Lazada Malaysia

Saturday, March 29, 2014

Home » Ceramah Agama Oleh Ustaz Mohd. Kazim Bin Elias Al-Hafiz

Ceramah Agama Oleh Ustaz Mohd. Kazim Bin Elias Al-Hafiz

Ceramah Agama oleh Ustaz Mohd. Kazim Bin Elias Al-Hafiz
Menara Condong Teluk Intan, Perak
21 Mac 2014 
8.30 malam











Dulu dapat peluang berjumpa secara berhadapan dan dapat bersalam dengan Ustazah Norhafizah Musa (Official). Kali ini dapat bersemuka dan dapat mengambil gambar berhadapan dengan Ustaz Mohammad Kazim Elias. Ya Allah, terima kasih untuk peluang ini. Semoga apa yang ustaz sampaikan dalam ceramah memberi input yang bermanfaat untuk semua. Terima kasih ustaz kerana sudi datang ke Menara Condong Teluk Intan.

Intipati Ceramah


  • Allah itu ada. Tetapi kenapa Allah banyak menurunkan musibah pada kita sekarang?

- Sebelum ini kita asyik seronok dan leka dengan kehidupan. Jadi kita tidak kembali pada Allah. Maka kembalilah semuanya kepada Allah. Semua orang diuji mengikut kesesuaian dan keupayaan seseorang. Semakin tinggi iman kita, semakin banyak Allah uji kita.

- Ada orang kaya yang mungkin tidak mengeluarkan zakat. Sebab itu kita diberi bala dan musibah yang bertimpa-timpa di negara kita ini.

- Allah mahu uji kita, siapa yang paling baik amalannya. Allah nak uji iman kita. Banyak orang sihat akan solat, tetapi bila sakit tidak solat dan lupakan Allah. Banyak orang lapang akan solat, tetapi bila sibuk tidak akan solat dan tidak ingat Allah. Banyak orang miskin akan solat, tetapi bila sudah kaya mereka melupakan Allah.

- Ujian ini bukannya tanda Allah bencikan kita tetapi Allah ingin naikkan darjat keimanan kita. Jika kita diuji dan sakit, janganlah mudah dan cepat melatah. Seperti : Adui, sakitnya ya Allah. Jadi kita kena banyak bersabar. Sabar sahaja. Insya-Allah Allah akan berikan sesuatu yang baik lagi di kemudian hari.

- Pelbagai ujian Allah beri pada kita. Seperti ujian sakit. "Ustaz Kazim selalu sakit". Hikmahnya "ustaz kazim selalu sakit" ialah ustaz dapat ramai kawan. Bila kita sakit, Allah akan hapuskan dosa kita. Allah bagi kita sakit supaya kita balik kepada Allah. Bila kita sakit, kita ingat dosa kita. Jadi ketika kita teringat dosa kita, kita akan insaf dan ingat pada orang lain yang sebenarnya ada orang lebih teruk sakitnya daripada kita.

- Orang perempuan banyak diuji. Orang perempuan tahan dengan semua kesakitan mengandung, bersalin dan menjaga anak. Sebab itu orang perempuan mudah masuk syurga. Orang lelaki susah nak masuk syurga.

- Orang perempuan lebih kuat ketahanan dan kekuatan daripada lelaki. Jikalau tidak, Allah tidak akan beri orang perempuan mengandung, bersalin dan menjaga anak. Bukan itu sahaja, kadang-kadang jika seseorang anak perempuan itu lambat kahwin mesti ada yang mengata. Jika anak perempuan kahwin cepat, dikatanya menggatal. Kesian orang perempuan.

  • 3 nikmat dalam syurga :

- Kebun yang cantik. Di dunia ini, kita sering berebut tanah. Jadi uruslah tanah dengan sebaiknya. Jangan sampai menyeksa pihak yang berhak dalam urusan ini. Jika kita mengikut apa yang dipandukan syarak, Insya-Allah kita akan dapat nikmat ini.

- Bidadari. Di dunia ini, manusia selalu rebut wanita. Didiklah isterimu, insya-Allah nanti di akhirat Allah akan berikan bidadari yang cantik.

- Gelas-gelas yang hebat. Di dunia ini, manusia selalu cari makanan dan minuman sahaja, asyik jaga perut sahaja. Carilah makanan dan minuman yan halal, serta bersedekahlah kepada fakir miskin yang kelaparan. Insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran gelas-gelas yang cantik untuk kita nanti.

  • Di syurga, ada 3 jenis wanita iaitu :

- Wanita seperti Siti Khadijah. Wanita seperti ini adalah ketua bidadari di syurga. Jika mereka menjaga solat, puasa, menjaga kehormatan diri (faraj) dan taat pada suami, mereka akan seperti golongan ini.

- Wanita seperti Siti Maryam. Ia dianggap sebegini kerana di dunia ini wanita janda memang banyak ujian. Jika wanita yang berstatus janda ingin seperti ini, maka jagalah anak dan jaga semua suruhan Allah. Maka syurgalah nanti ganjarannya. Jadi kepada sesiapa yang berstatus begini, sabarlah dengan setiap dugaan dan fitnah yang diterima.

- Wanita seperti Siti Fatimah.

  • Abu Zhar suka 3 perkara di dunia ini iaitu lapar, sakit dan mati. "Lapar sucikan hati, sakit penyembuh dosa dan mati kerana boleh berjumpa Allah".

  • Kesimpulan :

1. Selagi hidup, selagi itu ada ujian.
2. Redha dan sabar menerima ujian.
3. Bagi semangat pada orang yang ditimpa ujian.

Jom kita sama-sama tanpa perbezaan parti politik untuk :

1. Pertahankan kalimah Allah.
2. Pertahankan Islam sebagai Agama Persekutuan. Sekarang ada yang meminta kerajaan untuk membenarkan orang Islam murtad, orang Melayu bebas menganut pelbagai Agama dan kahwin sama jenis lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Astaghfirullahalazim.

Penutup : Mari kita amalkan setiap hari dengan membaca ayat dari surah Yaasin ayat 82. Cara membacanya seperti ini :

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ 

(niat dalam hati nak doa mengenai apa)

فَيَكُونُ

* Alhamdulillah, sambutan ceramah ketika ini sangat menggalakkan. Terima kasih Ustaz Kazim kerana sudi datang ke Teluk Intan.

2 sweet comments:

Nurfaezah Abdullah said...

pernah tgk ustaz bagi ceramah dlm tv

Deqla Manjew said...

wahh bestnye solehah pegi.. terima kasih sudi berkongsi ilmu..