Lazada Malaysia

Saturday, August 17, 2013

Home » Minyak Wangi Kasturi (Hanya Untuk Lelaki)

Minyak Wangi Kasturi (Hanya Untuk Lelaki)

Assalamualaikum.

Dulu saya ada post entry yang bertajuk Hadiah Dari Mekah. Dan di dalam entri tu cuma ada gambar minyak wangi kasturi bagi wanita saje, kan? Sebenarnya mama dan abah saya bukan saje beli minyak wangi kasturi (untuk wanita), tetapi mereka juga ada beli minyak wangi kasturi (untuk lelaki). Oleh disebabkan adik saya bawa minyak wangi ni ke tempat dia belajar (Kuching, Sawarak) , jadi saya tak boleh snap gambar minyak wangi ni. Kali ni bila dia balik rumah dan bawa minyak wangi ni, jadi saya bolehlah snap gambar dan post dalam entri ni.hehe

 


Botol minyak wangi kasturi ni warna hitam, tak sama dengan bekas minyak wangi kasturi (bagi wanita). Bau minyak wangi ni harum, kalah minyak wangi yang ada dijual di Malaysia. Patutlah adik saya suruh mama saya belikan minyak wangi ni untuk dia. Sangat berbaloi jika dibeli. Dia dah tempah awal-awal kat mama saya yang dia nak minyak wangi ni.hehe

5 sweet comments:

Sabrina SA said...

Ina pun ada satu kat rumah :)

Cik Nur™ said...

cantiklah botol dia. :)

Che Rosliza Che Mat said...

cantik botolnya...bau kasturi pasti wangi..

Deqla Manjew said...

tak beli la kot.. sbb hubby x suka pakai perfume2 ni.. hihihi...dia alah..

dya bunga said...

unik lh botol perfumetu