua. Aamine.

5 sweet comments:

Liyliz said...

ALHAMDULLILAH. SELAMAT HARI LAHIR YG KE 24 YE kak

cik violet said...

Selamat hari lahir. Semoga dimurahkan rezeki dan panjang umurnya :)

are_lin@yu said...

happy besday solehah ;-)

Murah Gerek said...

selamat hari lahir solehah... semoga sihat sentiasa.. diberikan kebahagiaan didunia dan di jannah jugak.. =)

ain samadi said...

Sanah Helwa ye adik solehah ustaZah ucapkan.. Bertambahnya umur kita menandakan semakin hampir kita menuju Allah