Lazada Malaysia

Friday, May 9, 2014

Home » Nasyid : Dima Bashar & Muhammad Bashar (نشيد : ديمة بشار دان محمد بشار)

Nasyid : Dima Bashar & Muhammad Bashar (نشيد : ديمة بشار دان محمد بشار)

Assalamualaikum.

Sebenarnya sudah lama saya suka dengar nasyid daripada Dima Bashar dan Muhammad Bashar. Jika tidak silap saya sejak tahun 2010. Ketika itu Dima Bashar masih kecil lagi, sekarang Dima sudahpun menjangkau umur 13 tahun. Mulai dari tahun lepas, Dima Bashar mengambil keputusan untuk bertudung dan juga kemungkinan Dima Bashar akan berhenti menyanyi pada tahun hadapan. Lagu pertama yang membuatkan saya mengenali Dima Bashar ini ialah melalui lagu رغودة وديمة. Pabila dengar lagu ini, saya terus jatuh cinta pada penyanyi cantik dan comel ini.

Dimah binti Bashar bin Qadri Arafat (Arab ديمة بشار قدري عرفات) atau terkenal dengan Dima Bashar (lahir di Kota Nablus, Palestin pada 10 Oktober 2000) adalah seorang penyanyi nasyid berkewarganegaraan Jordan yang berdarah Palestin. Dima Bashar bergabung dengan Syarikat Toyour Al-Jannah pada akhir tahun 2008. Dima telah banyak membuatkan nasyidnya mencatat peratusan undian majoriti tinggi. Dima Bashar ialah adik dari seorang penyanyi nasyid Muhammad Bashar. Selain menjadi penyanyi, dia juga aktif sebagai pengacara dari beberapa rancangan pertandingan kuiz berhadiah dari Syarikat Toyour Al-Jannah (طيور الجنة) seperti “Bernamij Asykal Alwan(برنامج أشكال ألوان) dan Fawazirna (فوازيرنا).


Berikut adalah senarai nasyid yang dinyanyikan oleh Dima & Muhammad Bashar :

TERBITAN : TOYOR AL-JANNAH

ديمة بشار



محمد بشار



محمد وديمة بشار 




TERBITAN : NOON


ديمة بشار

ديمة بشار و لين الصعيدي

محمد بشار

محمد وديمة بشار

محمد بشار و أحمد الزميلي

4 sweet comments:

9n0L4 said...

lame benor dh tak dgr lagu nasyid ni. slalu tgk tv je. :)

Yumida Huda said...

byk lagu dia solehah. umur masih muda. tp muzik nasyidnya berkembang

Yumida Huda said...

byk lagu dia solehah. umur masih muda. tp muzik nasyidnya berkembang

dya bunga said...

Banyaknya lagu walaupun masih muda