Lazada Malaysia

Wednesday, July 17, 2013

Home » Soq Itu Sahur Rupanya!

Soq Itu Sahur Rupanya!

Assalamualaikum.

Orang Kedah jangan gelakkan saya bila baca entri ni tau. Ni gara-gara orang Kedah la ni. Nak marah ni, nak marah ni. haha lawak yang tak sepatutnya terjadi kat saya. Malu tau. Nak tau apa yang lawaknya? Jom baca kat bawah.

Malam tadi ada seorang kakak senior telefon saya. Yang peliknya, bila mula kami sembang, dia cakap bahasa Kedah dengan saya. Tak pernah pun selama ni dia sembang dengan saya guna bahasa Kedah. Nasiblah saya paham pada awalnya. Rupa-rupanya ada udang di sebalik maggie. Dia nak kenakan saya rupanya. Geram woo... Dia kenakan saya bilamana kami nak tamatkan perbualan.

Kakak Senior : Dik, esok "soq" ke?
Saya : Soq? Apa benda tu kak?
Kakak Senior : Soq la dik. Soq.
Saya : (Saya ingat soq tu "socks". Maklumlah kadang-kadang kami "speaking") Kejap kak. Apa kena-mengena stokin dengan esok?
Kakak Senior : (Terus ketawa terbahak-bahak)
Saya : (Blurr) Kenapa akak gelak ni?
Kakak Senior : Adik, soq tu sahur la. Bukannya stokin. Adui... (Ketawa lagi, sampaikan kawan-kawan di sebelahnya pun gelak)
Saya : (Muka tebal) Ish, akak ni!

* Terus letak telefon. Geram sebab malu. Nasib baik saya tak tau cakap bahasa Perak Bota. Kalau tak, mesti best saya kenakan akak tu balik. haha
:D

18 sweet comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

hahahaha.... adeiii, ena pernah jadi cenggini.. i mean salah faham... tapi time bercakap dengan orang kelantan masa tu.. :3

Bintang said...

biasa la tu, loghat berbeza. sama jgak dngn loghat pntai timur. kekadang blur dngn apa yg dorang ckp

ishy77 said...

hah! baru kejap tadi pakcik opis ckp pasai di. dia ckp org utara cakap sahur tu soq!..heheh

Solehah Shamsuddin said...

Ye btl tu. ni loghat utara. tp ni first time sy dgr soq ni apa. sbb sy org perak, jd xpnh dgr perkataan ni.

CikNana said...

hehe..soq.bahasa baru eh..he

Roslan Putra said...

ooo.... tak tau pulak...

izan mama mia said...

hiihihhiii,,, soq apa pg td solehah,,,

Deqla Manjew said...

hahahaha.. yela.. sahur kan.. depa pendekkan la jadi soq.. naseb baik akak dah lama tau.. kalo tak mesti jadi mcm kes solehah jugak... ;p

Chic Na said...

cikna tau soq tu sahur sbb bff cikna org kedah.. hihi

Solehah Shamsuddin said...

@izan mama mia soq pagi td, nasi goreng. hehe :)

Solehah Shamsuddin said...

@Deqla Manjew okla tu. tapi solehah first time tau, malu kot.haha :D

9n0L4 said...

akak pun tak tahu mcm solehah jugak. hihi.

Cik Nur™ said...

soq tu mcm bahasa dipendekkan.. :)
lawaklah..nasiblah nur tahu kedah sikit2.. :)

Cik Nur™ said...

soq tu mcm bahasa dipendekkan.. :)
lawaklah..nasiblah nur tahu kedah sikit2.. :)

Rosmiza Ali said...

Baru tau soq tu sahur.. Huhu..

Mrs Velentine said...

hahaha/..sabar jelah..kak MV pun baru tau

lelamaisara said...

oooo..akak pon baru tau ni dik...

kayyana said...

hahahaha... ksian die dah terkena.. takpela dik.. bukan awak sorang je yang tak tahu soq tu apa.. akak pun tak tahu.. hahahaha