Lazada Malaysia

Thursday, May 22, 2014

Home » Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan


Perhatian : Kepada seluruh warga Teluk Intan, Perak 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan yang disiarkan media telah menetapkan tarikh berikut bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan (P76).

19 Mei - Penamaan Calon (Isnin)
27 Mei - Pengundian awal (Selasa)
31 Mei - Hari Pengundian Biasa (Sabtu)

SPR turut memaklumkan bahawa tempoh berkempen adalah selama 11 hari. Kerusi Parlimen Teluk Intan (P76) kosong selepas penyandangnya, Seah Leong Peng daripada DAP meninggal dunia pada 1 Mei lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya akibat kanser.


CALON

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini, ditutup pada 10 pagi 19 Mei 2014. Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka iaitu calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.



DAP : Dyana Sofya Mohd Daud (27 tahun)
BN : Mah Siew Keong (53 tahun)


SEMAKAN DAFTAR PEMILIH & LOKASI MENGUNDI


Pusat Mengundi Saya : Sek.Keb. Tebok Banjar, Teluk Intan


Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi Tidak Hadir Luar Negara layak mengundi pada PRK itu.

Marilah mari.. Kita mengundi..
Tunaikan kewajipan.. Pada negara..

1 sweet comments:

Farah Waheda Wahid said...

mesti teluk intan tengah sibuk betul sekarang ni kann???