Lazada Malaysia

Monday, May 5, 2014

Home » » Arked Man, Sg. Besar, Selangor

Arked Man, Sg. Besar, Selangor


Pada 27 April yang lepas, kami pergi ke Sg.Besar, Selangor. Abah jadi driver kami semua. Bila saya dan mama saya sudah keluar dari kedai Arked Man, abah tengok kami beli baju raya lagi.


Abah : Banyaknya baju. Dah habis borong ke?
Saya : Dah abah. Nanti kalau tak beli, raya nanti nak pakai apa...
Abah : Senang beli jubah kaler hitam saje. Orang perempuan kalau beli baju, lama betul nak memilih. Warna ini tak cantik, warna itu tak cantik. Padahal dalam almari besar di rumah, penuh dengan baju mama dan kakak saje. Tau tak, abah dan Wan dah kenyang makan tengahari dan cendol lagi. Sedap. Lepas ini nak pergi mana lagi?
Mama : Lepas ini, kita pergi kedai tudung. Abah belanja ye.
Abah : Eh, tadi kata dah habis borong?
Mama : Abahnya kalau beli baju raya kaler lain-lain, takkanlah tudung tak beli...
Abah : Senang beli kain pasang bercorak-corak tu terus. Buat satu sut tudung baju dan kain, boleh jadi pasukan boria. Haha kan wan kan?
Wan : Betul! Hahaha... Baru meriah hari raya nanti...
Mama & Saya : Abah ni... -_-


Terlalu banyak kelengkapan pakaian yang ada di sini. Berbaloi jika singgah di sini.
Berikut adalah alamat banggunan Arked Man Sungai Besar, Selangor :

No 1,3,5,7 & 9 Jalan SBBC 5,
Sg Besar Bussines Centre,
45300 Sg Besar,
Selangor Darul Ehsan.

2 sweet comments:

CikLa Shahril said...

salam... sg besar tu kg kita tu.... heheh....

Nadratul Syazwana said...

Amboi? Dah start shopping raya ke? Hihi mesti lawa lawa kan baju tahun ni