Lazada Malaysia

Thursday, April 3, 2014

Home » » Makan-Makan Di Yemen Restaurant, Manjung, Perak

Makan-Makan Di Yemen Restaurant, Manjung, Perak

Assalamualaikum.

Pada hari Ahad yang lepas, 30 Mac 2014 saya dan keluarga pergi ke sini untuk makan malam. Saya boleh beri 4/5 bintang untuk restoran ini. Kami order Mendy Lamb, Barbican & Shawarma. Yang terbaiknya, kambing yang dimasak bersama nasi mandi tu sedap sangat. Lembut dagingnya. Kita boleh makan dagingnya sehingga habis. Inilah ciri-ciri makanan yang terbaik. Jom tengok gambar di bawah lagi.


Ini tempat khas kalau nak merasa makan di tempat yang bercirikan Arab. Masa ini tempatnya sudah penuh orang duduk, mungkin lain kali kami boleh duduk di sini.


Meja dan kerusi sangatlah ringkas tetapi masih bercirikan Timur Tengah.


Mendy Lamb. Bila tengok ini, jadi kempunan nak makan lagi.
Wahai perut, sabar ye.


Barbican perisa delima.


Konsepnya ringkas dan masih melambangkan ciri-ciri Restoran Arab.




Shawarma. Sejujurnya saya paling suka makan ini. Sedap...


Nampak periuk kan? Tempat ini untuk sesiapa yang nak makan kari.
Tapi kami tak ambil kerana makanan kami tidak memerlukan kari.


Sebelum balik, haruslah snap pintu gerbang Restoran Yemen ini dulu.
Jumpa lagi di lain hari.

Harga Makanan

Mendy Lamb : RM 10 / pinggan
Barbican : RM 4 / botol
Shawarma : RM 7 / pinggan

Alamat

Pusat Bandar Manjung Seksyen 3, 32040 Seri Manjung, Perak.
(belakang Horizon Garden Restaurant)

No. Telefon / Whatsapp

013 - 4344300

5 sweet comments:

Azney Shamsuddin said...

ermmm sedapnyaaaa kat sini takde..kalau ada dah pergi try hehehe

Cinta hazanis said...

Yum yummmm.. dah la perut kosong ni. :(

permatabiru said...

nmpk sedap dan menarik..saya suka makanan arab mandy2..

Yana Libra said...

nampak menarik..nasib baik baru lepas lunch..hehe~

Mohd Farid Ahmad said...

aDASDASFDSADFSACSAC