Lazada Malaysia

Thursday, July 18, 2013

Home » Puisi Dayana Untuk Suaminya, Ashraf Muslim

Puisi Dayana Untuk Suaminya, Ashraf Muslim

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

* Saya paham apa yang kak Dayana rasakan. Harap kak Dayana tabah.

13 sweet comments:

kayyana said...

dah tak respect pada ashraf muslim... ingatkan org yg beragama berilmu tahu hukum hakam.. erm.. no komenlah..kang dosa plak di bulan puasa ni.. geram btul ngn ashraf muslim ngok ngek tu

Mrs Velentine said...

sama pula entry kita

Nour Adieb said...

huhu, sedih :'(. dulu, sngt minat & respect ngan Asyraf. skang, dah makin kurang

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

kesian bini pertama Ashraf... rasa tetiba ashraf tu tak hensem... hahaha.. apapun, ena doakan rumah tangga mereka bhgia... ujian semata2 semua ni

Chic Na said...

sebak membacanya.. semoga dayana terus tabah..

Cik Nur™ said...

harap dayana terus bertabah....

Deq's Qienz said...

rata2 bcakap ttg nukilan dayana ni ya..pcaturan allah y trbaik buat hambanya..allah tahu dia tabah sb tu allah kasi ujian bgini gan dia..

jum join 1st cntest blog akk ;)

Deqla Manjew said...

ya Allah sebaknye... setiap bait mmg menyentuh perasaan.. moga dia trs tabah menghadapi ujian ni.. jika benar la ashraf tu yg salah, moga Allah bukakan kembali pintu hati dia utk dayana.. moga 1 hari nnti dia sedar yg mana intan yg mana permata.. wallahualam..

me_ fara said...

puisi ni bukan originally datang dari dayana tapi ana hawana

tenku butang said...

berita terbaru, puisi ini bukan dayana yg tulis tapi ana hawana yg tulis buat dayana ..

Solehah Shamsuddin said...

Ye ni bukan original. Saya dah bagitau dalam entri ni :

http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2013/07/keterangan-daripada-pemilik-asal-puisi.html

MaYa said...

jom buat fan page fb dedicate to dayana dan isteri2 yg dikhianati kepercayaannya oleh suami.

MaYa said...

jom buat fan page dr dayana..sbg sokongan moral supaya dia tabah..n jg kpd isteri2 yg kepercayaannya dikhianati oleh suami.