Lazada Malaysia

Sunday, September 22, 2013

Home » Kenapa Tiada Gambar Saya & Tiada Kawan Lelaki Dalam Facebook?

Kenapa Tiada Gambar Saya & Tiada Kawan Lelaki Dalam Facebook?

Assalamualaikum.

Korang masih ingat lagi status Facebook saya yang berkenaan dengan tajuk entri ni? Saya mintak maaf sebab lambat submit entri ni. Bukan terlupa, tetapi sebenarnya saya tiada kesempatan untuk mengarang entri ni. Entri ni pun saya baru menaip petang ni.


Kenapa Tiada Gambar Saya Dalam Facebook

Sebenarnya saya ni bukannya anti-sosial sampai tak nak letak gambar saya dalam Facebook, tetapi sebenarnya saya takut perkara lalu akan menghantui hidup saya lagi. Nak dibandingkan saya dengan korang, dulu saya lagi banyak upload gambar saya dalam Facebook. Berpuluh-puluh album hanya ada muka saya saje, tetapi sekarang saya dah padam. Ini kerana ada satu perkara yang membuatkan saya menyesal nak upload gambar dalam Facebook. Nak tau? Okay ni saya nak cerita. Dulu boleh dikatakan saya ni jenis peramah orangnya. Disebalik keramahan saya tu, ada seseorang yang dah lama pendam perasaan pada saya. Nak dijadikan cerita, dulu saya ada berkawan dengan seorang mamat Indon. Sejak berkawan dengan dia, dia tak pernah tunjukkan apa-apa sifat yang boleh bagi saya marah. Tetapi, selepas dah lama berkawan rupanya ada udang di sebalik batu. Dia bagitau saya, selama berkawan tu dia dah simpan semua gambar saya. Saya tanya, kenapa simpan. Dia bagitau yang dia suka saya dan ajak saya kawin dengan dia. Dia bagitau dia nak tinggal di Malaysia. Saya jawablah, saya tak boleh buat camtu sebab saya hanya anggap dia sebagai kawan. Dah banyak kali saya suruh dia padam semua gambar saya. Dia ni bukan jenis simpan saje, tapi dia juga upload gambar saya dalam Facebook dia. Sampaikan orang lain anggap saya ni awek dia. Tetapi dia tetap juga tak nak padam. Saya ambil keputusan untuk blocked Facebook dia buat selama-lamanya. Saya padam semua album gambar saya dan bertekad tak nak upload gambar saya seperti dulu.

Kenapa Tiada Kawan Lelaki Dalam Facebook

Siapa kata saya tiada kawan lelaki dalam Facebook? Sebenarnya ada, tapi mereka kurang menonjol untuk komen status Facebook saya. 3 orang adik saya dan 2 orang kawan rapat saya. Kiranya semua hanya ada 5 orang lelaki sajelah. Saya bukannya tak nak terima request Facebook dari lelaki, tetapi saya rasa saya lebih selesa untuk membiarkan Facebook saya hanya ada kawan perempuan saje. Jadi tiada gosip, tiada cemburu, tiada salah sangka dan hanyalah perdamaian. Peace Forever! haha Kepada mana-mana lelaki yang nak tanya apa-apa kat saya, korang inbox sajelah Facebook saya. Saya akan cuba reply. Tapi inbox yang penting-penting sajelah tau. Kalau nak mengorat, tak digalakkan... :p

15 sweet comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

ena kat fb tu, dah tak app orang lelaki.. just lelaki yang ena kenal je, such as blogger ke, kawan sekolah ke

Wan Tsania said...

hehe comel je.. :)

Solehah Shamsuddin said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿ hehe akak dh malas nk approve. akak biarkan saje request tu. nasiblah ye kalau nanti spe2 xleh add dh :)

Abe Kie said...

salam. pd pendapat sy apa salahnya letak satu pic muka di FB. sy pun ada ramai kwn pompuan tp sy x le paranoid sampai nak download n simpan foto2 pompuan tu. cukuplah kenal di FB n bagi komen yg positif bila mrka posting. yg penting niat kena baik n pic tu menutup aurat. Wallahualam..

Rosmiza Ali said...

Ada baiknya tindakan solehah utk tak upload gamabr kat FB.. sekarang ni orang boleh buat macam2.. Fake account saje dah berlambak.. Huu..

BaNu Syah said...

ooo betul gak..buat camtu x pyh pening kepala kan..peace forever gitu hehe..

jom join segmen simple ni..
http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2013/09/simple-segmen-by-miss-banu.html

...iSyA Purple* said...

kite pun ade sebijik je gmbr dlm fb. at first taknak letak lgsung, tp tkut ade kwn2 lame yg lost contact trjumpe, bleh la contact blik. tu pun nmpk muke dr jauh jer. lelaki pun xapprove sgt. tak lebih 10 org. play safe gitu.. an? hehe.

Deqla Manjew said...

mmg bahaya jugak letak gmbr kat FB..tp akk upload je.. kalo bran simpan la gmbr bini org ni hah.. hahaha..

Masha Meisters said...

betul gak tu...facebook kita privacy kita....hehe

lelamaisara said...

ye la bagus jugak tindakan solehah tu sekarang orang boleh buat macam2 dengan gambar kite kan...

♥ Lia Abdillah ♥ said...

huuu, menakutkan la mamat indon tu =.=

Btw, akk, jom join GA lia, ade 30 hadiah ^^

http://najaha-abdillah.blogspot.com/2013/09/duo-giveaway-by-amilia.html

Yumida Huda said...

mcm menggerunkan la solehah
pilihan yg terbaik...

nur farahain said...

ain dtg singgah sini dan komen,singgah lah blog ain
SINI BLOG AIN
follow jugak,nak mintak klik LIKE : LIKE LIKE LIKE ;)

LYAfrina said...

ermmm.. mmg bhayakan.. tp pling tkut klo disalah gunakan gmbr2 tu.. n buat pkara x baik. tkut d jampi gambar.. x mustahil kan.. ermm. lya pon kna hati2.. tp lya byk upload pic asya

Cik Nur™ said...

bab gambar tu, Nur pun dah lama delete semua gambar2 nur....