Lazada Malaysia

Friday, November 15, 2013

Home » Pengalaman Pertama Interview Sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

Pengalaman Pertama Interview Sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17


  • Pusat Temuduga : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan, Aras 1 Kompleks Islam, Jalan Panglima Bukit Gantang, 30000 Ipoh, Perak.
  • Tarikh Temuduga : 24 Oktober 2013.
  • Masa Temuduga : 8.00 pagi.
  • Jawatan Yang Ditemuduga : Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17.

Assalamualaikum. Rasanya pasti korang ingat lagi yang dulu saya ada pergi interview ni kan. Ketika di sana, saya terjumpa junior saya yang pernah belajar di tempat belajar saya dulu. Sambil kongsi perasaan takut, gemuruh, resah dan gelisah ketika itu, kami sembang sesama sendiri untuk menghilangkan perasaan takut itu. Untung juga ye ada kawan yang boleh tenangkan kita ketika tu.

Selepas interview, saya jumpa pelbagai riak wajah manusia. Ada yang ceria dan ada juga yang biasa-biasa saje. Saya pulak, mood saya stabil. Saya tak tau nak bayangkan perasaan saya selepas interview. Sebenarnya dalam fikiran saya terselit sedikit kerisauan. Bukan risau sebab tak boleh jawab, tapi risau kerana ini pertama kali saya interview. Saya tak tahu sangat bagaimana nak gambarkan perasaan saya ni. Maklumlah, orang cakap kalau pengalaman pertama ni kita baru nak kenal bagaimana suasana sesuatu perkara.

Di sini, saya ingin kongsikan serba sedikit apa yang ditanya ketika interview saya, iaitu :
  • Latarbelakang saya dan keluarga.
  • Mengenai konsep hukum Syariah - Jawapannya : Ibadah, Muamalat, Munakahat, Jinayat
  • Mengenai cabang Jinayat - Jawapannya : Hudud, Qisas, Diyat dan Takzir
  • Kena sambungkan ayat di dalam Juzuk 3
  • Mengapa saya minta pekerjaan ini.
  • Nama penyandang Parlimen dan DUN tempat sendiri.

Di dalam kesemua soalan di atas, saya hanya tidak dapat jawab nama penyandang Parlimen dan Dun tempat saya. Tak tahu kenapa tiba-tiba waktu tu terlupa nama penuh mereka berdua. Nak buat camne lagi, hanya mampu jawab "Maaf tuan, saya tidak ingat". Saya ada bertanya kepada calon-calon yang sudah interview juga. Ternyata soalan mereka berbeza dengan saya. Berikut adalah di antara soalan yang sempat mereka beritahu saya iaitu :
  • Nyatakan rukun wuduk.
  • Nyatakan rukun solat.
  • Nama Pengarah JAIP (Jabatan Agama Islam Perak)
  • Nama Pengarah JAKIM
  • Apakah perbezaan Umrah dan Haji.
  • Rukun Haji.
  • Rukun Nikah ada berapa dan sila nyatakan.

Semoga entri ini dapat memberi kemudahan kepada sesiapa yang akan memohon jawatan ini suatu hari nanti. Kawan-kawan, doakan saya dapat jawatan ini ye. Saya berharap sangat dapat jawatan ini. Terima kasih kerana sudi mendoakan kejayaan saya. Semoga Allah memberi kesenangan buat semua yang mendoakan saya. Insya-Allah. Aamine.

6 sweet comments:

Deqla Manjew said...

jawatan tetap yer solehah? in shaa Allah kalo ada rezeki x ke mana.. moga berjaya ye..

Yumida Huda said...

all d bez buat solehah
nice sharing mana tahu diorg search pasal tebiu ni kan..mmg sgt membantu utk diorg

Cik Nur™ said...

nice sharing solehah....

Cik Aini said...

kalo masa intebiu tu mmg yg dok ingt pun boleh lupa sbb nebes.huhu

LYAfrina said...

Insyallah..mudahan ade rezeki ye..
Jawatan ni byk kna tahu pgthuan agama..
ngus la solehah klo leh jwb smua ni

Che Rosliza Che Mat said...

Mintak2 Solehah dapatlah kerjaa itu...