Lazada Malaysia

Friday, October 11, 2013

Home » Selamat Hari Raya Aidiladha 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 2013

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidiladha saya ucapkan kepada semua yang mengunjungi blog ni terutama kepada GSF tersayang. Hari Selasa depan kita bakal menyambut Hari Raya Korban, jadi dengan itu saya mengisytiharkan untuk cuti update entri dan blogwalking selama seminggu. Boleh gitu? Sebenarnya ni entri auto publish, jadi ketika ni saya dah balik kampung. Entri untuk esok pun auto publish juga tau. Balik pun sebab ada kenduri, maklong suruh saya balik. Terima sajelah lagipun dapat makan percuma kan.hehe Lagi satu, saya nak stop berblogging selama seminggu kerana saya ada final exam Sabtu depan. Jadi, doakan saya dapat jawab kertas exam tu ye. Terima kasih.

Korang ada buat korban ke untuk Hari Raya Haji ni? Abah saya ada buat korban dengan adik-beradiknya di kampung abah dan mama saya pula tak buat korban, cuma hantar duit derma untuk buat korban di Syria. Saya pula? Tak buat korban pun...

Kepada sesiapa yang ingin menderma duit untuk buat daging korban ke Syria,
sila hubungi :


"Projek 1000 Korban (Udhiah) dari Malaysia ke Syria II"

Bermula 25 September 2013 sehingga 12 Oktober 2013

Setiap kos Qurban 300 $ USD hampir RM 1000, Harga Termasuk: Tawkil kepada penyembelihan yang termurah, pembersihan, memasak, memandu, penghantaran dan pengagihan untuk Yatim dan miskin (Dalam Syria).

Projek ini akan didermakan kepada beberapa kawasan di Syria (tidak satu bandar) inshaAllah, dan mereka akan memberikan gambar-gambar dan butir-butir projek itu selepasnya insyaAllah seperti yang dilakukan tahun lepas.

Bagi saudara yang berminat, sila berikan butiran berikut:

Nama penuh anda dan resit sumbangan kepada kami:
Emel: souriacare@gmail.com
Ataupun anda boleh menghubungi:
Ustaz Asri Khaild: 0134882343
Sister Nur Fauziah: 01137030900

Mereka akan membuat poster kertas dalam setiap nama orang dan tawkil yang akan melakukan penyembelihan di Syria inshaAllah.

Qurban anda di Syria adalah dua kali ganda pahala insyaAllah kerana mereka pergi ke keluarga orang di bawah peperangan dan mereka yang kehilangan keluarga syahid mereka dalam Jihad.

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: souriacare@gmail.com
Paypal : alehsidek@gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl

6 sweet comments:

n O e s u h a i m i said...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha...dan selamat bercuti

Cik Nur™ said...

selamat hari raya aidil adha solehah...

Masha Meisters said...

selamat mnyambut aidiladha solehah :-)

Cinta Misteri said...

Selamat Hari Raya Korban. tahun ni kami sekeluarga seperti biasa menjalani ibadah korban. seorg satu bahagian, so ringanlah sikit utk harga seekor lembu.

tahun ni CiM beraya di rumah keluarga sendiri sbb ada lembu yg perlu kami lapah beramai2. mohon dipermudahkan segala urusan.

Deqla Manjew said...

salam aidiladha solehah.. =)

LYAfrina said...

salam aidiladha solehah